Thursday, 17 November 2011

BERMIMPI ADALAH SATU KESALAHAN (BAHAGIAN : 5)

…..petang esoknya Pak Usu terjogol semula di kedai kopi itu, pada waktu yang sama seperti dulu.
Suara riu rendah dengan gelak ketawa menjadi sepi tiba-tiba bile melihat Pak Usu sampai. Penghulu muda yang jadi tumpuan masa ketiadaan Pak Usu, yang baru membeli motorsikal, turut diam, tidak menyambung celotehnya mengenai motorsial barunya. Lebai sahabat baiknya yang jarang-jarang ke kedai kopi, kerana terlalu sibuk menggiliri tiga isterinya, petang itu ada bersama. Semua yang ada di dalam kedai itu memandang Pak Usu yang pucat dan lemah itu berjalan perlahan-lahan memasuki kedai kopi…..
“Kamu menuduh aku penghasut?” tiba-tiba Pak Usu meledakkan pertanyaan kepada anak buahnya di dalam kedai kopi itu.
Gambar Hiasan

“Siapa yang buat cerita jahat ini?” kali ini pertanyaan itu bersahaja, diucapkan dengan sabar dan penuh maaf seorang tua yang lurus hati.



Diam.
“Tuk Penghulukah?”
“Tidak Pak Usu! Cepat sekali Penghulu muda itu menafikan dengan gelisah dan agak marah.
“Kalau begitu, siapa? Lebai?” suara itu makin berani, makin tegas.
“Bukannya saya, Pak Usu!” bantah Lebai
“Memang mimpiku itu benar. Aku tidak pernah berbohong. Aku bermimpi yang sebenarnya.”
Tiada yang igin membantah  Pak Usu. Melihat itu, Penghulu muda berkata lembut:
“Tapi mimpi seperti itu tidak boleh diceritakan, Pak Usu. Nanti orang salah faham”
“Mengapa tak boleh cerita? Mengapa mesti salah faham? Aku bukn reka. Mimpi itu datang sendiri. Memang mimpi itu ada dan datang sendiri, bukan aku pandai-pandai reka”
Mendengar sanggahan Penghulu itu, Lebai menjawab kemusykilan Pak Usu:
“Mengikut hukum agama, Pak Usu, Kita tak boleh buat fitnah. Dosa besar.”
“Siapa buat fitnah? Aku? Aku hanya ceritakan mimpi yang benar. Aku tidak buat fitnah,” bantah Pak Usu keras.
“Tapi mimpi Pak Usu boleh buat orang salah faham,” jelas Penghulu muda itu lagi. Pak Usu mendiamkan dirinya dan tidak peduli terhadap apa jua alasan dan tuduhan yang diludah ke mukanya.
“ Pak Usu kata mimpi jadi menteri lembu dan semua yang bekerja dengan Pak Usu lembu. Itu salah, Pak Usu, “ Penghulu muda itu menjelaskan lagi.
“Mengapa?” tanya Pak Usu bingung.
“Itu perkara sensitif, Pak Usu. Perlembagaan tak benarkan sesiapa pun bermimpi macam itu,”tegas penghulu. Pak Usu diam. Nyatalah dia tidak meb=ngerti selok-belok undang-undang.
“Kalau mimpi juga boleh masuk penjara,” ancam Penghulu muda itu lagi.
“Penjara?” bagai terpelanting Pak Usu mendengar itu.
“Pak Usu boleh dituduh di bawah Undang-undang Keselamatan dalam Negeri kerana menghasut,” ugut Penghulu lagi.

1 comment:

  1. semalam saya bermimpi menjadi seorang jutawan.. dikelilingi kemewahan... harta saya banyak,..pejabat saya hebat..bereta saya lima enam buah..saya makan dan pakai pakaian yang mahal-mahal..pendek kata segala yang saya inginkan semua saya akan dapat... tapi semua itu lenyap setelah saya tersedar akibat kokoan ayam sabung di kongsi sebelah rumah dan ngauman LRT yang akan membawa para pekerja mencari rezeki...

    ReplyDelete