Monday, 24 October 2011

Antara Punca Kuda-Kuda Tidak Mengikut Kriteria Pertandingan- (Bhg 2: Sikap)

9. Kuat Tidur. Antara faktor kukuh yang menyebabkan kriteria kuda ini jatuh menjunam adalah akibat sikapnya yang sering tidur atau tertidur sama ada semasa latihan atau pertandingan. Menurut pakar kuda, kuda yang kuat tidur mungkin disebabkan sikap tuannya sendiri yang lebih mementingkan rupa paras daripada prestasi.
10. Kuat Minum. Tidak dinafikan dalam keadaan cuaca yang panas semasa latihan dan adakalanya terpaksa memakan masa yang panjang, maka air sangat diperlukan untuk menghilangkan dahaga. Bagaimanapun air yang diminum harus kembali dapat menyegarkan tubuh yang lesu, bukan menghilangkan kewarasan fikiran.



Antara Punca Kuda-Kuda Tidak Mengikut Kriteria Pertandingan- (Bhg 1: Penampilan)

1. Pemalu. Kuda yang pemalu didapati amat sukar untuk menyesuaikan diri dalam sebarang pertandingan apatah lagi jika ia ditunggang oleh wanita cantik atau lelaki tampan. Kuda sebegini biasanya dilahirkan sama ada di dalam kandang kuda Tuan Saddiq Segaraga ataupun di hospital veterinar swasta.

2. Berpakaian menyerupai perempuan. Dalam  sebuah negara yang menghormati hak gender adalah sesuatu yang amat mendukacitakan jika mana-mana ciri sesuatu gender itu dipadankan apatah lagi diperagakan oleh haiwan.


3. Menyerupai Makhluk Lain. Dalam era sains dan teknologi apatah lagi dengan hasrat negara menjadi sebuah negara maju serta menggalakkan amalan kreativiti dan inovasi, maka adalah sesuatu yang amat tidak beretika apabila sesuatu hasil ciptaan itu boleh menjejaskan sistem semulajadi serta keharmonian hidup makhluk lain. Penghasilan KULEM (kacukan genetik kuda lumba dengan lembu daging) amatlah tidak bertepatan dengan tema pertandingan kuda yang akan dianjurkan.


4. Pengubahsuaian yang tidak mendapat kelulusan. Sebarang perubahan yang hendak dilakukan sama ada kepada diri sendiri atau harta kita sendiri mestilah mendapat kelulusan pihak berkuasa. Umpamanya untuk membuat sambungan bumbung rumah pun perlu mendapat kelulusan apatah lagi menambak eksesori yang boleh meningkatkan kelajuan pada kuda.


5. Tidak Higenik. Walaupun seekor kuda, ia sepatutnya mendapat haknya untuk mengamalkan mouth higen. Pengadil pertandingan mendapati bahawa kuda-kuda yang dibawa ke pertandingan tersebut tidak dapat bersiwak apatah lagi bersugi dengan ubat gigi yang boleh digunakan tanpa was-was.


6. Dilihat mempunyai Unsur Punk dan Blak Metal. Pertandingan kuda Equstarian bukanlah pertandingan kuda laju atau mesin kuda. Oleh yang demikian rupa paras kuda haruslah sentiasa rapi disamping mencapai tahap kecergasan yang tinggi untuk melompat pagar dan lopak yang disediakan. Bukan menggayakan rambut ala punk.

7. Identiti Mengelirukan. Ini adalah sebab mengapa kuda-kuda ini tidak dibenarkan untuk bertanding. Pihak penganjur sukar mengkelaskan kuda ini sama ada kuda belang, kuda separuh belang atau kuda separuh putih. Pihak penganjur percaya bahawa terdapat juga usaha-usaha untuk mengelirukan orang awam (penonton) supaya mempercayai bahawa kuda ini adalah yang terbaik pernah ditawarkan serta dapat mengenali antara warna-warna primer CMYK 600 dpi dengan 400 resolution.


8. Malpemakanan.  Kekurangan Vitamin C dalam badan boleh menjejaskan daya tumpuan dan mengingat sama ada manusia atau haiwan. Pertubuhan Pencinta Haiwan (PPH) telah mengadakan bantahan kepada pihak penganjur bahawa terdapat pengabaian terhadap kuda tersebut untuk mendapat skim bantuan makanan tambahan (SBMT) bagi meningkatkan stamina dan adalah dikhuatiri kuda tersebut sukar untuk membezakan antara garisan permulaan atau penamat ketika perlumbaan kelak.


MIMPI RAKYAT : Dipetik daripada laporan-laporan yang boleh dipercayai daripada sumber dalaman yang diragui....

