Monday, 29 April 2013

HATI EMAS


Si cacat itu tidak punya ibu bapa lagi. Dengan kakinya yang lumpuh dan kehidupannya yang miskin itu, dia seolah-olah tidak punya sebab untuk meneruskan kehidupan. Namun, si cacat itu tetap tersenyum. Apa rahsianya?

Ketika ditanya siapa yang akan menjaganya pada hari kematian ibunya ( bapanya telah lama meninggal dunia), si cacat itu menjawab, : "ALLAH"
"Engkau begitu yakin?",
"Ya, ALLAH yang telah menciptakan aku begini, maka DIAlah yang akan menjagaku," jawab si cacat dengan yakin.
"Apa impianmu?" orang itu bertanya lagi.
"Punya anak lelaki yang akan menjadi ulama,". jawabnya yakin.


Bertahun-tahun telah berlalu sejak berlakunya dialog itu, ternyata apa yang diimpikan si cacat menjadi kenyataan. Dia telah berkahwin dan punya anak lelaki. Dia sekarang memiliki perniagaan yang berjaya untuk menyara hidupnya sekeluarga. Siapa menjaganya, ALLAH!.

Aku terpegun sendirian membaca lembaran catatan tentang kisah itu yang disimpan bertahun-tahun lalu. kisah si cacat yang memiliki hati emas. Sering diungkapkan, tidak mengapa jika kakimu yang sakit, asalkan hatimu sihat.

Dengan kaki yang sakit, engkau mungkin tidak boleh berjalan. Tetapi dengan hatimu yang sakit, kau akan kehilangan tujuan dan harapan. Betapa ramai orang yang mempunyai fizikal yang sihat, apabila hatinya sakit, hidupnya melarat. Miskin dalam kekayaan. Derita dalam keseronokan dan berapa ramai orang yang cacat kakinya hidup ceria berbanding orang yang sihat.

(Pahrol Mohd Juoi : Dimana Dia Dihatiku, 25-26)

Mimpi Rakyat : beruntunglah kita jika dapat memiliki hati emas kerana dengannya kita tidak lagi gundah gulana memikirkan mengapakah aku dipinggirkan, mengapa hidupku tiada kebahagiaan, kerana selamanya orang tidak pernah tahu, batapa bahagianya hidup ini dengan memiliki hati emas itu. Mengapa? kerana bahagia itu terletak pada hati.



No comments:

Post a Comment