Sunday, 12 May 2019

AIDILFITRI & KESEDIHAN

Aidilfitri merupakan hari kemenagan buat umat islam selepas menempuh madrasah ramadhan..Mereka yang puasa dengan melaksanakan  segala perintah dan meninggalkan segala larangan serta melakukannya dengan penuh Keimanan dan Ikhtisaban, nescaya berhak bergembira  atas keyakinan segala amalan akan diterima Allah swt atas sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahimnya. Perginya Ramadhan yang pernuh keberkatan akan meninggalkan kesedihan bagi yang benar-benar mengharapkan ganjaran daripada Allah swt, dalam bulan tersebut.


Tapi mengapa hampir dimana-mana kehadiran Syawal dipotretkan dengan pelbagai cerita sedih..daripada peperangan...kehilangan orang tersayang....kebencian dan dendam berpanjangan yang melukakan...dan memutuskan persaudaraan...kemiskinan dan ketidakupayaan...keterasingan...seorang ibu dengan derai air mata dipipi menanti kepulangan insan tersayang...seorang ayah renungnya jauh..tiada bekalan buat mengganti kelangkapan dengan sesuatu yang baru...



Aidilfitri berhak dirai...
bukan kerana terlepas segala peraturan..
tetapi kerana kemenangan...
Tapi kita amat mengetahui..apa yang ada dalam diri...
Aidilfitri...datang dengan pelbagai erti...
ada memori yang sering diingati...
ada kenangan yang tak mahu pergi..
gembirakanlah..mudah-mudahan bertemu dengan kegembiraan..
walaupun jiwa ragamu sedang menangis..




Friday, 11 January 2019