Di suatu pagi yang dingin...bukan kerana hujan di malamnya atau kedinginan kabusnya...tetapi dingin kerana pelanggan kedai yg minum di warung Halim ini semuanya diam seribu bahasa. tidak ada isu yang hendak dibincangkan lagi..segalanya sudah jelas dan nyata..segala-galanya telah dikurangkan..ini bermakna mereka terpaksa memberikan lebih untuk mendapatkan benda yang sama semalam. Buluh untuk dijadikan galah mengait kelapa telah dikenakan cukai taksiran bergantung kpd panjangnya.
Tiba-tiba kedinginan pagi itu dihangatkan oleh Ajis..Setiausaha Kerja Ketua Parti yang bernada kesal sambil merungut tentang sikap orang kampung sekarang ini.."orang kampung sekarang ni dah tak tahu bersyukur dan berterima kasih dengan usaha Ketua Parti yang sepanjang masa memikir untung nasib kita semua"..
Sebaik selepas musim raya..Ajis mendapati Ketua Parti tidak lagi popular dikalangan orang kampung walaupun sebelumnya segala jenis bantuan seperti makanan ayam.. tali pengikat lembu dan rumput makanan haiwan telah diberikan percuma oleh Ketua Parti. Bukan itu sahaja Ketua Parti telah mengadakan majlis rumah terbuka tiga hari tiga malam sempena musim raya yang lalu..Pelbagai juadah enak didatangkan oleh pihak katering dari bandar yang khabarnya selalu menyediakan jamuan hebat untuk para pembesar..
"Mungkin orang kampung telah diadu domba oleh agen Yahudi yang tidak senang dengan perpaduan orang kampung selama ini..atau juga orang kampung terpengaruh dengan idea komunisme & sosialisme"... bentak Ajis sekadar mengulang cakap ayat yang selalu diulang-ulang oleh ketua parti.
"Ancaman komunisme tidak akan lenyap sekalipun Chen Pang telah mati...pengikutnya masih ada dalam negara kita.. Yahudi juga tak akan pernah berhenti untuk menghasut bangsa kita supaya berpecah belah"...sambung Ajis dengan lantang...tetapi tidak mendapat sambutan daripada pelanggan yang ada. Menyedari cabarannya tidak bersahut dia segera menghirup kopinya dan berlalu pergi...
Orang kampung dan pelanggan kedai Halim melihat Ajis berlalu dengan seribu pertanyaan dlm diri yang tak diluahkan kepada Ajis..."????????"
Mereka hanya ingin menikmati kehidupan dibumi bertuah ini dengan aman dan damai dan dalam kemampuan mereka.
Mimpi rakyat : tidak ada seorang Yahudi pun dikampung itu dan tidak seorang pun penduduk kampung yang pernah mengakses intetnet..siapakah Yahudi yang dimaksudkan Ajis..