Thursday, 17 November 2011
SEMUA NAIK!!!
SEMUA NAIK..TAK ADA YANG TAK NAIK...
GAJI KITA SUDAHPUN NAIK...BARANG PUN SEMUA DAH NAIK..
SEGALA-GALA NAIK..REZEKI PUN TURUT NAIK...TAK ADA YANG TAK NAIK...
OOI NASIB..BEGINILAH NASIB..HARGA AYAM NAIK...SAYUR PUN TURUT NAIK
BEBAN BERTAMBAH NAIK...
NAIK-NAIK-NAIK SEMUA NAIK..PERUT PUN TURUT NAIKKK...
Srikandi kelas corot
KUALA LUMPUR: “Saya nekad mahu buktikan walaupun ditempatkan di kelas tercorot saya juga mampu memperoleh keputusan cemerlang dalam pelajaran seperti murid lain,” kata Siti Aisyah Mawardi, 12, yang memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Siti Aisyah yang tinggal bersama nenek selepas ibu bapanya bercerai enam tahun lalu adalah antara 41 murid memperoleh keputusan cemerlang di Sekolah Kebangsaan Sentul 1 di sini, semalam.
Dia juga tidak menyangka akan mendapat keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran berikutan ketika peperiksaan percubaan UPSR hanya memperoleh 4B 1C. “Keputusan yang kurang memberangsangkan itu menyebabkan saya terus membanyakkan ulang kaji mata pelajaran yang lemah. Saya juga bersyukur kerana selain selalu dibantu guru di sekolah, nenek juga tidak jemu memberi dorongan dan sokongan,” katanya. Ditanya resipi kejayaannya, Siti Aisyah berkata, dia memberi tumpuan ketika belajar di dalam kelas serta sentiasa menyiapkan kerja sekolah selain mengikuti kelas tambahan disediakan pihak sekolah.
Mimpi Rakyat : Ini adalah sebuah kisah lebih daripada sekadar berita. Kisah betapa cekalnya seorang insan yang menghadapai pelbagai dugaan dan (kegagalan keluarga) dalam kehidupan.. bersama seorang nenek yang sentiasa ada menemaninya. Yang menjadikan ia lebih bermakna kerana ia berlaku di Sentul bukannya Bukit Damansara atau Taman Tun Dr. Ismail dan beliau bukan seorang anak aristokrat atau ketua parti. Mudah-mudahan beliau akan terus berjaya dalam setiap ujian yang akan ditempuh. Kita dilahirkan sebagai makhluk yang berjaya..cuma kegagalan kita mengurus kehidupan menjadikan kita seorang yang gagal...
BERMIMPI ADALAH SATU KESALAHAN (BAHAGIAN : 5)
…..petang esoknya Pak Usu terjogol semula di kedai kopi itu, pada waktu yang sama seperti dulu.
Suara riu rendah dengan gelak ketawa menjadi sepi tiba-tiba bile melihat Pak Usu sampai. Penghulu muda yang jadi tumpuan masa ketiadaan Pak Usu, yang baru membeli motorsikal, turut diam, tidak menyambung celotehnya mengenai motorsial barunya. Lebai sahabat baiknya yang jarang-jarang ke kedai kopi, kerana terlalu sibuk menggiliri tiga isterinya, petang itu ada bersama. Semua yang ada di dalam kedai itu memandang Pak Usu yang pucat dan lemah itu berjalan perlahan-lahan memasuki kedai kopi…..
“Kamu menuduh aku penghasut?” tiba-tiba Pak Usu meledakkan pertanyaan kepada anak buahnya di dalam kedai kopi itu.
Gambar Hiasan
Diam.
“Tuk Penghulukah?”
“Tidak Pak Usu! Cepat sekali Penghulu muda itu menafikan dengan gelisah dan agak marah.
“Kalau begitu, siapa? Lebai?” suara itu makin berani, makin tegas.
“Bukannya saya, Pak Usu!” bantah Lebai
“Memang mimpiku itu benar. Aku tidak pernah berbohong. Aku bermimpi yang sebenarnya.”
Tiada yang igin membantah Pak Usu. Melihat itu, Penghulu muda berkata lembut:
“Tapi mimpi seperti itu tidak boleh diceritakan, Pak Usu. Nanti orang salah faham”
“Mengapa tak boleh cerita? Mengapa mesti salah faham? Aku bukn reka. Mimpi itu datang sendiri. Memang mimpi itu ada dan datang sendiri, bukan aku pandai-pandai reka”
Mendengar sanggahan Penghulu itu, Lebai menjawab kemusykilan Pak Usu:
“Mengikut hukum agama, Pak Usu, Kita tak boleh buat fitnah. Dosa besar.”
“Siapa buat fitnah? Aku? Aku hanya ceritakan mimpi yang benar. Aku tidak buat fitnah,” bantah Pak Usu keras.
“Tapi mimpi Pak Usu boleh buat orang salah faham,” jelas Penghulu muda itu lagi. Pak Usu mendiamkan dirinya dan tidak peduli terhadap apa jua alasan dan tuduhan yang diludah ke mukanya.
“ Pak Usu kata mimpi jadi menteri lembu dan semua yang bekerja dengan Pak Usu lembu. Itu salah, Pak Usu, “ Penghulu muda itu menjelaskan lagi.
“Mengapa?” tanya Pak Usu bingung.
“Itu perkara sensitif, Pak Usu. Perlembagaan tak benarkan sesiapa pun bermimpi macam itu,”tegas penghulu. Pak Usu diam. Nyatalah dia tidak meb=ngerti selok-belok undang-undang.
“Kalau mimpi juga boleh masuk penjara,” ancam Penghulu muda itu lagi.
“Penjara?” bagai terpelanting Pak Usu mendengar itu.
“Pak Usu boleh dituduh di bawah Undang-undang Keselamatan dalam Negeri kerana menghasut,” ugut Penghulu lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)