Saturday, 26 October 2013

PAHIT DAN MANIS

Ibu bagi segala penawar adalah kepahitan manakala ibu segala kesakitan bermula dengan kemanisan....tidak semua yang pahit mendukacitakan dan tidak semua yang manis akan menggembirakan...

AKU SELIPAR BURUK 2

Pada suatu hari..hujan lebat mencurah2..tetapi adik tetap ingin ke sekolah. Itulah pengalaman yang pertama aku menjejakkan diri dalam bilik darjah..kali ini aku tidak dimarah...pernah sekali dalam hidupku..apabila abang terpijak paku dan dia tidak boleh memakai sepatu..hampir seminggu aku membantu kali ini sehingga ke pejabat aku diberi restu....pada hari Jumaat apabila ayah ingin mengerjakan solat..disimpannya kasut yang hebat diambilnya aku menggantikan tempat. Begitulah kitaran hidupku dimana perlu aku berkhidmat..

AKU SELIPAR BURUK 5

Namaku selipar terbuang, walau pernah berbakti, tak pernah minta dikenang. Namun aku bersyukur, pada yang maha kuasa sekalipun tak mampu berjasa pada sepanjang masa, tapi pernah sedikit dalam tempoh hayatku, aku membantu tanpa jemu, menyampaikan hasrat mereka yang berhajat.

AKU SELIPAR BURUK 4

Mulai saat itu aku rasa semakin terbuang..Tidak lagi disayang...Aku dibiarkan seorang..diterik panas ketika siang dan gelap gelita bila malam menjelang..Mulai saat itu aku hanya mampu berdendang..rajinlah ke sekolah adikku sayang...berhati2lah berjalan wahai abang...jangan lupa solat ayahku sayang...

AKU SELIPAR BURUK 3

Tiba2 pada suatu petang yang tenang, kurasakan sebahagian diriku telah hilang. Satu daripada dua tali yang sentiasa memegang, sudah tidak lagi mampu menyumbang. Mulai saat itu, aku merasa semakin terbuang, tidak lagi disayang. Sampailah ketika, masa pun datang, mungkin selepas ini aku akan dibakar untuk menghidupkan arang dan terus lenyap dari mata yang memandang.

Monday, 21 October 2013

AKU SELIPAR BURUK 1

Aku sepasang selipar..putih dan biru warnaku..Daripada plastik dan getah aku diciptakan. Ke tandas, je surau dan ke tempat basah aku digunakan. Aku tidak dibenarkan masuk ke pejabat, sekolah dan rumah pembesar. Aku tidak dibenarkan dipakai di majlis rasmi. Aku digantikan dengan kasut yang cantik dan menawan dalam majlis keramaian. Aku akan disimpan dalam bonet kereta, bawah meja dan di depan pintu tandas. Begitulah aku berkhidmat setiap hari..

Sunday, 20 October 2013

MENCARI...

Dalam.hidup ini ada banyak faktor atau sebab mengapa seseorang itu mencari..ia mungkin sisebabkan....
1. hilang
2. mendapatkan yang baru
3. mendapatkan pengganti
4. menukar
5. belum berjumpa
6.

Saturday, 19 October 2013

BUTA KAYU...

Suasana petang di kedai kopi Pak Itam agak kusut...semua manggaru-garu kepala mencari idea terbaik untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku di kampung mereka..

"Saya cadangkan semua lembu diberikan kaca mata pengsan warna bagi memudahkan mereka".. cadang Harun bagi menyambut saranan awal yang dilontarkan  oleh Malik...pembantu khas kepada Ketua Parti.

"Saya pula cadangkan supaya kesemua lembu ditambat sahaja dikandang dan diberikan makanan daripada dibiarkan bebas meragut rumput", cadang Azeez.

Semua ini timbul ekoran daripada pengaduan yang diterima oleh Ketua Parti bahawa ada sesetengah lembu di kampung itu yang tidak dapat membezakan antara rumput dan batang kayu...semuanya gara-gara dikatakan lembu tersebut buta warna.

Sejak saat itu Ketua Parti sentiasa memikirkan kaedah penyelesaian terbaik kepada permasalahan yang berlaku di kampung itu.

Pernah juga dia terfikir untuk melantik pakar haiwan dari bandar untuk memberi bimbingan kepada lembu dan tuan lembu bagaimana untuk membezakan antara rumput dan batang kayu...tetapi terpaksa di tangguhkan kerana menurut Menteri yang menjaga haiwan...masalah ini masih dalam kajian mereka..

mimpi rakyat : kisah lembu ini nampaknya tidak berkesudahan walaupun musim korban telah berlalu.

Wednesday, 9 October 2013

PERSIDANGAN LEMBU KECOH

Belumpun bermula perhimpunan lembu sekampung yang dijadualkan sebelum raya korban ini.. suasana menjadi panas apabila ketua lembu memberitahu bahawa persidangan itu tidak boleh dijalankan kerana didapati satu pertiga daripada jumlah lembu yang akan menawarkan diri sebagai lembu korban didapati tidak layak kerana mereka bukanlah lembu tetapi LEMBING (kacukan lembu dan kambing)..

mimpi rakyat : macam2 hal dunia lembu ni...

LAGI BERKENAAN LEMBU

Sesuatu yang sangat menyakitkan hati seluruh haiwan malahan penduduk kampung dua butir benar benar telah berlaku. Berita yang disampaikan oleh pimpin lembu yang juga dikenali sebagai LEMBUNG mengatakan bahawa segala rumput yang tumbuh dimuka bumi ini adalah diciptakan untuk makanan lembu..ini termasuk semua jenis rumput-rampai, lalang, belukar malahan semalu pun ditumbuhkan istimewa untuk haiwan bernama lembu.

