Thursday, 26 September 2013

PEMIKIRAN DI LUAR KOTAK SABUN1

Maka telah masyhurlah keseluruh penjuru alam bahawa harga daging lembu akan dinaikkan minggu hadapan kerana ramai penduduk kampung Pasir Dua Butir menghidap darah tinggi akibat banyakknya memakan daging lembu..sama ada daging yg dimasak rendang tok ataupun gulai kawah. Ketua Parti turut berceramah kesegenap pelusuk kampung meminta orang ramai tidak memakan lagi daging lembu tetapi bertukar kpd memakan burung..kerana burung boleh ditangkap dengan percuma..

mimpi rakyat : macam2 idea bernas dilahirkan oleh Ketua Parti..

PEMIKIRAN DI LUAR KOTAK MANCIS 1

Telah hangat diperkatakan bahawa harga mancis akan melambung di pasaran saham ekoran peningkatan kecurian kayu balak oleh pembalak haram. Sebagai usaha menangani kecurian balak.maka tidak dapat tidak harga mancis perlu mengikut pasaran antarabangsa...Menutut Ketua Parti adalah menjadi kesalahan kepada penduduk kampung Pasir Dua Butir yang didapati sengaja menyorokkan batang mancis atau membazirkan batang mancis dengan mengorek telinga. "Sesiapa  yang didapati melanggar arahan akan dipenjarakan sehingga 10tahun." tegas ketua parti.

mimpi rakyat : pencuri balak tak ditangkap harga mancis pulak dinaikkan..

YANG TERBAIK BUAT DIRIKU


Pada  suatu petang yang mendamaikan...Pak Mat termenung di berandah rumah sambil memerhatikan sawahnya yang luas terbentang. hatinya sayu mengenangkan nasib diri yang semakin tidak menentu. segala-galanya bermula setelah negeri pasir dua butir ditawan oleh Jason King. Negeri Pasir Dua Butir diketahui oleh seluruh nusantara sebagai sebuah negeri yang aman makmur dan maju jaya. Penduduknya menjalankan perniagaan dan bercucuk tanam. Pendek kata ia menjadi negeri yang snagat dicemburui oleh negeri2 lain. Semenjak itu juga tidak kurang usaha yang dijalankan oleh Raja2 dari negara jiran untuk menawannya. Pelbagai adu domba dijalankan agar rakyat memberontak menentang kerajaan Pasir Dua Butir. Namun berkat kesabaran para pemimpin dan bijaksana rakyat uasaha itu tidak berjaya bahkan Negeri Pasir Dua Butir semakin  aman makmur.



Apa yang sangat dikesalan oleh Pak Mat ialah, walaupun negerinya aman makmur namun hidupnya semakin gelisah, gara-gara tindakan Malim tuan punya tanah terbiar di tepi sungai yang menaikkan kadar bayaran rumput yang diragut oleh kerbau Pak Mat. Pak Mat adalah seorang penterbak Kerbau yang termasyhur di kampungnya. Bukan kerana banyaknya jumlah kerbau sahaja..tetapi kegelisahan dan kamarahan orang kampung akibat onar yang dilakukan oleh kerbaunya yang dilepaskan bebas mencari makanan.


"Tidak patut sungguh Malim menaikkan harga rumput itu..bukankah rumput itu kurinaan tuhan..ia hidup sendiri tiada siapa yang menanamnya. bagaimana Malim boleh mendakwa rumput itu miliknya...tanah itu sendiripun bukan miliknya"?? . Malim sebenarnya adalah anak saudara kepada Ketua Parti. Walaupun dapat menamatkan pelajaran sehingga ke tingkatan lima dan memperoleh SPM secara pangkat terbuka, namun ia tidak mejadikannya seorang yang cerdik.Mungkin dia terkena badi akibat menjadi pengikut kepada pemimpin yang terlalu lama memegang jawatan.


