Sunday, 20 November 2011

‘Rugi jika tidak sertai’

KUCHING: Meskipun sudah diberi nasihat dan teguran, lima peserta beragama Islam Rantu Cantik Borneo (MBB) 2011 tetap meneruskan niat dengan menyertai malam kemuncak pertandingan akhir yang berlangsung di sebuah hotel, di sini, malam kelmarin.

ADIRA
Adira

Kelima-lima peserta Melatie Melisa, 22; Natasha Nur Amarina Mohamad Kaie, 21; Adira Kamil, 23; Sharifah Nadzirah Wan Hamid, 23, dan Roszainah Suhaili, 21, tampil pada malam kemuncak berkenaan meskipun kehadiran mereka di pentas tidak disenangi banyak pihak, sebelum ini.
    ROSZAINAH
  • FotoMELATIE
  • FotoSHARIFAH
  • FotoNATASHA
  • FotoROSZAINAH
ROSZAINAH

“Kami membuat keputusan untuk tidak menarik diri selepas mengambil kira latihan dilakukan sebelum malam kemuncak. Adalah satu kerugian jika saya tidak menyertai selepas bersemuka dengan pegawai Jais semalam (kelmarin),” katanya sebaik diumumkan pemenang tempat keempat. Katanya, walaupun sekadar meriah tempat keempat, dia masih berbangga selain mahu membuktikan kepada orang ramai bahawa pertandingan ini bukan satu kesalahan.


Kami tidak melanggar undang-undang walaupun ada antara mereka tidak menyukai penampilan kami pada pertandingan kali ini,” katanya.

 
Pagi kelmarin, kelima-lima peserta berkenaan dipanggil menghadap Jais selepas didakwa mengenakan pakaian seksi ketika bergambar untuk media tempatan sejak beberapa hari lalu sebagai persediaan menghadapi pertandingan akhir. Mereka diarah menjalani sesi kaunseling selama dua jam bersama Jais menerusi pertemuan yang turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Putit Mat Zen, Pengarah Jais, Abang Shamsudin Abang Seruji, Mufti Sarawak, Kipli Yassin serta beberapa pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jais.
Pada pertandingan itu, selain Natasha, seorang lagi peserta beragama Islam, Adira meraih tempat kelima yang diserta 18 peserta keseluruhan. Selain Natasha dan Adira, seorang lagi peserta, Sharifah dipilih sebagai Ratu Personaliti. Sementara itu, Abang Shamsudin berkata, walaupun sudah menegur supaya memikir kembali keputusan sama ada mahu menyertai atau sebaliknya, pihaknya akur dengan keputusan kelima-lima peserta sambil memaklumkan ‘tugas Jais sudah selesai’.

“Kita sudah memberi nasihat namun mereka tetap mahu meneruskan penyertaan. Jadi, terpulang kepada mereka kerana ia hak individu. Di sini, tugas Jais selaku badan bertanggungjawab sudah selesai.

“Dalam hal ini, kami tidak boleh mengambil tindakan selepas diberikan nasihat dan penerangan secukupnya mengenai hukum wanita mendedahkan aurat yang tetap haram walaupun atas tujuan pertandingan.

“Bagi saya, Jais sudah menjalankan tanggungjawab kerana kuasa kami hanya setakat ini saja,” katanya sambil memaklumkan pihaknya tidak menghantar Pegawai Jais membuat pemantauan pada malam kemuncak kerana bimbang berlaku salah faham.
Ditanya mengenai keputusan untuk menyertai pertandingan itu walaupun ditegur Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais), salah seorang peserta beragama Islam, Natasha berkata, dia tidak melakukan sebarang kesalahan walaupun ada pihak kurang senang dengan pembabitannya dalam pertandingan itu.



Oleh ALIAS ABD RANI
lias@hmetro.com.my










SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan membuat tangkapan terhadap selebriti yang juga pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman kerana mengadakan ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat, kelmarin. Pengarah Jais, Marzuki Hussin, berkata Bob Lokman atau nama sebenarnya, Muhammad Hakim Lokman, 47, tidak memiliki tauliah dan tidak pernah memohon daripada Jais untuk memberikan ceramah kepada umum. “Tangkapan dibuat berdasarkan maklumat awam. Bob Lokman ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003,” katanya di sini, semalam.


Sementara itu, sumber Jais berkata selebriti itu bersama dua lagi iaitu Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas, Mohd Sany Hamzan dan nazir masjid berkenaan ditahan Jais ketika berucap selepas solat Maghrib di hadapan 70 jemaah. Katanya, mereka dibawa ke balai polis berhampiran sebelum dilepaskan atas jaminan polis. Bagaimanapun, katanya, Bob Lokman dan dua lagi rakannya gagal hadir di Ibu Pejabat Jais di sini, sebelum tengah hari semalam, walaupun diminta berbuat demikian.