Segala-galanya bermula di Bukit Seguntang apabila Wan Empuk dan Wan Malini mengadakan persidangan lembu sedunia. Salah seekor lembu mencadangkan bahawa memandangkan rumput yang tumbuh di muka bumi ini asalnya daripada najis mereka akibat memakan rumput, maka adalah menjadi hak mereka untuk menjadikan rumput sebagai hak mutlak mereka.

Maka bertanya kuda keldai zirafah kibas dan unta...apakah kami ini tergolong dalam kelompok haiwan karnivor.

mimpi rakyat : zaman sekarang ni tak pasti sama ada lembu yang bodoh atau penglipurlaranya yang bodoh...

LARI!!! RUMAH NAK ROBOH

Suasana di ladang haiwan ternakan petang itu sungguh bingit..Ada pelbagai jenis haiwan yang tinggal disitu..kambing.ayam.itik serati.itik nila.bangau.keldai. rusa. kura kura tidak ketinggalan tupai dan merpati. hidup mereka yang dahulunya aman damai kini semakin suram.semua binatang resah gelisah..nasib mereka tidak menentu.semuanya gara gara  sekumpulan LEMBING (kacukan lembu dan kambing) yang menguasai ladang itu.

Sejak LEMBING berkuasa pelbagai pembaharuan yang diperkenalkan
.antaranya keutamaan untuk mendapatkan sebarang makanan dan air minuman  diberikan kepada LEMBING. Ini termasuk keutamaan untuk bernaung dibawah pokok ketika matahari panas terik.

Akibat tindakan yang memihak ini menyebabkan banyak haiwan telah melarikan diri ke kawasan lain. Yang paling awal meninggalkan ladang itu ialah sekumpulan merpati yang bersarang di atas kandang ternakan haiwan.Mereka dinafikan untuk mendendangkan lagu mereka kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kualiti susu yang akan dihasilkan oleh LEMBING BETINA. Tupai juga telah lama meninggalkan ladang itu kerana kononnya telah merosakkan buah buahan yang apabila masak akan gugur ke bumi dan menjadi makanan anak anak LEMBING.

Yang paling kecewa antara mereka tentu sahaja kuda belang dan kambing gurun. Mereka telah dinafikan hak untuk meragut rumput diladang itu kerana LEMBING mendakwa segala rumput yang tumbuh dimuka bumi ini berasal daripada najis mereka yang memakan rumput. Semenjak daripada itu, rumput telah menjadi hak eksklusif LEMBING dan keturunannya.

Bagaimanapun segala-galanya seakan hampir musnah apabila semua haiwan yang ada telah lari meninggalkan ladang itu..rumput semakin meninggi kerana LEMBING yang ada sudah tidak mampu untuk meragut rumput ditambah lagi dengan rumput yang tumbuh daripada najis mereka. KITA mesti bertindak segera..pilih saya sebagai Ketua LEMBING yang baru..kata anak LEEMBUNG.kepda semua lembu dan LEMBING yang tinggal. Kalau tidak kita semua akan lemas dalam hutan belantara ini...kerana rumput belukar semakin tebal dan meninggi. Kita perlu bertindak sekarang..jangan tunggu sampai esok untuk.pastikan tidak ada yang mati dibelit akar rotan manau yang semakin menjalar..semua LEEMBUNG, LEMBING  dan lembu yang tinggal bersiap sedia untuk melaksanakan arahan anak LEMBING. Apabila gong dipalu maka sekuat hati mereka membuka langkah untuk.memecut memusnahkan rumput belukar yang ada. Tetapi ramai yang tewas..ada yg dalam keadaan mengerikan terputus kepada..ada yang patah kaki dan tangannya..ada yang terus mati..ramai pula yang cedera parah...

SEMUNYA KERANA MEREKA LUPA BAHAWA DILEHER MEREKA ADA TALI IKATAN YANG TERSIMPUL RAPI YANG DIIKAT PADA SETIAP TIANG. AKHIRNYA SEGALA LEEMBUNG,LEMBING DAN LEMBU MENERIMA AKIBATNYA.

Saturday, 5 October 2013

JAWATANKUASA MENCADANGKAN PENUBUHAN JAWATANKUASA

Telah tersebar ke seluruh pelusuk kampung Pasir Bua Butir,  75 ekor lembu telah hilang di sejak malam semalam. Satu jawatankuasa ad-hoc yang dibentuk telah dapat mengesan kesemua lembu tersebut yang cuba diseludup ke Kota Siput oleh dua remaja dan disembunyikan di belakang Sekolah Agama Rakyat (SAR) kampung Puah Sebatang.

Apabila penduduk mendapat tahu.maka berduyun2 lah.mereka ke balairaya untuk melihat apa yang berlaku..

"Kita akan menubuhkan sebuah Jawatankuasa untuk memastikan kesemua lembu ini diserahkan kembali kepada pemilikanya..beberapa orang pakar akan dijemput menganggotai jawatankuasa ini...kata Ketua Parti.

"Tetapi kita juga perlu tubuhkan sebuah jawatankuasa untuk memilih pakar tersebut"  kata Pak Mat.

Mimpi Rakyat : asyik nak tubuh jawatankuasa bila pulak nak buat kerjanya...

Menjadi dewasa & selamat hari lahir

menjadi dewasa bukanlah bermakna bertambahnya usia....bukan juga apabila tiba hari lahir...dewasa ialah apabila tindakan yg dilakukan sepadan dgn usia.. menjadi dewasa bukan beerti telah berapa kali majlis hari jadi yang kita rai...tetapi berapa banyak dugaan yang telah berjaya kita tempuhi... dewasalah dengan ilmu dan pengalaman bukan dgn tiupan lilin dan tepuk tangan..