Tuesday, 11 October 2011

MIMPI RAKYAT : Pak Usu Jadi Menteri (Bahagian 2)

“Pak Usu, Pak Usu…,” kata Mahmud dalam tertawanya. “Apa yang peliknya dengan mimpi itu? Sudah berapa ratus orang jadi menteri, jadi betul-betul, bukan mimpi-mimpi lagi. Apa peliknya? Kalau mimpi masuk laut cari harta karun atau mimpi naik ke langit kejar wang terbang, macam yang selalu Pak Usu cerita, tentulah pelik. Mimpi jadi menteri apa peliknya?”
                Pak Usu tersenyum pahit, masih ragu-ragu dan masih dalam ketakutan.
                “Pak Usu, …” kata seorang jirannya dalam ketawa. “Pak Usu sudah maju sekarang, sudah naik pangkat. Dulu mimpi yang bukan-bukan, kini mimpi betul-betul. Siapa tidak senang hati jadi menteri?”
                Tetapi Pak Usus sendiri tidak terhibur dengan kata-kata perangsang itu. Kegelisahan dan keraguan masih terbayang di air mukanya.
“Jangan takutlah, Pak Usu,” kata Mahmud menyakinkan. “Itu hanya mimpi. Bila sedar , habislah. Hanya mimpi , Pak Usu. Bukan  yang sebenarnya. Lagi pula, mengapa Pak Usu takut?
“Salah? Mengapa salah? Banyak orang sudah jadi menteri betul-betul tak ada yang salah pun!” kata Mahmud bersunguh-sungguh.
Tetapi aku rasa seperti  tidak kena saja , macam sudah melanggar peraturan,” kata Pak Usu masih belum pasti.
Tetapi Mahmud dan orang lain juga tidak peduli kepada keraguan Pak Usu itu. Mereka ingin tahu menteri apa yang dia sandang.
“Ceritalah sikit, Pak Usu,” kata Mahmud. “Menteri apa Pak Usu jadi?”
Pak Usu tersenyum. Tetapi kemudian mukanya redup semula dan baying-bayang ketakutan timbul semula.
“Jadi menteri apa, Pak Usu?” desak Mahmud.
Pak Usu menjawab perlahan, antara mahu dengan tidak saja. “Menteri lembu.”

(Bersambung Bahagian 3..mimpi Pak Usu adalah ditegah)

MIMPI RAKYAT : Pak Usu & Kisah Mimpi (Bahagian 1)

