Saturday, 19 October 2013

BUTA KAYU...

Suasana petang di kedai kopi Pak Itam agak kusut...semua manggaru-garu kepala mencari idea terbaik untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku di kampung mereka..

"Saya cadangkan semua lembu diberikan kaca mata pengsan warna bagi memudahkan mereka".. cadang Harun bagi menyambut saranan awal yang dilontarkan  oleh Malik...pembantu khas kepada Ketua Parti.

"Saya pula cadangkan supaya kesemua lembu ditambat sahaja dikandang dan diberikan makanan daripada dibiarkan bebas meragut rumput", cadang Azeez.

Semua ini timbul ekoran daripada pengaduan yang diterima oleh Ketua Parti bahawa ada sesetengah lembu di kampung itu yang tidak dapat membezakan antara rumput dan batang kayu...semuanya gara-gara dikatakan lembu tersebut buta warna.

Sejak saat itu Ketua Parti sentiasa memikirkan kaedah penyelesaian terbaik kepada permasalahan yang berlaku di kampung itu.

Pernah juga dia terfikir untuk melantik pakar haiwan dari bandar untuk memberi bimbingan kepada lembu dan tuan lembu bagaimana untuk membezakan antara rumput dan batang kayu...tetapi terpaksa di tangguhkan kerana menurut Menteri yang menjaga haiwan...masalah ini masih dalam kajian mereka..

mimpi rakyat : kisah lembu ini nampaknya tidak berkesudahan walaupun musim korban telah berlalu.