Saturday, 28 September 2013

KURMA..SYIAH..DAN TUMBUK RUSUK

Kerana terlalu yainkan kepada pembawa utusan yang menjalankan tugasnya melaporkan perkhabaran tentang apa yang berlaku di negeri Pasir Dua Butir...maka pada hari itu mereka semua terasa sesuatu yang aneh terhadap berita yang baru mereka terima.

"NEGERI KITA TERCATAT SEBAGAI NEGERI PALING MAKMUR DI RANTAU INI".. kata pembawa utusan..

Penduduk kampung di negeri Pasir Dua Butir berpandangan sesama sendiri..bagaimana ingin menyambut berita ini..jika diterima bulat2..khuatir dikatakan sebagai kurang tahap kecerdasan..tetapi jika ingin ditolak curiga pula nanti dikatakan telah diresapi ajaran Syiah...mereka semakin keliru apabila anak2 yg baru pulang ke kampung memaparkan kisah yang tak mungkin disiarkan oleh pembawa utusan..negeri Pasir Dua Butir kini setaraf dengan negara tembok besar dari segi kegiatan perniagaan tumbuk rusuk..

mimpi rakyat : ada penduduk kampung yang resah gelisah tidur malamnya kerana dia sering memakan kurma dari iran..kata Ketua Parti...unsur Syiah mula meresapi penduduk negeri Pasair Dua Butir dengan wujudnya pelbagai komoditi yang berasal dari iran..

No comments:

Post a Comment