1. Pemalu. Kuda yang pemalu didapati amat sukar untuk menyesuaikan diri dalam sebarang pertandingan apatah lagi jika ia ditunggang oleh wanita cantik atau lelaki tampan. Kuda sebegini biasanya dilahirkan sama ada di dalam kandang kuda Tuan Saddiq Segaraga ataupun di hospital veterinar swasta.
2. Berpakaian menyerupai perempuan. Dalam sebuah negara yang menghormati hak gender adalah sesuatu yang amat mendukacitakan jika mana-mana ciri sesuatu gender itu dipadankan apatah lagi diperagakan oleh haiwan.
3. Menyerupai Makhluk Lain. Dalam era sains dan teknologi apatah lagi dengan hasrat negara menjadi sebuah negara maju serta menggalakkan amalan kreativiti dan inovasi, maka adalah sesuatu yang amat tidak beretika apabila sesuatu hasil ciptaan itu boleh menjejaskan sistem semulajadi serta keharmonian hidup makhluk lain. Penghasilan KULEM (kacukan genetik kuda lumba dengan lembu daging) amatlah tidak bertepatan dengan tema pertandingan kuda yang akan dianjurkan.
4. Pengubahsuaian yang tidak mendapat kelulusan. Sebarang perubahan yang hendak dilakukan sama ada kepada diri sendiri atau harta kita sendiri mestilah mendapat kelulusan pihak berkuasa. Umpamanya untuk membuat sambungan bumbung rumah pun perlu mendapat kelulusan apatah lagi menambak eksesori yang boleh meningkatkan kelajuan pada kuda.
5. Tidak Higenik. Walaupun seekor kuda, ia sepatutnya mendapat haknya untuk mengamalkan mouth higen. Pengadil pertandingan mendapati bahawa kuda-kuda yang dibawa ke pertandingan tersebut tidak dapat bersiwak apatah lagi bersugi dengan ubat gigi yang boleh digunakan tanpa was-was.
6. Dilihat mempunyai Unsur Punk dan Blak Metal. Pertandingan kuda Equstarian bukanlah pertandingan kuda laju atau mesin kuda. Oleh yang demikian rupa paras kuda haruslah sentiasa rapi disamping mencapai tahap kecergasan yang tinggi untuk melompat pagar dan lopak yang disediakan. Bukan menggayakan rambut ala punk.
7. Identiti Mengelirukan. Ini adalah sebab mengapa kuda-kuda ini tidak dibenarkan untuk bertanding. Pihak penganjur sukar mengkelaskan kuda ini sama ada kuda belang, kuda separuh belang atau kuda separuh putih. Pihak penganjur percaya bahawa terdapat juga usaha-usaha untuk mengelirukan orang awam (penonton) supaya mempercayai bahawa kuda ini adalah yang terbaik pernah ditawarkan serta dapat mengenali antara warna-warna primer CMYK 600 dpi dengan 400 resolution.
8. Malpemakanan. Kekurangan Vitamin C dalam badan boleh menjejaskan daya tumpuan dan mengingat sama ada manusia atau haiwan. Pertubuhan Pencinta Haiwan (PPH) telah mengadakan bantahan kepada pihak penganjur bahawa terdapat pengabaian terhadap kuda tersebut untuk mendapat skim bantuan makanan tambahan (SBMT) bagi meningkatkan stamina dan adalah dikhuatiri kuda tersebut sukar untuk membezakan antara garisan permulaan atau penamat ketika perlumbaan kelak.
MIMPI RAKYAT : Dipetik daripada laporan-laporan yang boleh dipercayai daripada sumber dalaman yang diragui....
No comments:
Post a Comment