Majlis Fatwa Kebangsaan – Cicak Tokek Haram Di Makan dan Dijadikan Ubat
Salam, nampaknya Majlis Fatwa Kebangsaan telahpun
bersidang buat kali ke-95 pada 16 hingga 18 Jun lalu dan Majlis Fatwa Kebangsaan
telah memutuskan bahawa Cicak Tokek Haram Untuk Di Makan dan Dijadikan Ubat.
Hukum Memakan Dan Berubat Dengan Cicak
Gekko Geckko (Tokay)
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun
2011 telah membincangkan mengenai Hukum Memakan Dan Berubat Dengan Cicak Gekko
Geckko (Tokay) . Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan
pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa para fuqaha’ telah
mengklasifikasikan Cicak Gekko Geckko (Tokay) sebagai binatang yang haram
dimakan kerana tergolong dalam kategori haiwan yang menjijikkan (khabis) dan
mempunyai racun. Begitu juga dengan uruf masyarakat Islam di Malaysia yang tidak
menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan. Selain itu, sehingga
kini tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan bahawa Cicak
Gekko Geckko (Tokay) mampu menjadi penawar atau mengubati penyakit-penyakit
tertentu.
Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan
bahawa hukum memakan Cicak Gekko Geckko (Tokay) adalah diharamkan oleh Islam.
Manakala untuk tujuan perubatan, penggunaan Cicak Gekko Geckko (Tokay)
diharuskan dengan syarat keberkesanannya dapat dibuktikan dari segi saintifik
dan tiada alternatif ubat lain yang boleh digunakan bagi merawat penyakit
berkaitan.
Sumber :
e-Fatwa