Mari Kulihat Matamu
Ia Tidak Pernah Berdusta
Akan Kubaca Hatimu
Dari Lirik Dan Kerlingannya
Mari Kuusap Rambutmu
Padamu Kurebak Fikirmu
Lembut Dan Tenangnya
Kusut Dan Kejangnya
Mari Kusentuh Jarimu
Bukan Lembut Atau Kasarnya
Tapi Getar Dan Denyutnya
Jabat Setia Yang Masih Tersisa
Setia…
Mari Kukucup Dahimu
Pada Rekah Dan Alurnya
Lakaran Bimbang, Takaran Harapan
Dalam Kembara Kita Bersama
Mari Kubisikkan Wahai Isteri
Aku Tak Pernah Kecewa Denganmu
Kerana Segalamu Adalah Amanah-Nya
Buatku
Pahrol Mohd Juoi
No comments:
Post a Comment