Saturday, 26 October 2013

PAHIT DAN MANIS

Ibu bagi segala penawar adalah kepahitan manakala ibu segala kesakitan bermula dengan kemanisan....tidak semua yang pahit mendukacitakan dan tidak semua yang manis akan menggembirakan...

AKU SELIPAR BURUK 2

Pada suatu hari..hujan lebat mencurah2..tetapi adik tetap ingin ke sekolah. Itulah pengalaman yang pertama aku menjejakkan diri dalam bilik darjah..kali ini aku tidak dimarah...pernah sekali dalam hidupku..apabila abang terpijak paku dan dia tidak boleh memakai sepatu..hampir seminggu aku membantu kali ini sehingga ke pejabat aku diberi restu....pada hari Jumaat apabila ayah ingin mengerjakan solat..disimpannya kasut yang hebat diambilnya aku menggantikan tempat. Begitulah kitaran hidupku dimana perlu aku berkhidmat..

AKU SELIPAR BURUK 5

Namaku selipar terbuang, walau pernah berbakti, tak pernah minta dikenang. Namun aku bersyukur, pada yang maha kuasa sekalipun tak mampu berjasa pada sepanjang masa, tapi pernah sedikit dalam tempoh hayatku, aku membantu tanpa jemu, menyampaikan hasrat mereka yang berhajat.

AKU SELIPAR BURUK 4

Mulai saat itu aku rasa semakin terbuang..Tidak lagi disayang...Aku dibiarkan seorang..diterik panas ketika siang dan gelap gelita bila malam menjelang..Mulai saat itu aku hanya mampu berdendang..rajinlah ke sekolah adikku sayang...berhati2lah berjalan wahai abang...jangan lupa solat ayahku sayang...

AKU SELIPAR BURUK 3

Tiba2 pada suatu petang yang tenang, kurasakan sebahagian diriku telah hilang. Satu daripada dua tali yang sentiasa memegang, sudah tidak lagi mampu menyumbang. Mulai saat itu, aku merasa semakin terbuang, tidak lagi disayang. Sampailah ketika, masa pun datang, mungkin selepas ini aku akan dibakar untuk menghidupkan arang dan terus lenyap dari mata yang memandang.