Wednesday, 2 November 2011

"Sayang Pak Usu telah merosakkan nama baik kerana ingin berkata benar," (Bahagian 4)

Dua hari Pak Usu tidak ke kedai kopi kerana dia sakit, dan ini memarakkan lagi cerita-cerita aneh di sekitar dirinya yang lekas merebak ke seluruh kampung itu. Dia tidak tahu bahawa perihal dirinya yang berubah sudah menjadi buah mulut orang kampungnya : bahawa dia bukan Pak Usu yang asli lagi, tetapi sudah dipengaruhi anasir jahat yang ingin menyebar fitnah untuk menakut-nakutkan orang kampung dan menanam fahaman yang salah dan sesat melalui cerita mimpinya.

Denga cepat sekali Pak Usu mendapat gelaran baru: Pak Usu antinasional, Pak Usu musuh negara, Pak Usu ejen komunis, Pak Usu penghasut rakyat, Pak Usu pengkhianat. Dan bergabai-bagai gelaran yang hebat-hebat lagi. Mulailah lahir berbagai cerita di sebalik kebijaksanaan Pak usu yang tua itu: perihal sindirannya yang tajam, ejekannya yang pedas, dan ajaran antinasionalnya yang tidak ketara di dalam mimpi-mimpinya yang aneh-aneh itu. Semua itu diketahui Pak Usu pada hari ketiga apabila Mahmud datang menziarahinya.

“Tak usahlah bermimpi lagi, Pak Usu, “ Kata Mahmud setelah menceritakan semua yang didengarnya. “Pak Usu dalam bahaya,”
“Sejuk seluruh tubuh Pak Usu mendengar kalimat terakhir itu. “ Aku dalam bahaya?’ bisik hatinya bingung.
“Aku dalam bahaya?” tanya Pak Usu perlahan. “Mengapa?” lesu tidak bermaya pertanyaan itu, yang sebenarnya ditujukan kepada dirinya sendiri yang sedang kebingungan.
“Mengapa mereka tuduh aku begitu, Mahmud?” kata Pak Usu lemah.
“Mereka terkejut, Pak Usu. Mereka tidak sangka Pak Usu begitu bijak menyindir,” kata Mahmud. “Mereka dengar cakap Penghulu dan Lebai kita Pak Usu membawa fahaman salah dalam kampung kita.
“Menyindir? Membawa fahaman salah? Apa yang mereka cakap ini. Demi Allah, aku tidak menyindir sesiapa, Mahmud,” bantah Pak Usu. “Itulah mimpiku yang sebenarnya. Aku berani berumpah Quran, Mahmud, itulah mimpiku yang sebenarnya!”
“Saya percaya, Pak Usu,” kata Mahmud bersimpati. “Tetapi kalau Pak Usus ceritakan semua yang ada dalam hati Pak Usu, walau benar, tentulah banyak orang tak suka, Pak Usu. Sayang Pak Usu telah merosakkan nama baik Pak Usu kerana ingin berkata benar.”

MIMPI RAKYAT : Seringkali dalam masyarakat kita sesuatu yang berlainan daripada pandangan biasa atau kebiasaan akan dianggap satu kesalahan dan mempunyai ciri-ciri penentangan. Kenapa tidak kita suburkan fahaman " mengkritik tidak semestinya menentang, memuji tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci dan berbeza pendapat adalah rakan berfikir yang baik"

MENTERI LEMBU???(Bahagian 3)

“Menteri Lembu?”  meletup pertanyaan dari mulut Mahmud, diiringi ketawa terbahak-bahak seluruh penghuni kedai kopi itu.
Pak Usu melihat dengan sedih  akan perlakuan kawan-kawan sekedai kpinya. Nyatalah mereka tidak mengerti  perasaannya, akan ketakutan dan kerisauannya. Dia hampa sekali melihat kawan-kawan sekedai kopinya mentertawakannya, padahal dia datang awal petang itu khusus untuk meminta pandangan mereka apa yang harus dibuatnya jika terjadi sesuatu hal dan yang paling penting, apa petuanya supaya dia tidak bermimpi lagi. Mimpi sudah mula menakutkannya.
“Bagaimana agaknya kementerian lembu itu, Pak Usu” ejak Mahmud dengan tertawa.
“Apakah kerja-kerja kementerian lembu, Pak Usu?” tanya yang lain.
“Gemuk-gemukkah lembu-lembu di kementerian Pak Usu?” sambut yang lain
“Pak Usus sendiri saja manusia, atau juga lembu? Bagaimana rasanya menjadi lembu dan menteri lembu? Seronok kerja-kerja dengan lembu itu?” celah seorang.
“Lembu jenis apa yang banyak Pak Usu? Lembu putih, hitam, balar…? Tanya yang lain pula.