MIMPI RAKYATKALAU BOB LOKMAN JUGA BERHUJAH BAHAWA DIA JUGA MEMPUNYAI HAK SECARA INDIVIDU UNTUK BERCAKAP DAN PARA JEMAAH JUGA MENGATAKAN BAHAWA MEREKA NAK MENGGUNAKAN HAK INDIVIDUNYA UNTUK MENDENGAR BAGAIMANA???


Thursday, 17 November 2011

SEMUA NAIK!!!


SEMUA NAIK..TAK ADA YANG TAK NAIK...
GAJI KITA SUDAHPUN NAIK...BARANG PUN SEMUA DAH NAIK..
SEGALA-GALA NAIK..REZEKI PUN TURUT NAIK...TAK ADA YANG TAK NAIK...
OOI NASIB..BEGINILAH NASIB..HARGA AYAM NAIK...SAYUR PUN TURUT NAIK
BEBAN BERTAMBAH NAIK...
NAIK-NAIK-NAIK SEMUA NAIK..PERUT PUN TURUT NAIKKK...

Srikandi kelas corot



KUALA LUMPUR: “Saya nekad mahu buktikan walaupun ditempatkan di kelas tercorot saya juga mampu memperoleh keputusan cemerlang dalam pelajaran seperti murid lain,” kata Siti Aisyah Mawardi, 12, yang memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Siti Aisyah yang tinggal bersama nenek selepas ibu bapanya bercerai enam tahun lalu adalah antara 41 murid memperoleh keputusan cemerlang di Sekolah Kebangsaan Sentul 1 di sini, semalam.

Dia juga tidak menyangka akan mendapat keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran berikutan ketika peperiksaan percubaan UPSR hanya memperoleh 4B 1C. “Keputusan yang kurang memberangsangkan itu menyebabkan saya terus membanyakkan ulang kaji mata pelajaran yang lemah. Saya juga bersyukur kerana selain selalu dibantu guru di sekolah, nenek juga tidak jemu memberi dorongan dan sokongan,” katanya.  Ditanya resipi kejayaannya, Siti Aisyah berkata, dia memberi tumpuan ketika belajar di dalam kelas serta sentiasa menyiapkan kerja sekolah selain mengikuti kelas tambahan disediakan pihak sekolah.

Mimpi Rakyat : Ini adalah sebuah kisah lebih daripada sekadar berita. Kisah betapa cekalnya seorang insan yang menghadapai pelbagai dugaan dan (kegagalan keluarga) dalam kehidupan.. bersama seorang nenek yang sentiasa ada menemaninya. Yang menjadikan ia lebih bermakna kerana ia berlaku di Sentul bukannya Bukit Damansara atau Taman Tun Dr. Ismail dan beliau bukan seorang anak aristokrat atau ketua parti. Mudah-mudahan beliau akan terus berjaya dalam setiap ujian yang akan ditempuh. Kita dilahirkan sebagai makhluk yang berjaya..cuma kegagalan kita mengurus kehidupan menjadikan kita seorang yang gagal...

BERMIMPI ADALAH SATU KESALAHAN (BAHAGIAN : 5)

…..petang esoknya Pak Usu terjogol semula di kedai kopi itu, pada waktu yang sama seperti dulu.
Suara riu rendah dengan gelak ketawa menjadi sepi tiba-tiba bile melihat Pak Usu sampai. Penghulu muda yang jadi tumpuan masa ketiadaan Pak Usu, yang baru membeli motorsikal, turut diam, tidak menyambung celotehnya mengenai motorsial barunya. Lebai sahabat baiknya yang jarang-jarang ke kedai kopi, kerana terlalu sibuk menggiliri tiga isterinya, petang itu ada bersama. Semua yang ada di dalam kedai itu memandang Pak Usu yang pucat dan lemah itu berjalan perlahan-lahan memasuki kedai kopi…..
“Kamu menuduh aku penghasut?” tiba-tiba Pak Usu meledakkan pertanyaan kepada anak buahnya di dalam kedai kopi itu.
Gambar Hiasan

“Siapa yang buat cerita jahat ini?” kali ini pertanyaan itu bersahaja, diucapkan dengan sabar dan penuh maaf seorang tua yang lurus hati.



