Sunday, 14 October 2012

Pencuri Lembu The Movie


Genre     : Lawak Seram
Arahan   : Ketua Parti
Durasi    : 5 minit
Muzik     : Kici-kici Lembu Jaga, Bila Besar Wang Jaga

Sinopsis  :
Lebai Mat ingin mengadakan majlis korban di kampung tepi sawah sempena Aidiladha tahun ini. Setelah bermesyuarat dan mewar-warkan kepada penduduk kampung maka keputusan telah diperolehi bahawa 3 ekor lembu akan dikorbankan tahun ini. Seminggu sebelum tarikh tersebut Lebai mat mendapat perkhabaran bahawa seorang tokoh perniagaan kain di sebuah pulau di negeri bawah angin akan menyumbangkan dua ekor kibas untuk dikorbankan. Apabila berita itu sampai kepada ketua parti, dia berasa tidak puas hati kerana dia tidak mendapat sumbangan itu bahkan terpaksa berkorban menyumbangkan 50 ekor lembu dan 5 ekor  unta untuk korban kampung tepi sawah.

Setelah bermesyuarat maka satu keputusan diperolehi bahawa terdapat unsur-unsur yang bertentangan dengan perlembagaan negara jika sesuatu sumbangan itu tidak melalui pihak yang berwajib. Paling ditakuti jika sumbangan itu ada muslihat lain sama ada antinasional ataupun ingin mengambil alih jawatan ketua parti. Maka keputusan telah diambil iaitu dengan mengeluarkan berita bahawa sumbngan korban itu diragui statusnya kerana tidak tahu apakah niat sebenar orang yang menyumbangkan. Maka satu sesi tazkirah khas akan diadakan disetiap madsarah dan surau bagi menjelaskan isu tersebut.

Bagaimanapun dua hari menjelang hari korban penduduk kampung dikejutkan dengan berita di televisyen. Lembu korban yang akan disumbangkan oleh ketua parti di tahan di pelabuhan.. bukan seekor..tetapi 400 ekor...menurut pihak berkuasa lembu2 ini terpaksa di tahan kerana tiada permit import bahkan mengimport lembu dari luar adalah satu kesalahan di bawah akta haiwan. Resah gelisah ketua parti dibuatnya.Orang ramai mula bertanya kepada ketua parti..dari mana beliau dapat wang membeli sehingga 400 ekor lembu. Terpacul dari mulutnya bahawa dia tidak membeli lembu itu tetapi disumbangkan oleh sahabatnya dari luar negara..bukan untuk dirinya tetapi untuk orang kampung....dengan pengaruh yang ketua parti ada dan matlamatnya untuk memberi kesenangan kepada rakyat jelata maka kesemua lembu itu pun dilepaskan dan diagih-agihkan kepada semua surau, masjid, pondok dan orang kampung untuk dikorbankan. mereka begitu gembira mendapat lembu yang disumbangkan oleh ketua parti. Maka 14 hari, 14 malam penduduk kampung makan berlaukkkan daging, rendang daging, sup ekor, kulit lembu masak lemak, rojak kaki lembu, kerabu perut lembu, lidah lembu masak lemak kuning, dan sebagainya sehingga jemu mereka memakannya....

Penarafan :



Ulasan :
Tak tau lah apa punya cerita ini. Pengarah yang otak lembu, penulis skrip setaraf lembu, @ sebenarnya ramai daripada kita yang berotak lembu....

Mimpi Rakyat :
Hanya mengumpulkan kisah masyarakat yang berkait dengan lembu....