Memandangkan kesan persengketaan yang berterusan di Mesir dan Syiria, Malim telah mengambil keputusan untuk menaikkan kadar jumput yang dimakan oleh haiwan ternakan ditanah terbiar yang dikatakan miliknya sebanyak 20 sen setiap kali diragut. Semakin gelisah Pak Mat memikirkannya..dan yang paling gundah ialah Malim sendiri..yang terpaksa berfikir di luar kotak bagaimana hendak mengira berapa jumlah ragutan oleh setiap haiwan yang memakan rumputnya dan siapakah yag akan melakukan kerja itu...

Bersambung di siaran akan datang...


Dr Mahathir: Lepaskan kuasa, elak Umno dipenuhi “orang bodoh”

Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) menasihati pemimpin Umno supaya tidak memegang kuasa terlalu lama bagi mengelakkan parti Melayu terbesar itu dipenuhi dengan lebih ramai “orang bodoh”. Bekas Perdana Menteri paling lama berkhidmat itu berkata, seseorang pemimpin perlu mengetahui had masanya semasa berkuasa.

"Pemimpin perlu tahu hadnya, jangan terlalu lama memegang kuasa. "Sebaliknya akan berlaku, kamu (parti) akan mempunyai lebih ramai orang bodoh dalam parti," kata Dr Mahathir dalam satu majlis di International Youth Centre (IYC) hari ini.

Beliau berkata, pemimpin Umno perlu bersikap terbuka untuk menerima mereka yang lebih bijak daripada mereka untuk menjadi pemimpin, bukannya mengamalkan sikap suka mencantas. "Pemimpin yang teruk adalah apabila mereka menyekat pemimpin yang lebih pandai kerana takut tergugat," katanya. 




Dr Mahathir menegaskan sekiranya seseorang pemimpin tersebut memberikan laluan bukan bermakna beliau lemah sebaliknya orang ramai akan lebih menghargainya."Setiap orang perlu menghormati masa mereka, tiba masanya untuk memberi laluan kepada orang lain.

"Sekiranya kamu bersara lebih awal, orang ramai akan lebih menghargai kamu," katanya lagi.Menyentuh mengenai penamaan calon pemilihan Umno baru-baru ini, Dr Mahathir menyifatkan ia suatu petanda sihat berlaku dalam parti tersebut."Saya jangka ramai yang akan bertanding tapi ramai juga yang menarik diri."Tapi saya lihat ini sebagai satu petanda sihat, jika tidak ia pasti buruk untuk parti kerana orang akan mempersoalkan transformasi yang diperkatakan," ujarnya lagi.

Dr Mahathir juga menegaskan jawatan presiden dan timbalan presiden Umno yang tiada pertandingan adalah suatu yang baik bagi mengelakkan perpecahan berlaku.Dalam pemilihan parti kali ini, Dr Mahathir juga mengesyorkan perwakilan Umno supaya memilih pemimpin yang mempunyai bakat dan potensi, bukannya kerana pengaruhnya."Saya harap pada pemilihan kali ini, perwakilan memilih pemimpin yang mempunyai potensi dan berbakat, bukan kerana pengaruhnya," tegas beliau lagi.

Bekas presiden Umno itu sebelum ini turut mencetuskan kontroversi apabila mengkritik Umno sebagai “sudah tua dan bakal mati”.Katanya, dengan pemimpin muda, Umno akan dapat meneruskan legasinya memerintah negara ini meskipun ada pihak yang memandang serong malah menuduh dirinya mempunyai agenda sendiri.

Katanya, Umno dahulu sentiasa bersemangat dan bercita-cita besar demi bangsa termasuk menewaskan Malayan Union kerana pemimpin mereka kebanyakannya adalah golongan muda.Ketika penggal kepimpinannya dari 1981 sehingga 2003, beliau berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan dari kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggara sehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara "Harimau Ekonomi Asia". - 25 September, 2013.