Suasana di ladang haiwan ternakan petang itu sungguh bingit..Ada pelbagai jenis haiwan yang tinggal disitu..kambing.ayam.itik serati.itik nila.bangau.keldai. rusa. kura kura tidak ketinggalan tupai dan merpati. hidup mereka yang dahulunya aman damai kini semakin suram.semua binatang resah gelisah..nasib mereka tidak menentu.semuanya gara gara sekumpulan LEMBING (kacukan lembu dan kambing) yang menguasai ladang itu.
Sejak LEMBING berkuasa pelbagai pembaharuan yang diperkenalkan
.antaranya keutamaan untuk mendapatkan sebarang makanan dan air minuman diberikan kepada LEMBING. Ini termasuk keutamaan untuk bernaung dibawah pokok ketika matahari panas terik.
Akibat tindakan yang memihak ini menyebabkan banyak haiwan telah melarikan diri ke kawasan lain. Yang paling awal meninggalkan ladang itu ialah sekumpulan merpati yang bersarang di atas kandang ternakan haiwan.Mereka dinafikan untuk mendendangkan lagu mereka kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kualiti susu yang akan dihasilkan oleh LEMBING BETINA. Tupai juga telah lama meninggalkan ladang itu kerana kononnya telah merosakkan buah buahan yang apabila masak akan gugur ke bumi dan menjadi makanan anak anak LEMBING.
Yang paling kecewa antara mereka tentu sahaja kuda belang dan kambing gurun. Mereka telah dinafikan hak untuk meragut rumput diladang itu kerana LEMBING mendakwa segala rumput yang tumbuh dimuka bumi ini berasal daripada najis mereka yang memakan rumput. Semenjak daripada itu, rumput telah menjadi hak eksklusif LEMBING dan keturunannya.
Bagaimanapun segala-galanya seakan hampir musnah apabila semua haiwan yang ada telah lari meninggalkan ladang itu..rumput semakin meninggi kerana LEMBING yang ada sudah tidak mampu untuk meragut rumput ditambah lagi dengan rumput yang tumbuh daripada najis mereka. KITA mesti bertindak segera..pilih saya sebagai Ketua LEMBING yang baru..kata anak LEEMBUNG.kepda semua lembu dan LEMBING yang tinggal. Kalau tidak kita semua akan lemas dalam hutan belantara ini...kerana rumput belukar semakin tebal dan meninggi. Kita perlu bertindak sekarang..jangan tunggu sampai esok untuk.pastikan tidak ada yang mati dibelit akar rotan manau yang semakin menjalar..semua LEEMBUNG, LEMBING dan lembu yang tinggal bersiap sedia untuk melaksanakan arahan anak LEMBING. Apabila gong dipalu maka sekuat hati mereka membuka langkah untuk.memecut memusnahkan rumput belukar yang ada. Tetapi ramai yang tewas..ada yg dalam keadaan mengerikan terputus kepada..ada yang patah kaki dan tangannya..ada yang terus mati..ramai pula yang cedera parah...
SEMUNYA KERANA MEREKA LUPA BAHAWA DILEHER MEREKA ADA TALI IKATAN YANG TERSIMPUL RAPI YANG DIIKAT PADA SETIAP TIANG. AKHIRNYA SEGALA LEEMBUNG,LEMBING DAN LEMBU MENERIMA AKIBATNYA.