Tuesday, 22 May 2012

MIMPI ANAK NELAYAN



Jamil, anak sulung Pak Leh Jenguk sangat teruja sekali pagi ini apabila mimpinya malam tadi benar-benar telah menggoncang akal dan pemikirannya. Terjaganya ia diawal pagi ini luar biasa sekali kerana didapatinya azan subuh belum berkumandang di surau Kg. Parit 4 tidak seperti kebiasaan dia hanya bangkit dari lena bila matahari mulai terbit.


Jamil mula gelisah apakah maksud sebenar mimpinya itu kerana sungguh aneh sekali berbanding mimpi-mimpi lain.Kebisaannya dia sering bermimpi bertemu dengan Laila seorang gadis bandar yang menjadi idamannya. Laila menjadi kegilaan ramai jejaka termasuklah Jamil. Lalila bukan artis, pelakon atau model terkenal. Laila hanya seorang bekas peserta realiti TV yang tidak terpilih akibat kelewatan menghadiri sesi ujibakat disebabkan kesesakan di pusat bandar ekoran Himpunan Berjuta Umat. Laila mendapat liputan meluas media massa kerana musnahnya cita-citanya untuk menjadi seorang penulis novel realiti akibat peristiwa malang itu. Liputan meluas menjadikannya terkenal dengan sekelip mata. Keayuan Laila menjadi igauan setiap mata yang memandang. Nama Laila kini menjadi sebutan ramai dan menjadi idaman lelaki miang dan berwang. Entah kenapa mimpinya malam itu aneh sekali. Dia tidak mimpikan Lalila. Mimpinya kali ini agak luar biasa jauh lebih luar biasa jika berjaya mendapatkan Laila sekalipun.

Jamil bingkas terkenangkan kembali peristiwa lampau zaman persekolahannya. Dia mempunyai dua impian yang sangat diidamkan. Pertama ingin memiliki sebuah motorsikal kapcai bagi membolehkannya setaraf dengan rakan-rakan yang lain dan kedua menjadikan Isabella pelajar junior sebagai teman istimewa. Antara kedua-dua impiannya dia tidak mendapatkan kedua-duanya. Bukan kerana gagal atau tidak berusaha tetapi mengenangkan dia hanyalah anak seorang nelayan, maka dia terpaksa melupakan kedua-dua impiannya itu.

Baginya, semua itu mustahil untuk dimiliki jika dia hanya berterusan begitu. Anak nelayan yang miskin mana mungkin dapat memiliki semua yang diinginkan. Siapalah dia dimata Isabella seorang anak Guru di sekolah tempat dia belajar. Isabella seorang gadis yang periang dan dibesarkan dengan serba-serbi yang mencukupi sama ada kasih sayang mahupun harta benda. Tetapi tidak bagi Jamil, dia anak nelayan yang tidak akan membantah arahan ayahnya untuk ke laut mencari pendapatan. Dia sukar mengatakan tidak jika disuruh bergelumang dengan lumpur yang busuk mencari ketam dan kijing. Dia akan menebalkan muka menjual segala hasil tangkapan di gerai buruk sepanjang jalan KL-Kelang.Dia sedar, dan dia insaf.


Namun kini semua itu hanya tinggal kenangan manis yang telah menjadi sebahagian daripada asam garam hidupnya yang dijadikan sebagai cabaran untuk dia berjaya. Kini hampir segala impiannya telah tercapai sama ada memiliki motorsikal, kereta, rumah dan kerjaya kerana dia kini bergelar seorang usahawan terkenal. Cuma satu impiannya tidak tercapai iaitu untuk memiliki Isabella kerana tiada khabar berita setalah tamat persekolahan dia menyambung pengajian di luar negara. Dan kehilangan Isabella dijangka dapat diubati sekiranya dapat memiliki Laila. kini dia punya segala-galanya. Hampir tiada sesuatu yang dapat menentang keinginannya melaiankan dengan takdir Allah. Dia kini mempunyai sebuah kereta yang menjadi idaman setiap manusia di atas muka bumi yang hanya mampu dimiliki golongan hartawan dan jutawan. rumahnya tinggi di atas kayangan makannya di pinggan minumnya di cawan bak kata S.Shamsudin dalam lawak P.Ramlee 3 Abdul.

bersambung....

HUKUM MEMPELAJARI PENYEDIAAN ARAK








Soalan :
Anak saya sedang menuntut di semester pertama di Universiti Utara Malaysia dalam bidang pengajian yang tersebut di atas. Tempoh pengajian itu selama 4 tahun.
Salah satu mata pelajaran yang dipelajarinya ialah berkaitan dengan pembancuhan arak. Mungkin ini adalah dalam modul “Food and Management”. Apa yang merisaukan saya ialah adakah anak saya berdosa mempelajarinya? Adakah ia salah di sisi agama mempelajarinya?Perlukah anak saya berhenti belajar?

Jawapan :

Pengharaman arak bukan sahaja kepada yang meminumnya, bahkan meliputi segala yang berkaitan dengan pemprosesannya, membawa kepada orang yang menghidangkannya dan lain-lainnya. Semua orang yang berurusan bagi tujuan-tujuan berkaitan dengan arak akan mendapat laknat Allah dan RasulNya.