Bertubi-tubi datangnya pertanyaan yang mengejak dan menyindir itu. Kecil hatinya, dan kesal pula kerana mempercayakan mimpinya yang tidak disangka-sangkanya mendapat sambutan yang begitu kejam. Tetapi dia berasa harus menceritakan mimpi-mimpinya yang benar itu dan sama ada, ada orang yang bersimpati dengannya atau tidak, dia perlu mendapat panduan. Pertama kali seumur hidupnya selama lebih dari enam puluh lima tahun itu, tidak pernah dia berasa segelisah itu. Mimpi menjadi darah dagingnya, dan mendengar mimpi juga menjadi darah daging dan sejarah hidup – katakanlah kebudayaan – sebahagian besar daripada orang kampung yang mengenalinya.

Hampir semua orang kampungnya, besar kecil tua atau muda, sudah pernah mendengar mimpinya. Tetapi mimpi yang diceritakannya dulu-dulu semuanya aneh-aneh, yang tidak mungkin dapat dialami dalam kehidupan nyata. Dia belum pernah menceritakan mimpi sebenarnya, yang sudah disimpannya berpuluh-puluh tahun. Hanya hari itu, hari yang begitu biasa dalam kehidupannya- kembali dari sawah pukul lima setengah, mandi dan sembahyang, berehat (dengan mencerikan mimpinya di kedai kopi), kemudian balik kerumah untuk sembahyang maghrib dan baring-baring di pondoknya menanti waktu isyak, lepas sembahyang isyak dia tidur, untuk bangun subuh-subuh pagi esok, bekerja kemudian mengisahkan mimpinya lagi- hanya baru hari itu, dia membuat keputusan nekad untuk menceritakan mimpinya yang sebenar….

“selama ini aku menceritakan kepada kamu mimpi yang palsu,” kata Pak Usu dengan suara yang gagah dan yakin, dalam nada yang meinta dipercayai dan diberi perhatian. Para pendengarnya menunggu dengan kelipan mata dan nafas yang berkocak. Semakin aneh dirasakan mereka kerana Pak Usu kelihatan begitu bersungguh-sungguh memberitahu perkara itu, seolah-olah satu rahsia besar yang maha penting – padahal bagi mereka setiap mimpi semuanya karut dan palsu.
Appandi Hassan 13.7.78

BAKAL GURU BERANI BERDEMO

TANJUNG MALIM 2 Nov. – Seramai 5,000 mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini menuntut Kementerian Pelajaran memberi jaminan penempatan kepada bakal graduan universiti tersebut seperti yang diberikan kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).  Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI, Afiq Fikri Mislan berkata, tuntutan tersebut dibuat ekoran kenyataan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang mengesahkan kekosongan jawatan guru di sekolah seluruh negara akan diisi oleh 7,000 guru lepasan GSTT.

"Mengapa kekosongan tersebut diberikan kepada lepasan GSTT yang pada hemat kami tiada kelayakan sebenar untuk bergelar guru?.  "Sepatutnya kekosongan itu diisi oleh graduan ISMP yang ternyata telah dilatih untuk menjadi guru sebenar sekali gus mengurangkan masalah isu guru tidak profesional, berkualiti serta berkelayakan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari .

MIMPI RAKYAT : Nampaknya bakal guru pun dah mula berdemo. Tapi cumanya,, bila dah jadi guru nanti biarlah menjadi guru yang sebenar..bukan setakat nak makan gaji je..menjadi guru cabarannya sangat besar...bak kata guru-guru yang berpengalaman. " tugas guru ni bermula dari menjaga lubang mulut sampai lubang jamban" . Status ijazah penddidikan belum tentu lagi boleh menjadi guru yang baik.