Sunday, 23 October 2011

Najib Jemput Peminat Bola Sepak Tonton EPL

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengajak peminat bola sepak untuk menonton perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Manchester United dengan Manchester City di kediamannya di Seri Perdana, Putrajaya, pada jam 8 malam Ahad ini. Najib dalam laman webnya, www.1malaysia.com.my berkata, mereka yang berminat bolehlah mendaftar di http://bit.ly/rmH8tz untuk berpeluang menghadirkan diri bersama seorang teman. Beliau yang juga penyokong kuat Manchester United, berkata pendaftaran dibuka sehingga jam 5 petang esok.“Selepas menghadiri beberapa sesi menonton bola sepak beramai-ramai termasuk di sepanjang Jalan Bukit Bintang dan bersama belia di Putrajaya, saya memutuskan untuk menganjurkan satu sesi yang serupa malam Ahad ini, 23 Oktober. “Inilah masanya untuk saya ‘lepak’ bersama rakan-rakan Facebook dan Twitter,” katanya. – BERNAMA


MIMPI RAKYAT : Semoga para peminat dapat berhibur menyaksikan perlawanan pasukan kesayangan mereka dengan orang yang mereka sayangi.

No comments:

Post a Comment