Merujuk kepada persoalan tuan di atas, terdapat beberapa keadaan yang boleh dibuat andaian iaitu :

1)            Jika anak tuan mengambil bidang berkenaan adalah bertujuan untuk dilatih secara langsung dan diajar bagi memproses dan kemudian untuk bekerja dalam bidang pembuatan arak hukumnya adalah haram.

2)           Jika anak tuan itu sekadar belajar hanya untuk mencari ilmu dan melengkapkan syarat kursus yang ditawarkan hukumnya adalah harus di sisi Islam mempelajarinya. Contohnya pelajar yang memepelajari bidang ekonomi atau perbankan konvensional yang mengamalkan riba’. Pelajar-pelajar yang mempelajari sistem berkenaan adalah tidak salah kerana ia mendalami sistem tersebut untuk mengambil pengajaran dan mengubah sistem berkenaan.

3)           Dalam keadaan ini anak tuan tidaklah semestinya berhenti beljar kerana tujuan tersebut. Tetapi jika matapelajaran tersebut hanyalah matapelajaran yang bukan wajib dipelajarinya maka hendaklah ditinggalkan dan lebih baik memilih matapelajaran yang lebih sesuai. Tetapi jika mata pelajaran tersebut termasuk dalam mata pelajaran yang wajib maka tidak salah memepelajarinya asalkan tidak menjadikan alasan untuk mengamalkannya.

http://muftipahang.gov.my/perkhidmatan/soal-jawab-agama/sosial/mempelajari-pembancuhan-arak

Hukuman Untuk Orang Islam Amal Gaya 'Celaru Jantina' Di Pahang


Golongan yang mengamalkan gaya kecelaruan jantina yang beragama Islam, akan berdepan tindakan tegas di negeri ini, apabila Dewan Undangan Negeri Pahang meluluskan Rang Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah (Pindaan) 2012.

Pindaan rang-rang undang itu dipersetujui sebulat suara selepas dibahaskan Pengerusi Jawatankuasa Dakwah dan Badan Bukan Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Shafri Abdul Aziz.

Dalam perbahasannya, beliau mengupas permasalahan dalam masyarakat masa kini iaitu lelaki yang gemar menyerupai dan berkelakuan seperti perempuan dan perempuan yang berkelakuan seperti lelaki.

Mohd Shafri berkata itu sama sekali salah dan dilarang agama Islam.

 "apakah saya juga mempunyai kecelaruan jantina @ penampilan?

Kesalahan itu, katanya, terkandung dalam peruntukan Bahagian IV rang undang-undang itu iaitu kesalahan berhubung dengan kesusilaan.

"Bagi kedua-dua kesalahan iaitu mana-mana lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak perempuan di tempat awam atas tujuan yang tidak berakhlak dan perempuan yang memakai pakaian lelaki dan berlagak seperti lelaki di tempat dan tujuan sama, mereka boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya," katanya.

Selain itu, katanya, pindaan berkenaan dilakukan bagi menjelaskan kesamaran pada seksyen-seksyen tertentu undang-undang itu supaya lebih jelas serta mengikut keperluan semasa terhadap penguatkuasaan.

Perbahasan rang-rang undang itu disokong Shukri Ahmad Ismail (BN-Pulau Tawar) dan disahkan oleh Yang Dipertua DUN, Datuk Seri Wan Mohamad Razali Wan Mahussin.

Terdahulu, Chong Siew Onn (DAP-Tras), meminta pengecualian daripada membuat keputusan kerana ia membabitkan umat dan agama Islam manakala Tuan Syed Mohamed Syed Lonnik (PAS-Beserah) meminta penambahbaikan pada persiapan persediaan untuk memastikan pindaan itu lancar.

- Bernama


MESYUARAT BERSETUJU BAHAWA HUKUM MENYAMBUT HARI KEKASIH ADALAH HARAM DAN DILARANG UNTUK MENYAMBUTNYA.


KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK NEGERI PAHANG 1/2012.

TAJUK  :
HUKUM MENYAMBUT HARI KEKASIH

TARIKH / TEMPAT :
14-15 MAC 2012
SUNWAY PUTRA HOTEL, KUALA LUMPUR




Merokok Adalah Haram Hukumnya : Majlis Fatwa


Masih ramai di kalangan umat Islam di negara ini mengambil mudah mengenai fatwa Merokok Adalah Haram, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Othman Mustapha.

Justeru itu katanya, Jakim dan Kementerian Kesihatan hari ini bekerjasama mengadakan Seminar Pendidikan Fatwa Merokok Adalah Haram sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran.

Walaupun pelbagai kempen kesedaran telah dilaksanakan, Othman berkata jumlah penghisap rokok terus meningkat.

Menurut Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada tahun ini lebih lima juta penduduk dunia akan mati akibat penyakit berkaitan merokok antaranya serangan jantung, strok dan kanser.(Bernama)




Haram Untuk Umat Islam Menyertai Perhimpunan Atau Demonstrasi Yang Bertujuan Tidak Baik


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara. Pengerusinya, Professor Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas. Memetik kenyataan beliau dalam Sinar Harian Online sebagai berkata “Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama. Sesiapa juga tidak boleh buat, tidak (boleh) bersetuju ke arah (usaha) mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah.”