Diam.
“Tuk Penghulukah?”
“Tidak Pak Usu! Cepat sekali Penghulu muda itu menafikan dengan gelisah dan agak marah.
“Kalau begitu, siapa? Lebai?” suara itu makin berani, makin tegas.
“Bukannya saya, Pak Usu!” bantah Lebai
“Memang mimpiku itu benar. Aku tidak pernah berbohong. Aku bermimpi yang sebenarnya.”
Tiada yang igin membantah  Pak Usu. Melihat itu, Penghulu muda berkata lembut:
“Tapi mimpi seperti itu tidak boleh diceritakan, Pak Usu. Nanti orang salah faham”
“Mengapa tak boleh cerita? Mengapa mesti salah faham? Aku bukn reka. Mimpi itu datang sendiri. Memang mimpi itu ada dan datang sendiri, bukan aku pandai-pandai reka”
Mendengar sanggahan Penghulu itu, Lebai menjawab kemusykilan Pak Usu:
“Mengikut hukum agama, Pak Usu, Kita tak boleh buat fitnah. Dosa besar.”
“Siapa buat fitnah? Aku? Aku hanya ceritakan mimpi yang benar. Aku tidak buat fitnah,” bantah Pak Usu keras.
“Tapi mimpi Pak Usu boleh buat orang salah faham,” jelas Penghulu muda itu lagi. Pak Usu mendiamkan dirinya dan tidak peduli terhadap apa jua alasan dan tuduhan yang diludah ke mukanya.
“ Pak Usu kata mimpi jadi menteri lembu dan semua yang bekerja dengan Pak Usu lembu. Itu salah, Pak Usu, “ Penghulu muda itu menjelaskan lagi.
“Mengapa?” tanya Pak Usu bingung.
“Itu perkara sensitif, Pak Usu. Perlembagaan tak benarkan sesiapa pun bermimpi macam itu,”tegas penghulu. Pak Usu diam. Nyatalah dia tidak meb=ngerti selok-belok undang-undang.
“Kalau mimpi juga boleh masuk penjara,” ancam Penghulu muda itu lagi.
“Penjara?” bagai terpelanting Pak Usu mendengar itu.
“Pak Usu boleh dituduh di bawah Undang-undang Keselamatan dalam Negeri kerana menghasut,” ugut Penghulu lagi.

Wednesday, 2 November 2011

"Sayang Pak Usu telah merosakkan nama baik kerana ingin berkata benar," (Bahagian 4)

Dua hari Pak Usu tidak ke kedai kopi kerana dia sakit, dan ini memarakkan lagi cerita-cerita aneh di sekitar dirinya yang lekas merebak ke seluruh kampung itu. Dia tidak tahu bahawa perihal dirinya yang berubah sudah menjadi buah mulut orang kampungnya : bahawa dia bukan Pak Usu yang asli lagi, tetapi sudah dipengaruhi anasir jahat yang ingin menyebar fitnah untuk menakut-nakutkan orang kampung dan menanam fahaman yang salah dan sesat melalui cerita mimpinya.

Denga cepat sekali Pak Usu mendapat gelaran baru: Pak Usu antinasional, Pak Usu musuh negara, Pak Usu ejen komunis, Pak Usu penghasut rakyat, Pak Usu pengkhianat. Dan bergabai-bagai gelaran yang hebat-hebat lagi. Mulailah lahir berbagai cerita di sebalik kebijaksanaan Pak usu yang tua itu: perihal sindirannya yang tajam, ejekannya yang pedas, dan ajaran antinasionalnya yang tidak ketara di dalam mimpi-mimpinya yang aneh-aneh itu. Semua itu diketahui Pak Usu pada hari ketiga apabila Mahmud datang menziarahinya.

“Tak usahlah bermimpi lagi, Pak Usu, “ Kata Mahmud setelah menceritakan semua yang didengarnya. “Pak Usu dalam bahaya,”
“Sejuk seluruh tubuh Pak Usu mendengar kalimat terakhir itu. “ Aku dalam bahaya?’ bisik hatinya bingung.
“Aku dalam bahaya?” tanya Pak Usu perlahan. “Mengapa?” lesu tidak bermaya pertanyaan itu, yang sebenarnya ditujukan kepada dirinya sendiri yang sedang kebingungan.
“Mengapa mereka tuduh aku begitu, Mahmud?” kata Pak Usu lemah.
“Mereka terkejut, Pak Usu. Mereka tidak sangka Pak Usu begitu bijak menyindir,” kata Mahmud. “Mereka dengar cakap Penghulu dan Lebai kita Pak Usu membawa fahaman salah dalam kampung kita.
“Menyindir? Membawa fahaman salah? Apa yang mereka cakap ini. Demi Allah, aku tidak menyindir sesiapa, Mahmud,” bantah Pak Usu. “Itulah mimpiku yang sebenarnya. Aku berani berumpah Quran, Mahmud, itulah mimpiku yang sebenarnya!”
“Saya percaya, Pak Usu,” kata Mahmud bersimpati. “Tetapi kalau Pak Usus ceritakan semua yang ada dalam hati Pak Usu, walau benar, tentulah banyak orang tak suka, Pak Usu. Sayang Pak Usu telah merosakkan nama baik Pak Usu kerana ingin berkata benar.”

