Monday, 15 October 2012

BELAJAR DARI KESALAHAN @ BELAJAR MEMPERBETULKAN KESALAHAN


Ramai bijak pandai malahan orang biasa pun selalu berkata, pengalaman adalah guru paling berharga. "Pengalaman sering mendewasakan kita", "kita banyak belajar melalui pengalaman", "pengalaman tidak boleh dijual beli dan ditukar ganti" begitulah ungkapan yang sinonim dengan pengalaman.Tetapi antara pengalaman dan pengetahuan yang mana satu paling berharga. Mungkin untuk menjawabnya samalah dengan menjawab persoalan antara telor dan ayam mana dulu diciptakan.

Mari kita kaji senario yang berlaku di negeri bawah angin yang ditadbir oleh Ketua parti.

Pada musim tengkujuh yang lalu timbul keributan di negeri bawah angin apabila banyak binatang ternakan seperti ayam, itik, kambing, lembu dan kerbau yang mati.Maka gemparlah semua penduduk membincangkan malapetaka yang melanda kampung mereka. Pak Leh Jenguk tidak ketinggalan menjadi mangsa kepada serangan ini. Dua ekor kerbau balaunya mati dan ayam jantan denak nya juga mati. Hancur hati Pak Leh jenguk mengenangkan dugaan yang ditimpakan kepadanya. Setiap hari penduduk kampung berkumpul di kedai kopi Hamid sambil berbual dan cuba mencari penyelesaian kepada masalah yang mereka hadapi. 


Pelbagai andaian dan pandangan terpacul dari mulut mereka. Ada yang menyatakan bahawa binatang ternakan ini telah diracun oleh mereka yang anti nasional yang sengaja ingin menimbulkan huru hara yang melaga-lagakan penduduk kampung. Tidak kurang juga yang berpendapat mungkin binatang ternakan ini telah diserang virus yang dicipta oleh saintis barat yang ingin menghancurkan umat islam supaya mereka terus mundur dan tidak dapat menguasai dunia. Dalam hangatnya perdebatan antara penduduk kampung itu dan ada antaranya telah menghabiskan beberapa cawan kopi o, timbul satu pendapat yang membuatkan semua mereka terkedu. Hasan Merbok terhenti seketika menghirup kopi pekatnya, manakala Badar dan Husin menggaru-garu kepala.


Mungkin binatang di diserang rasa "kebersalahanyangmelampautetapitidakmehumengakuinya" ataupun DENIAL SYNDROM  kata seorang budak yang duduk disebelah Pak Leh Jenguk. 

Terkedu mereka kerana inilah kali pertama mereka mendengar perkataan itu dan ada yang seram sejuk dibuatnya ketika kali pertama tutur kata itu diluahkan dari mulut budak itu.

"Beritahu kami apa maksud butir kata yang kamu katakan tadi. Kami masih belum faham lagi" bentak Hasan Merbok ingin segera tahu. 

"Penyakit ni pakcik dari apa yang saya baca mungkin berpunca daripada CLOSTRIDIUM PERFRINGENS yang merosakkan bahagian perut dan usus haiwan yang menyebabkannya mati secara tiba-tiba". 

Semakin kehairanan orang kampung mendengar penjelasan budak itu. Orang kampung semakin kebingungan memikirkan penjalasan budak itu tanp memahami apa sebenarnya yang cuba dinyatakan. Tetapi apa yang mereka ingat ialah ada perkataan jin.


Tanpa berlengah lagi Hasan Merbok mengetuai orang kampung berjumpa Ketua Parti mengadukan masalah mereka. 

"Binatang ternakan kita yang mati itu rupanya diserang Jin, Tok Ketua" bentak Hasan Merbok sebaik tiba di laman rumah Ketua Parti.

Mendengarkan kata-kata itu Ketua Parti menjadi cemas. Segera dipanggil setiausahanya yang juga menantu lelakinya untuk mendapatkan pandangan.

"Saya rasa jika benar jin yang mengganggu haiwan ternakan ni, mungkin kita patut panggil pawang haiwan untuk menghalau jin yang mengnanggu haiwan ternakan" kata Sahid.

Setelah kata sepakat dicapai, bersegeralah mereka menuju ke rumah pawang haiwan yang dimaksudkan itu. Setelah menelek dan menjampi maka inilah permintaan dukun kepada penduduk kampung. 

"Musnahkan semua binatang ternakan itu kerana kesemuanya telah dirasuk oleh jin yang sangat kuat. Apabila ia merasuk haiwan ini boleh menjadi stres, murung,kelihatan tidak bermaya, tidak mahu makan, minum dan tidur, membuat bising, najis tidak bulat, bulu kering dan meremang dan akan mati perlahan-lahan".

Setelah mendapat arahan dari pawang haiwan dan atas restu Ketua Parti, penduduk kampung memusnahkan semua ternakan yang ada di kampung itu kerana takut jin yang menyerang haiwan itu akan menyerang mereka pula.





Setelah seminggu berlalu, penduduk kampung terasa kehilangan yang amat besar dalam hidup mereka.Mereka merasakan kampung mereka kali ini begitu senyap dan sunyi, tiduk nyenak mereka tidak lagi diganggu oleh kokokan ayam disubuh hari. Tiada kambing yang berkeliaran dijalan dan merosakkan tanaman. Tiada najis lembu bersepahan dijalan raya yang sentiasa memerangkap mangsa. Untuk pertama kalinya penduduk kampung berasa sesuatu yang sangat ganjil dari kehidupan mereka. Perkara ini segera diajukan kepada Ketua Parti.

Ketua Parti yang begitu perihatin dengan masalah penduduk kampung segera menjadi ikhtiar untuk menyelesaikan masalah mereka. "Tuan-tuan jangan risau minggu ini saya akan ke bandar, saya cuba usulkan masalah ini kepada tuan DO". Sementara itu teruskanlah kehidupan seperti biasa.

Senagaimana yang dijanjikan, pada suatu pagi yang hening datanglah pegawai daripada Jabatan Haiwan ke kampung tersebut untuk mengetahui masalah yang berlaku. Setelah diselidiki dan disiasat maka dengan rasa hampanya pegawai tersebut berkata "Jika tuan-tuan tidak terburu-buru dengan tindakan menghapus ternakan, kami ada cada dan penawarnya, tidak semua haiwan perlu dimusnahkan", "Haiwan ternakan ini mungkin disering sejenis bakterian/kulat bukan jin" menyebabkan semua penduduk kampung terlopong.

Bagi mengambil hati orang kampung Ketua Parti memulakan ucapan ringkasnya "Anggaplah ini satu pelajaran yang berguna kepada kita, mudah-mudahan kita akan membina kejayaan daripada pengalaman ini" dan terus berlalu meninggalkan penduduk kampung dengan seribu penyesalan.


Mimpi Rakyat :
Ramai yang mudah mengatakan belajar dari pengalaman, tetapi jika kesalahan yang sama berlaku & tidak belajar dari pengalaman apakah istilah yang sesuai digunakan.