Jamil, anak sulung Pak Leh Jenguk sangat teruja sekali pagi ini apabila mimpinya malam tadi benar-benar telah menggoncang akal dan pemikirannya. Terjaganya ia diawal pagi ini luar biasa sekali kerana didapatinya azan subuh belum berkumandang di surau Kg. Parit 4 tidak seperti kebiasaan dia hanya bangkit dari lena bila matahari mulai terbit.
Jamil mula gelisah apakah maksud sebenar mimpinya itu kerana sungguh aneh sekali berbanding mimpi-mimpi lain.Kebisaannya dia sering bermimpi bertemu dengan Laila seorang gadis bandar yang menjadi idamannya. Laila menjadi kegilaan ramai jejaka termasuklah Jamil. Lalila bukan artis, pelakon atau model terkenal. Laila hanya seorang bekas peserta realiti TV yang tidak terpilih akibat kelewatan menghadiri sesi ujibakat disebabkan kesesakan di pusat bandar ekoran Himpunan Berjuta Umat. Laila mendapat liputan meluas media massa kerana musnahnya cita-citanya untuk menjadi seorang penulis novel realiti akibat peristiwa malang itu. Liputan meluas menjadikannya terkenal dengan sekelip mata. Keayuan Laila menjadi igauan setiap mata yang memandang. Nama Laila kini menjadi sebutan ramai dan menjadi idaman lelaki miang dan berwang. Entah kenapa mimpinya malam itu aneh sekali. Dia tidak mimpikan Lalila. Mimpinya kali ini agak luar biasa jauh lebih luar biasa jika berjaya mendapatkan Laila sekalipun.
Jamil bingkas terkenangkan kembali peristiwa lampau zaman persekolahannya. Dia mempunyai dua impian yang sangat diidamkan. Pertama ingin memiliki sebuah motorsikal kapcai bagi membolehkannya setaraf dengan rakan-rakan yang lain dan kedua menjadikan Isabella pelajar junior sebagai teman istimewa. Antara kedua-dua impiannya dia tidak mendapatkan kedua-duanya. Bukan kerana gagal atau tidak berusaha tetapi mengenangkan dia hanyalah anak seorang nelayan, maka dia terpaksa melupakan kedua-dua impiannya itu.
Baginya, semua itu mustahil untuk dimiliki jika dia hanya berterusan begitu. Anak nelayan yang miskin mana mungkin dapat memiliki semua yang diinginkan. Siapalah dia dimata Isabella seorang anak Guru di sekolah tempat dia belajar. Isabella seorang gadis yang periang dan dibesarkan dengan serba-serbi yang mencukupi sama ada kasih sayang mahupun harta benda. Tetapi tidak bagi Jamil, dia anak nelayan yang tidak akan membantah arahan ayahnya untuk ke laut mencari pendapatan. Dia sukar mengatakan tidak jika disuruh bergelumang dengan lumpur yang busuk mencari ketam dan kijing. Dia akan menebalkan muka menjual segala hasil tangkapan di gerai buruk sepanjang jalan KL-Kelang.Dia sedar, dan dia insaf.
Namun kini semua itu hanya tinggal kenangan manis yang telah menjadi sebahagian daripada asam garam hidupnya yang dijadikan sebagai cabaran untuk dia berjaya. Kini hampir segala impiannya telah tercapai sama ada memiliki motorsikal, kereta, rumah dan kerjaya kerana dia kini bergelar seorang usahawan terkenal. Cuma satu impiannya tidak tercapai iaitu untuk memiliki Isabella kerana tiada khabar berita setalah tamat persekolahan dia menyambung pengajian di luar negara. Dan kehilangan Isabella dijangka dapat diubati sekiranya dapat memiliki Laila. kini dia punya segala-galanya. Hampir tiada sesuatu yang dapat menentang keinginannya melaiankan dengan takdir Allah. Dia kini mempunyai sebuah kereta yang menjadi idaman setiap manusia di atas muka bumi yang hanya mampu dimiliki golongan hartawan dan jutawan. rumahnya tinggi di atas kayangan makannya di pinggan minumnya di cawan bak kata S.Shamsudin dalam lawak P.Ramlee 3 Abdul.
bersambung....
No comments:
Post a Comment