            Seperti biasa, tiap-tiap  petang Pak Usu datang ke kedai kopi kampungnya untuk bercerita atau mendengar cerita. Dia sendiri tidak pernah peduli pukul berapa dia selalu pergi ke kedai itu, yang dia pasti hanya dia berada di kedai kopi itu tiap-tiap petang, jika tidak ada halangan atau jika tidak sakit. Tetapi bagi orang yang sudah lama memerhatikan kelakuannya, mereka tidak payah melihat jam lagi jika mereka melihat Pak Usu terpacul di kedai kopi: sudah pasti waktu itu antara pukul 5.45 atau 6.15 petang – jarang terlalu awal atau terlalu lewat. Dan bagi orang kampungnya, bila melihat dia sudah berada di kedai kopi itu, mereka terus memanggil teman atau jirannya: “Mari kita ke situ. Pak Usu sudah sampai. Apa pula mimpinya kali ini?”.
                Kerana ceritanya hanya berkisar pada segala macam mimpinya yang aneh-aneh, maka Pak Usu dikenal dengan gelaran Pak Usu mimpi. Orang muda-muda tidak ingat dan tidak tahu bagaimana gelaran itu didapatnya, malahan kawan-kawan sebanyanya juga tidak berapa pasti lagi. Tetapi semua orang yang kenal dengan Pak Usu tahu bahwa dia adalah ahli mimpi yang ulung dikampungnya, malah barangkali diseluruh dunia.
                Petang itu, seperti biasa, Pak Usu berada di kedai itu. “Awal, Pak Usu . Ada mimpi istimewa?” kata Mahmud tuan kedai, sambil melihat jam tangan usangnya.
                Orang kampung yang ada tiga empat orang di dalam kedai itu memandang hairan kepada orang tua itu. Mereka mengagak tentu ada sesuatu yang aneh terjadi. Pak Usu sampai awal dari biasa.
                “Pukul berapa sekarang” Tanya Pak Usu, menjawab pertanyaan Mahmud.
“Lima lima minit”, kata Mahmud. Jawapan itu sudah tersedia di bibirnya.
Pak Usu duduk. Termenung. Kelihatannya  dia agak gelisah dari biasa.
“Kenapa, Pak Usu? Ayam dicuri orang lagi?” kata Mahmud sambiul meletakkan cawan kopi yang melimpah.
“Pelik sikit mimpi ku akhir-akhir ini,”kata Pak Usu ragu-ragu.
“Kan mimpi Pak Usu pelik. Ada yang lebih pelik?” Tanya seorang.
“Lain dari biasa,” jawab Pak Usu. “biasanya pelik saja,tapai kali ini lain sekali. Aku mula takut.”
“Lain bagaimana Pak Usu?” tanya Mahmud hairan. “Aku tidak mimpi naik ke langit atau masuk laut lagi,” kata Pak Usu seolah-olah kesal. “Aku sekarang mimpi jadi orang besar, orang kaya, dan….” Dia ragu-ragu hendak menyudahkan ucapannya.
“Dan apa lagi, Pak Usu,” Tanya jiran lain semakin berminat.
Pak Usu merenung kawan-kawannya, seakan-akan meminta perlindungan atau kepastian bahawa apa yang akan dikatakannya itu tidak salah.
“Apa yang lain itu, Pak Usu?”  desak Mahmud.
“Semalam aku mimpi jadi menteri!”
Senyap sepi semua yang ada di dalam kedai kopi itu. Tetapi sesaat kemudian terledaklah ketawa terbahak-bahak yang riuh-rendah, hingga Mahmud sendiri terhinggut-hinggut bahunya.
(Bersambung.....)
Gambar Hiasan

Bob Lokman tiada tauliah

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan membuat tangkapan terhadap selebriti yang juga pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman kerana mengadakan ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat, kelmarin. Pengarah Jais, Marzuki Hussin, berkata Bob Lokman atau nama sebenarnya, Muhammad Hakim Lokman, 47, tidak memiliki tauliah dan tidak pernah memohon daripada Jais untuk memberikan ceramah kepada umum. “Tangkapan dibuat berdasarkan maklumat awam. Bob Lokman ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, sumber Jais berkata selebriti itu bersama dua lagi iaitu Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas, Mohd Sany Hamzan dan nazir masjid berkenaan ditahan Jais ketika berucap selepas solat Maghrib di hadapan 70 jemaah. Katanya, mereka dibawa ke balai polis berhampiran sebelum dilepaskan atas jaminan polis. Bagaimanapun, katanya, Bob Lokman dan dua lagi rakannya gagal hadir di Ibu Pejabat Jais di sini, sebelum tengah hari semalam, walaupun diminta berbuat demikian.


MIMPI RAKYAT : Percayalah bahawa suatu masa nanti, bermimpi pun akan memjadi satu kesalahan. Nantikan kisah penuh dalam mimpi rakyat.

STRES PEKERJAAN


Kajian yang dijalankan di sebuah organisasi latihan ini mendapati bahawa gaji tidak mencukui merupakan punca stres yang berkaitan dengan pekerjaan. Selain itu punca stres lain adalah persaingan dalam pekerjaan: Mimpi Rakyat

Persoalan yang harus kita semua sama-sama mencari jawapan ialah adakah gaji yang kakitangan ini perolehi setiap bulan tidak mencukupi atau perbelanjaan mereka yang berlebihan. Kebanyakan kita hari ini nampaknya amat cenderung untuk memiliki kehidupan yang serba lengkap dan terkini. Akibatnya ramai yang berbelanja diluar kemampuan dan cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan kredit kad atau bayaran ansuran.