Thursday, 17 November 2011

Srikandi kelas corot



KUALA LUMPUR: “Saya nekad mahu buktikan walaupun ditempatkan di kelas tercorot saya juga mampu memperoleh keputusan cemerlang dalam pelajaran seperti murid lain,” kata Siti Aisyah Mawardi, 12, yang memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Siti Aisyah yang tinggal bersama nenek selepas ibu bapanya bercerai enam tahun lalu adalah antara 41 murid memperoleh keputusan cemerlang di Sekolah Kebangsaan Sentul 1 di sini, semalam.

Dia juga tidak menyangka akan mendapat keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran berikutan ketika peperiksaan percubaan UPSR hanya memperoleh 4B 1C. “Keputusan yang kurang memberangsangkan itu menyebabkan saya terus membanyakkan ulang kaji mata pelajaran yang lemah. Saya juga bersyukur kerana selain selalu dibantu guru di sekolah, nenek juga tidak jemu memberi dorongan dan sokongan,” katanya.  Ditanya resipi kejayaannya, Siti Aisyah berkata, dia memberi tumpuan ketika belajar di dalam kelas serta sentiasa menyiapkan kerja sekolah selain mengikuti kelas tambahan disediakan pihak sekolah.

Mimpi Rakyat : Ini adalah sebuah kisah lebih daripada sekadar berita. Kisah betapa cekalnya seorang insan yang menghadapai pelbagai dugaan dan (kegagalan keluarga) dalam kehidupan.. bersama seorang nenek yang sentiasa ada menemaninya. Yang menjadikan ia lebih bermakna kerana ia berlaku di Sentul bukannya Bukit Damansara atau Taman Tun Dr. Ismail dan beliau bukan seorang anak aristokrat atau ketua parti. Mudah-mudahan beliau akan terus berjaya dalam setiap ujian yang akan ditempuh. Kita dilahirkan sebagai makhluk yang berjaya..cuma kegagalan kita mengurus kehidupan menjadikan kita seorang yang gagal...

No comments:

Post a Comment