Monday, 10 October 2011
Penggambaran Hantu Pak Anjang Terlajak Simpang Selesai
Permatang Berangan 11 Okt : Kru penggambaran Hantu Pak Anjang Terlajak Simpang kini berdebar-debar menantikan hasil buah tangan mereka setelah berhempas pulas menjayakan sesi penggambaran filem sulung terbitan Kulaan Film Produc. yang memakan masa selama 45 hari. Filem arahan Ariff Kalam ini adalah hasil olahan skrip Saiful Bahari (IPONG) yang mengisahkan mengenai Sufian seorang anak kampung yang berhijrah ke bandar besar untuk mencari pekerjaan setelah tamat persekolahan. Berbekalkan sijil SPM, beliau terus meniti dari satu destinasi ke destinasi demi mencari pekerjaan dan memenuhi impiannya untuk memiliki sebuah motorsikal. Ikuti kisah suka dukanya sepanjang mencari pekerjaan di Kuala Lumpur dan apakah hubungannya dengan Hantu Pak Anjang. Nantikan filem ini di pagawam berhampiran anda.
Kru penggambaran menjalani sesi fotografi di kg dusun
KOMEN HARGA AYAM NAIK
KUALA LUMPUR – Panggil Persatuan-persatuan Penternak Malaysia beri penjelasan jika harga ayam terlampau tinggi di pasaran. Itu jaminan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi meredakan kemelut harga runcit ayam di seluruh negara yang dilaporkan naik mendadak kini. Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, buat masa ini, pihaknya sedang menunggu laporan daripada persatuan tersebut berhubung perkara itu. Katanya, mungkin harga ayam naik dipengaruhi oleh permintaan tinggi pada musim cuti sekolah. “Kita jangka harganya akan turun semula setelah cuti sekolah nanti,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia kali ke-3 di sini semalam.
kredit : kosmo.com.my
Subscribe to:
Posts (Atom)