Friday, 28 November 2014

kebijaksanaan

kebijaksanaan tidak akan terlahir hanya semata2 melalui pemakanan...kebijaksanaan terbentuk melalui ilmu bermanfaat....amalan yang soleh dan pendidikan yang berterusan....kebijaksanaan bukan cemerlang dalam pencapaian..tetapi dpt menyesuaikan diri dengan betul dalam semua keadaan...

Sunday, 21 September 2014

ACARA DAN PERISTIWA

Setiap upacara punya penamatnya...selama mana pun ia...upacara yang sama takkan berulang pada masa yang sama di lain ketika..yang ada cumalah memori lama..yang dipanggil kenangan...berbahagialah mereka yang mendapat kembali kenangan lamanya sekalipun tidak dapat kembali ke masa silamnya....

KEINDAHAN

Indahnya perasaan.. tidak dapat digambarkan dengan perkataan...dengan perbuatan...tapi ia tergambar dari mata yang memerhatikan...bukan empunya diri yang melakukan...indahnya perasaan...bila ada ketenangan yang dirasakan...syukur dengan apa yang telah didapatkan....berusaha memenuhi keperluan...berkongsi kebahagiaan..n

Friday, 1 August 2014

MATA HATI

Adakalanya melihat dengan mata hanya jelas apa yang nyata..tetapi jika memerhati dengan mata hati..kita dapat menyingkap banyak perkara...tidak mudah melihat dengan matahati..jika kita tidak melatihnya..membimbingnya dan memeliharanya...sama sukarnya dengan mencari titik hitam dalam kegelapan malam...

mimpi rakyat : berlatih memerhati dengan mata hati...

Wednesday, 30 July 2014

MEMBERI DAN MENDAPATKAN

Janganlah kita menghalang pemberian orang..hanya kerana kita tidak berjaya mendapatkan...
Menerima dalam keredhaan....manakan sama dengan dengan mengungkit dalam keikhlasan...

KEBAHAGIAAN

Berilah kegembiraan kepada insan yang kita sayang sekalipun kita dalam kedukaan..kebahagiaan untuk dikongsi bukan sekadar dinikmati...kedukaan perlu diubati..jangan terlalu diratapi...hiduplah dalam realiti...keluar dari memori dan imaginasi...insha Allah...ada penawar hati...senyumlah..kerana ramai tertawan dengan senyuman manis...ttp wajah yang sedih menjemput yang lain turut menangis.....

mimpi rakyat : berusaha untuk senyum dalam tangis...bukan kerana gembira..tetapi untuk menggembirakan..

Tuesday, 29 July 2014

IKHLAS

Memberi dengan kerelaan jauh lebih menggembirakan daripada menerima dengan paksaan...ia tidak mengharap balasan atau ganjaran...tetapi mengharap keredhaan...
Memberi dengan kasih sayang akan membahagiakan...daripada menerima dengan kebencian...sesungguhnya mereka yang lebih banyak memberi akan mendapat lebih banyak kebahagiaan...

mimpi rakyat : Gembira melihat insan lain gembira, kerana ia menjadi penawar kedukaan.

Saturday, 19 July 2014

SUARA HATI

Suara yang lahir dari dalam hati..
Itulah buktinya ketulusan dan suci..
Tiada bicara perkara yg dimungkiri..
Kerana terlahirnya dalam disanubari..

BERMIMPI TIDAK SALAH

seperti berada di alam mimpi tidak salah..ingin bersama dengan mimpi juga bukan sesuatu yang terlarang...cumanya takut kita hidup di alam mimpi bersama mimpi yang tak kesampaian...kejarlah impian gapailah harapan...kerana disana ada kebahagiaan..

mimpi rakyat ;  sering dikunjungi mimpi yang tak sudah...

Thursday, 17 July 2014

MIMPI DAN REALITI

Semoga kita bisa mengerti..sesungguhnya munculnya mimpi dalam hidup ini adakala bagai penyeri banyak juga untuk menguji...moga cekal menghadapi...antara mimpi dan realiti..menguji jatidiri...moga mimpi-mimpi itu akan terus hadir...walaupun akhirnya kita harus menyedari ia akan.pergi.....

Tuesday, 15 July 2014

MELANGKAH

Melangkah itu mudah,
namun mencari arah itu yang terkadang payah,
mencari jalan itu mudah,
namun memahami destinasi itu yang susah,
menyusuri susur itu mudah,
namun menuju nokhtah itu pasti mendatangkan lelah..;

CINTA TAK HARUS MEMILIKI

melepaskan sesuatu yang dicintai pergi..sungguh menyakitkan...;namun tak semua yang dicintai harus dimiliki..

R.I.N.D.U


Asal cinta milik ALLAH,
Perginya cinta dengan izin ALLAH,
Hilangnya cinta atas kehendak ALLAH,
Dicintai & mencintai anugerah dari ALLAH



CINTA SEJATI




CINTA sejati mendengar apa yang tidak dikatakan, 
mengerti apa yang tidak dijelaskan,
kerana cinta tidak hadir dari bibir atau dari fikiran,
melainkan dari HATI,
ketika kamu mencintai jangan harapkan apapun sebagai balasan,
kerana jika kamu melakukan demikian,
kamu bukan mencintai,
melainkan meminta harapan,

INGAT & LUPA


berusaha melupakan sesuatu yang kita sering ingati sama sukarnya dengan mengingati sesuatu yang tak pernah kita kenali;

Monday, 14 July 2014

BUNGA CANTIK BERDURI

"..WAHAI BUNGA..JADILAH YANG TERCANTIK DAN TERBAIK..BIAR BERDURI AGAR TIADA SESIAPA SESUKA HATI MENGHAMPIRI"









mimpi rakyat : kasihan bunga yang cantik dipandang tak bisa dipegang..mekar ia seorang..tiada kumbang berani bertandang..khuatir derita nanti menjelang..mekar dan membesarlah ia sebagai BUNGA TERLARANG

KEINDAHAN MILIK BERSAMA

Kita membina keindahan bukan hanya kerana ingin merasainya..ia juga untuk dinikmati oleh semua kerana ia milik bersama;
 Zul Razali fb

mimpi rakyat : amatlah indah seandainya "keindahan" itu dapat kita merasainya..menikmatinya dan memilikinya bersama; namun hakikatnya ramai yang hanya ingin memilikinya sendiri..bukan untuk dikongsi....

