Tuesday, 27 November 2012

PERNAH DI SUATU MASA DI SUATU KETIKA 1


Pernah di suatu masa
Pada suatu ketika
Aku seorang yang selalu berduka
Kerana impian dan cita-cita
Belum menjadi nyata

Pernah di suatu masa
Pada suatu ketika
Aku seorang yang sangat kecewa
Kerana tidak memiliki apa-apa
Berbanding rakan-rakan sebaya

Pernah juga di suatu masa
Dan pada suatu ketika
Aku hampir berputus asa
Kerana teman-teman telah tiada
Mereka pergi…. mengejar impian mereka
Sedangkan aku hanya menanti
Tanpa tahu berbuat apa-apa

Dan akhirnya pada suatu masa
Di suatu ketika…
Kulangkahkan kaki ke ibu kota
Demi mencari sinar bahagia & memenuhi cita-cita
Tetapi yang kutemui hampa…
Hidup di kota tak seindah  cerita
Aku semakin melara,  jiwa dan raga…….

Maka pada suatu masa dan suatu ketika…
Aku kembali semula ke desa…
Untuk mengumpul ilmu di dada..
Buat bekal ke ibu kota…
Buat azimat merawat lara…

Dan apabila di suatu masa
Pada suatu ketika
Setelah ku yakin itulah saatnya….
sekali lagi ku langkahkan kaki  ke kota
untuk mencari sinar bahagia…..
berkat doa ibu dan bapa serta keluarga tercinta….
Aku kuat berusaha..tanpa kenal putus asa
Walau adakalanya..aku bukan berada di alam nyata…

Kini setelah masa dan ketika itu berlalu….
Setelah mendapat apa yang dihajati…..
Setelah menemui apa yang dicari…
Aku masih bertanya kepada diri….
APA SEBENARNYA YANG AKU INGIN MILIKI ??….

No comments:

Post a Comment