Sunday, 12 May 2019

AIDILFITRI & KESEDIHAN

Aidilfitri merupakan hari kemenagan buat umat islam selepas menempuh madrasah ramadhan..Mereka yang puasa dengan melaksanakan  segala perintah dan meninggalkan segala larangan serta melakukannya dengan penuh Keimanan dan Ikhtisaban, nescaya berhak bergembira  atas keyakinan segala amalan akan diterima Allah swt atas sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahimnya. Perginya Ramadhan yang pernuh keberkatan akan meninggalkan kesedihan bagi yang benar-benar mengharapkan ganjaran daripada Allah swt, dalam bulan tersebut.


Tapi mengapa hampir dimana-mana kehadiran Syawal dipotretkan dengan pelbagai cerita sedih..daripada peperangan...kehilangan orang tersayang....kebencian dan dendam berpanjangan yang melukakan...dan memutuskan persaudaraan...kemiskinan dan ketidakupayaan...keterasingan...seorang ibu dengan derai air mata dipipi menanti kepulangan insan tersayang...seorang ayah renungnya jauh..tiada bekalan buat mengganti kelangkapan dengan sesuatu yang baru...



Aidilfitri berhak dirai...
bukan kerana terlepas segala peraturan..
tetapi kerana kemenangan...
Tapi kita amat mengetahui..apa yang ada dalam diri...
Aidilfitri...datang dengan pelbagai erti...
ada memori yang sering diingati...
ada kenangan yang tak mahu pergi..
gembirakanlah..mudah-mudahan bertemu dengan kegembiraan..
walaupun jiwa ragamu sedang menangis..




Friday, 11 January 2019

Thursday, 23 August 2018

TAKBIR BERGEMA....

HARI RAYA AIDIL ADHA juga disebut HARI RAYA KORBAN.. kerana peristiwa besar dalam sejarah umat islam..ramai yang berkorban dan berharap ibadah mereka diterima Allah swt. selain berkorban kerana ibadah...ada juga pengorbanan atas urusan kehidupan..tak kurang juga yang berkorban hati dan perasaan..antara harta dan perasaan kedua-duanya menuntut keikhlasan untuk dikorbankan.... BERKORBANLAH untuk maksud yang dibenarkan... jangan sampai terkorban kerana pendirian yang tak berhaluan....




KITA BISA TERINGGUNG...WALAU DENGAN SETITIS DUSTA

...ungkapan tersebut hanyalah sebaris lirik daripa lagu popular kumpulan SEARCH bertajuk CINTA SEPI... tetapi dalam kehidupan hari ini banyak sungguh yang membuatkan kita berkecil hati sama ada dengan ungkapan yang disengajakan atau sebaliknya malahan dengan perbuatan tanpa sedar..apakah kita terlalu sensitif dengan persekitaran..apakah emosi kita yang telah berubah..ataukah manusia sekeliling kita yang sedang mengubah norma-norma dan nilai pegangan mereka..ada benarnya kata pepatah..menjadi tua bukanlah bermakna kau semakin hilang kekuatan..tapi juga lembut hati dan perasaan...

DIAM BUKAN BEERTI AKU TIDAK MENGERTI..
DAN BUKAN CUMBU RAYU YANG MEMBUAT KITA RINDU...





http://mimbarkata.blogspot.com/2015/04/seorang-tua-di-kaki-tamadun.html

MENJADI TERLALU BIJAK

Perkembangan alam siber menjadikan maklumat dapat diperoleh dengan mudah dan berada si hujung jari.Maklumat boleh diperoleh walaupun tanpa diundang. Ada yang menjadikan alam siber tempat berkongsi maklumat.ramai juga yang cuba menyebar fahaman tak kurang juga sindikit mencuri maklumat.

Wednesday, 22 August 2018

BERCAKAP DENGAN CERMIN

Pertambahan jumlah usia menjadikan kita semakin kritikal dan selektif dalam beberapa perkara. Adakala apa yang kita cuba kata, akan ada yang tak boleh terima, dan  kita sendiri kadangkala kala tak boleh terima apabila orang lain beri idea..ini LUMRAH..dan kerana itu..kita perlu melatih diri bercakap sendiri..dan kepada diri sendiri..kerana seandainya satu masa nanti kita tak lagi boleh menerima dan diterima..sekurang-kurangnya ada cermin untuk berkata-kata....

Wednesday, 18 July 2018

maut dan cinta

MAUT dan CINTA...kedua2 hadir tanpa diundang dalam kehidupan...kita boleh merancang boleh menyiapkan bekalan tetapi tak pasti bila ia akan hadir atau pergi...jangan dikhianati cinta yang datang jangan dihindari ajal yang mendatang..