Wednesday, 12 October 2011

4 Ejin Bot Peronda hilang - Polis Siasat Anggota Sendiri...

Polis sedang menyiasat kemungkinan penglibatan anggotanya dalam kes kehilangan empat enjin bot peronda dari stor Polis Marin di sini minggu lepas. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, setakat ini, dua anggota polis marin berpangkat lans koperal berusia 20 dan 35 tahun ditahan untuk membantu siasatan mengenai kes itu. Rabu lepas, empat buah enjin bot milik polis yang disimpan di stor penyimpanan barang pelupusan Pasukan Gerakan Marin (PGM) dilaporkan hilang oleh anggota bertugas di stor berkenaan.

"Petugas itu mendapati enjin bot yang dalam proses pelupusan telah hilang dan saya telah mengarahkan supaya siasatan dilakukan bagi mengenal pasti sama ada terdapat anggota polis yang menyalahgunakan kuasa,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat Koperal kepada 420 anggota polis di sini hari ini. Beliau berkata, enjin-enjin bot itu adalah aset kerajaan walaupun sedang dalam proses pelupusan.Empat enjin yang dilaporkan hilang itu ialah jenis Mercury 200hp dan 150hp buatan Amerika Syarikat seberat hampir 200 kilogram yang dianggarkan bernilai “ratusan ribu ringgit”. – Bernama


MIMPI RAKYAT : macam-macam perkara berlaku di dalam dunia ni apabila amanah yang diberikan dikhianati. Tapi Pak Mat kata "itu tak jadi masalah, mereka bukan curi, mereka cuma pinjam, Ketua Parti pun selalu pinjam barang-barang orang kampung" sambil menghirup  kopi O panasnya.