KEBEBASAN VS BELENGGU

sesunguhnya kesabaran dalam penantian punya kenikmatan;
daripada kebebasan dalam belenggu; amat memedihkan.



Saturday, 26 April 2014

cinta

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

CINTA ITU INDAH

Cinta itu fitrah insani. Cinta itu anugerah Ilahi. Cinta itu sesuatu yang tidak nampak pada lahiriah tetapi hangat terkesan pada batiniah. Masya Allah, Tabarakallah indahnya cinta. Bukti kewujudan Allah. Dengan cinta itulah kita kenal Pencipta Cinta, dengan cinta itulah kita kenal Rasul tercinta, dengan cinta itulah kita bersaudara dan dengan cinta itulah wujudnya bahagia.

PENCERAHAN :
Cinta kepada Allah itulah cinta yang utama. Jagalah cinta pada-Nya, nescaya akan beroleh cinta sesama insan.
“Tali iman yang paling kuat adalah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah.” (HR : At-Tirmidzi)

ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُوا إِلَّا بِحَبْلٍ مِّنَ اللَّهِ وَحَبْلٍ مِّنَ النَّاسَِ

“Akan ditimpa kehinaan ke atas mereka itu di mana saja mereka berada melainkan menghubungkan diri dengan Allah dan menghubungkan diri sesama manusia.”
(QS. Ali Imran: 112)

Cintailah Allah sebelum kita belajar untuk mencintai hamba Allah. Selami hati, selami jiwa, dimana kita letakkan Allah dihati kita? Di mana Dia dihati kita? Sering kita terlupa Allah tika kita senang dan bergembira. Rasa cinta kepada manusia itu akan hadir tanpa dipaksa. Rasa cinta kepada manusia itu akan wujud tanpa diminta. Rasa cinta kepada manusia itu adalah kebahagiaan yang Allah beri pada kita. Namun, cintailah mereka kerana cinta kepada Pencipta Cinta.

Usah ditagih kasih yang tak pasti, usah diharap cinta insani, jika cinta kepada Allah sering kita nodai. Munajatlah sang pencinta, berdoalah pada-Nya, meminta yang terbaik daripada-Nya, merayulah keampunan-Nya, mohonlah cinta-Nya.

Sekiranya, kita cintakan manusia, tak semestinya manusia cinta kepada kita, Tetapi sekiranya, kita cinta kepada-Nya, nescaya cinta Allah tiada penghujungnya. Sekiranya, kita cinta kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai, Tetapi sekiranya, kita cinta kepada Allah, kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah.

Ya Allah, andainya dia adalah jodoh yang telah ditetapkan oleh-Mu kepadaku, (untuk yang pertama, ke 2, 3 atau yang ke 4) Maka, campakkanlah di dalam hatiku, cinta kepadanya adalah kerana-Mu, dan campakkanlah ke dalam hatinya, cinta kepadaku adalah kerana-Mu. Namun, andainya dia memang bukan jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku, berikanlah aku kekuatan untuk melupakannya, buangkan rasa cintaku padanya dan rasa cintanya kepadaku.

Rasulullah s.a.w berpesan:
“Cintailah orang yang kamu cintai sewajarnya kerana boleh jadi suatu hari kelak dia menjadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu dengan sewajarnya, kerana boleh jadi suatu hari kelak dia akan menjadi orang yang kamu cintai” (HR : Abu Daud, Al-tirmizi dan Ibn Majah)

Sabda baginda lagi:
“Masih belum sempurna iman seseorang daripada kalian, sebelum diriku lebih dicintai olehnya daripada hartanya, anaknya, dan seluruh manusia." (HR : An-Nasai’)

Adakah kecintaan kita kepada Allah dan Rasul sudah melebihi kecintaan kita kepada manusia, kepada harta, kepada kemewahan dunia? Tepuk dahi, fikir sendiri… Cinta yang bertandang di lubuk hati itu fitrah. Namun apabila ia disusuli tindak-tanduk yang tidak di redhai Allah, ia akan bertukar menjadi fitnah yang membarah.

KESIMPULAN :
Ya Allah, berikanlah cinta-Mu kepadaku, dan jadikanlah aku mencintai orang yang mencintai-Mu, dan mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaan-Mu.
Ya Allah, jadikanlah hamba-Mu ini dicintai pada hati orang yang beriman, dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman. Ya Allah, jadikan cinta kami saling melengkapi, jadikan cinta kami saling memerlukan, jadikan cinta kami saling mendamaikan. Salahkah aku untuk jatuh cinta kali yang kedua Ya Allah !!!

Wallahu a'lam .
Wassalam.

Wednesday, 2 April 2014

jujur vs setia

orang yang jujur tidak selamanya setia..
dan yang setia belum tentu jujur...
alalah lebih baik...menyakiti dengan kejujuran daripada setia dengan kepuraan...