Hukumnya haram jika tidak membayar
pinjaman termasuk pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),
kata Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Othman.
Beliau berkata, mengikut Islam, hukum bagi orang yang
meminjam sama ada sesama sendiri, bank atau mana-mana institusi adalah wajib
membayarnya.
"Haram hukumnya mengikut Islam dan telah berlaku kezaliman
jika gagal membayar balik wang pinjaman," katanya.
Beliau berkata
demikian kepada pemberita selepas menutup Kursus Falak Syarie di Janda Baik
dekat sini, hari ini.
Katanya, peminjam wajib membayar balik pinjaman
sepertimana terkandung dalam kontrak perjanjian pinjaman yang telah
ditandatangani dan dipersetujui kedua-dua belah pihak.
Mimpi Rakyat- Membayar Hutang adalah wajib kepada mereka yang berhutang. Bagaimana pula keadannya jika si pemiutang menghalalkan..
Wednesday, 25 April 2012
BN Selangor tubuh 'pakar' komunikasi dengan rakyat
Barisan Nasional (BN) Selangor menubuhkan Pusat Khidmat
Rakyat Barisan Nasional (Pakar) yang berfungsi sebagai medium komunikasi dan
perkhidmatan parti itu kepada rakyat.
Koordinator BN Selangor Datuk
Seri Mohd Zin Mohamed berkata Pakar yang terletak di Tingkat 9, Bangunan Umno
Selangor di Shah Alam telah pun beroperasi dan boleh dihubungi pada bila-bila masa.
Beliau berkata orang ramai boleh
membuat sebarang aduan berhubung wakil rakyat di kawasan mereka, isu seperti
kegagalan pengurusan masalah sampah, pertanyaan mengenai program BN seperti
Bantuan Rakyat 1Malaysia serta maklumat berkaitan parti itu.
"Orang
ramai boleh buat aduan atau sebarang pertanyaan berhubung parti dengan menelefon
dan bercakap dengan wakil kami yang bertugas dari pukul 9 pagi hingga 6 petang
dari Isnin sehingga Jumaat atau meninggalkan pesan.
"Setiap maklumat yang
diperoleh akan diberi perhatian, termasuk mengambil tindakan yang sewajarnya
serta dimajukan kepada pihak berkenaan," katanya dalam sidang media di Shah Alam
hari ini.
Beliau berkata selain
menerima panggilan serta aduan, Pakar juga akan membuat panggilan kepada rakyat
mengikut data yang diperoleh dari setiap bahagian bagi mendapatkan maklumat
berhubung program yang dianjurkan oleh parti itu serta respons berkaitan
pemimpin masing-masing.
- Bernama
Mimpi Rakyat - mengapa perlu ada pakar untuk untuk berkomunikasi dengan rakyat jelata yang marhaen ni....apakah selama ini komunikasi antara rakyat dengan kerajaan tidak berkesan....
Teringat kisah Pak Usu pada suatu petang ketika sedang menikmati kopi panas bersama orang kampung. Ketua Parti tanpa disangka oleh penduduk kampung telah sudi beramah mesra dengan orang kampung memandangkan hari raya bakal menjelang.
Antara lain ketua parti meminta orang kampung berjimat cermat di musim kemarau ini kerana kemungkinannya makanan tidak mencukupi dan kerajaan tidak dapat membantu banyak kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan lebih untuk projek-projek pembenihan awan. Ketua Parti juga meminta orang kampung bersama-sama dalam program tranformasi yang dicanangkan dengan mempertingkatkan KPI dan mempunyai scorecard sendiri. Ini semua amat penting bagi memastikan golongan rakyat keluar dari kepompong kemiskinan yang membelenggui hidup mereka selama ini serta dapat membuat lonjakan paradigma.
Orang kampung terdiam seribu bahasa mendengarkan ucapan bernas ketua parti yang mungkin pada orang kampung ucapan ini bermakna ketua parti berusaha menjadikan mereka semua orang kaya. Tapi mereka hanya perlukan sebuah perigi untuk mendapatkan keperluan air, untuk minum, untuk mandi, untuk mengambil wuduk, untuk membersihkan hadas dan mungkin untuk minuman binatang ternakan.
Apakah selama ini rakyat tidak faham bahasa ketua parti atau sebenarnya mereka tidak pernah ingin memahami apa yang orang kampung katakan...
Subscribe to:
Posts (Atom)