MSN 'perkudakan' peruntukan RM5.66 juta

Lapan belas daripada 23 kuda baka khas yang dibeli oleh Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menyertai pertandingan ekuestrian dan sukan lasak terpaksa diagihkan kepada pelbagai jabatan kerajaan kerana kuda-kuda yang dibeli pada 2008 itu gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa atau Federation Equestre Internationale.

NONELima kuda lain - yang dinamakan Edenfels Zephyr, Blue Bronco, Amira Alborada, Navidad, Brookleigh Kentara, bagaimanapun didapati layak dan bertanding pada pertandingan World Endurance Championship.

Pemilihan itu dibuat oleh jawatankuasa direktorat World Endurance Championship, yang diketuai oleh ketua pengarah Institut Sukan Negara (ISN), termasuk doktor veterinar, pegawai teknik dan pengurus projek.

Harga 23 kuda itu berjumlah RM5.66 juta dan dibuat melalui rundingan terus tanpa kelulusan Kementerian Kewangan, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Kuda-kuda itu dibeli daripada:
  • Equine Centre Sdn Bhd (enam ekor) dengan bernilai RM1.98 juta
  • El Ranco Country Club (13) dengan harga RM2.48 juta
  • Royal Terengganu Endurance Stable (dua) pada harga RM0.58 juta
  • Toft Endurance Pty Ltd (dua) dengan nilai RM0.62 juta
NONELapan belas kuda yang ‘ditolak’ itu berharga RM3.94 million dan telah diagihkan kepada beberapa agensi kerajaan:
  • Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (tiga kuda)Unit berkuda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (tiga)
  • Pusat equestrian Angkatan Tentera (dua)
  • Universiti Putra Malaysia (tiga)
  • Universiti Teknologi Malaysia (dua)
  • Majlis Sukan Terengganu (dua)
  • Royal Terengganu Endurance Stable (lapan)
Hafiz Yatim
6:00PM Okt 24, 2011



MIMPI RAKYAT : macam-macam berita ada di Malaysia..tanah tumpahnya darahku....
mula-mula beli alat tak ikut spesipikasi..kemudian buat alat tak ikut piawai...yang ni pulak beli haiwan tak ikut standart...macam-macam

Bank ditipu RM37 juta

KUALA LUMPUR 24 Okt. - Sebuah bank tempatan mengalami kerugian teruk sepanjang 26 tahun tempoh perniagaannya selepas ditipu sebanyak RM37 juta melalui satu komplot pinjaman sebuah syarikat, dua tahun lalu. Menurut sumber polis, setelah pinjaman diluluskan sepenuhnya secara sekali gus pada 2009, syarikat itu tiba-tiba lesap tanpa membuat sebarang pembayaran balik.Kata sumber itu, pihak bank yang menjalankan siasatan dalaman gagal mengesan syarikat berkenaan dan akhirnya membuat laporan polis setelah diminta berbuat demikian.

"Siasatan awal polis mendapati, pinjaman dilakukan oleh pihak yang telah berkomplot dan melakukan penipuan secara licik sehingga bank tidak mempunyai masalah untuk meluluskan pinjaman kerana selain dokumen yang meyakinkan, pinjaman turut mendapat jaminan sebuah bank lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Sumber itu bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada terdapat penglibatan 'orang dalam' dalam kes penipuan ini kerana siasatan pihak polis masih di peringkat awal. Beliau juga enggan mendedahkan identiti syarikat yang membuat pinjaman itu kerana tidak mahu mengganggu siasatan selain tidak menjejaskan proses pertuduhan di mahkamah kelak. Ini kes kedua melibatkan institusi kewangan menjadi mangsa penipuan pinjaman berjumlah tinggi.

Utusan Malaysia pada 17 Februari lalu mendedahkan, sebuah bank di ibu negara kerugian RM19 juta setelah menyerahkan wang pinjaman kepada dua syarikat yang mendakwa mendapat projek penyelenggaraan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Menurut sumber itu lagi, berikutan penipuan terbesar itu, polis sedang menyiasat secara terperinci termasuk meneliti semua dokumen berkaitan bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab. "Berikutan penipuan itu juga, bank berkenaan telah mencatatkan kerugian teruk dan terpaksa melakukan perubahan ke atas pengurusannya," kata sumber itu.
Bank berkenaan kemudiannya telah mencatat keuntungan semula.

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my


MIMPI RAKYAT :
- Berita ini menceritakan tentang apa? Bank ini membuat keuntungan atau rugi sebenarnya?
- Siapa "orang dalam" yang selalu keluar dalam berita dan tak pernah kita lihat wajahnya sehungga hari ini, melayukan dia, cina kah diam, indiakah dia atau warga afrikah dia..dalam mana? dalam seluar...
- Syarikat mana yang dapat projek macam ini..Melayu Bumiputera Islamkah dia...