Golongan yang mengamalkan gaya kecelaruan jantina yang
beragama Islam, akan berdepan tindakan tegas di negeri ini, apabila Dewan
Undangan Negeri Pahang meluluskan Rang Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah
(Pindaan) 2012.
Pindaan rang-rang undang itu dipersetujui sebulat suara
selepas dibahaskan Pengerusi Jawatankuasa Dakwah dan Badan Bukan Kerajaan
Negeri, Datuk Mohd Shafri Abdul Aziz.
Dalam perbahasannya, beliau
mengupas permasalahan dalam masyarakat masa kini iaitu lelaki yang gemar
menyerupai dan berkelakuan seperti perempuan dan perempuan yang berkelakuan
seperti lelaki.
Mohd Shafri berkata itu sama sekali salah dan dilarang
agama Islam.
"apakah saya juga mempunyai kecelaruan jantina @ penampilan?
"Bagi kedua-dua kesalahan iaitu mana-mana lelaki yang memakai
pakaian perempuan dan berlagak perempuan di tempat awam atas tujuan yang tidak
berakhlak dan perempuan yang memakai pakaian lelaki dan berlagak seperti lelaki
di tempat dan tujuan sama, mereka boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau
dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya,"
katanya.
Selain itu, katanya, pindaan berkenaan dilakukan bagi
menjelaskan kesamaran pada seksyen-seksyen tertentu undang-undang itu supaya
lebih jelas serta mengikut keperluan semasa terhadap
penguatkuasaan.
Perbahasan rang-rang undang itu disokong Shukri Ahmad
Ismail (BN-Pulau Tawar) dan disahkan oleh Yang Dipertua DUN, Datuk Seri Wan
Mohamad Razali Wan Mahussin.
Terdahulu, Chong Siew Onn (DAP-Tras),
meminta pengecualian daripada membuat keputusan kerana ia membabitkan umat dan
agama Islam manakala Tuan Syed Mohamed Syed Lonnik (PAS-Beserah) meminta
penambahbaikan pada persiapan persediaan untuk memastikan pindaan itu
lancar.
- Bernama
No comments:
Post a Comment