Soalan :
Anak saya sedang menuntut di semester pertama di Universiti Utara Malaysia
dalam bidang pengajian yang tersebut di atas. Tempoh pengajian itu selama 4
tahun.
Salah satu mata pelajaran yang dipelajarinya ialah berkaitan dengan
pembancuhan arak. Mungkin ini adalah dalam modul “Food and Management”. Apa yang
merisaukan saya ialah adakah anak saya berdosa mempelajarinya? Adakah ia salah
di sisi agama mempelajarinya?Perlukah anak saya berhenti belajar?
Pengharaman arak bukan sahaja kepada yang meminumnya, bahkan meliputi segala yang berkaitan dengan pemprosesannya, membawa kepada orang yang menghidangkannya dan lain-lainnya. Semua orang yang berurusan bagi tujuan-tujuan berkaitan dengan arak akan mendapat laknat Allah dan RasulNya.
Merujuk kepada persoalan tuan di atas, terdapat beberapa keadaan yang boleh dibuat andaian iaitu :
1) Jika anak tuan mengambil bidang berkenaan adalah bertujuan untuk dilatih secara langsung dan diajar bagi memproses dan kemudian untuk bekerja dalam bidang pembuatan arak hukumnya adalah haram.
2) Jika anak tuan itu sekadar belajar hanya untuk mencari ilmu dan melengkapkan syarat kursus yang ditawarkan hukumnya adalah harus di sisi Islam mempelajarinya. Contohnya pelajar yang memepelajari bidang ekonomi atau perbankan konvensional yang mengamalkan riba’. Pelajar-pelajar yang mempelajari sistem berkenaan adalah tidak salah kerana ia mendalami sistem tersebut untuk mengambil pengajaran dan mengubah sistem berkenaan.
3) Dalam keadaan ini anak tuan tidaklah semestinya berhenti beljar kerana tujuan tersebut. Tetapi jika matapelajaran tersebut hanyalah matapelajaran yang bukan wajib dipelajarinya maka hendaklah ditinggalkan dan lebih baik memilih matapelajaran yang lebih sesuai. Tetapi jika mata pelajaran tersebut termasuk dalam mata pelajaran yang wajib maka tidak salah memepelajarinya asalkan tidak menjadikan alasan untuk mengamalkannya.
http://muftipahang.gov.my/perkhidmatan/soal-jawab-agama/sosial/mempelajari-pembancuhan-arak
No comments:
Post a Comment