MIMPI RAKYAT : Seringkali dalam masyarakat kita sesuatu yang berlainan daripada pandangan biasa atau kebiasaan akan dianggap satu kesalahan dan mempunyai ciri-ciri penentangan. Kenapa tidak kita suburkan fahaman " mengkritik tidak semestinya menentang, memuji tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci dan berbeza pendapat adalah rakan berfikir yang baik"

MENTERI LEMBU???(Bahagian 3)

“Menteri Lembu?”  meletup pertanyaan dari mulut Mahmud, diiringi ketawa terbahak-bahak seluruh penghuni kedai kopi itu.
Pak Usu melihat dengan sedih  akan perlakuan kawan-kawan sekedai kpinya. Nyatalah mereka tidak mengerti  perasaannya, akan ketakutan dan kerisauannya. Dia hampa sekali melihat kawan-kawan sekedai kopinya mentertawakannya, padahal dia datang awal petang itu khusus untuk meminta pandangan mereka apa yang harus dibuatnya jika terjadi sesuatu hal dan yang paling penting, apa petuanya supaya dia tidak bermimpi lagi. Mimpi sudah mula menakutkannya.
“Bagaimana agaknya kementerian lembu itu, Pak Usu” ejak Mahmud dengan tertawa.
“Apakah kerja-kerja kementerian lembu, Pak Usu?” tanya yang lain.
“Gemuk-gemukkah lembu-lembu di kementerian Pak Usu?” sambut yang lain
“Pak Usus sendiri saja manusia, atau juga lembu? Bagaimana rasanya menjadi lembu dan menteri lembu? Seronok kerja-kerja dengan lembu itu?” celah seorang.
“Lembu jenis apa yang banyak Pak Usu? Lembu putih, hitam, balar…? Tanya yang lain pula.







Bertubi-tubi datangnya pertanyaan yang mengejak dan menyindir itu. Kecil hatinya, dan kesal pula kerana mempercayakan mimpinya yang tidak disangka-sangkanya mendapat sambutan yang begitu kejam. Tetapi dia berasa harus menceritakan mimpi-mimpinya yang benar itu dan sama ada, ada orang yang bersimpati dengannya atau tidak, dia perlu mendapat panduan. Pertama kali seumur hidupnya selama lebih dari enam puluh lima tahun itu, tidak pernah dia berasa segelisah itu. Mimpi menjadi darah dagingnya, dan mendengar mimpi juga menjadi darah daging dan sejarah hidup – katakanlah kebudayaan – sebahagian besar daripada orang kampung yang mengenalinya.

Hampir semua orang kampungnya, besar kecil tua atau muda, sudah pernah mendengar mimpinya. Tetapi mimpi yang diceritakannya dulu-dulu semuanya aneh-aneh, yang tidak mungkin dapat dialami dalam kehidupan nyata. Dia belum pernah menceritakan mimpi sebenarnya, yang sudah disimpannya berpuluh-puluh tahun. Hanya hari itu, hari yang begitu biasa dalam kehidupannya- kembali dari sawah pukul lima setengah, mandi dan sembahyang, berehat (dengan mencerikan mimpinya di kedai kopi), kemudian balik kerumah untuk sembahyang maghrib dan baring-baring di pondoknya menanti waktu isyak, lepas sembahyang isyak dia tidur, untuk bangun subuh-subuh pagi esok, bekerja kemudian mengisahkan mimpinya lagi- hanya baru hari itu, dia membuat keputusan nekad untuk menceritakan mimpinya yang sebenar….

“selama ini aku menceritakan kepada kamu mimpi yang palsu,” kata Pak Usu dengan suara yang gagah dan yakin, dalam nada yang meinta dipercayai dan diberi perhatian. Para pendengarnya menunggu dengan kelipan mata dan nafas yang berkocak. Semakin aneh dirasakan mereka kerana Pak Usu kelihatan begitu bersungguh-sungguh memberitahu perkara itu, seolah-olah satu rahsia besar yang maha penting – padahal bagi mereka setiap mimpi semuanya karut dan palsu.
Appandi Hassan 13.7.78

BAKAL GURU BERANI BERDEMO

TANJUNG MALIM 2 Nov. – Seramai 5,000 mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini menuntut Kementerian Pelajaran memberi jaminan penempatan kepada bakal graduan universiti tersebut seperti yang diberikan kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).  Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI, Afiq Fikri Mislan berkata, tuntutan tersebut dibuat ekoran kenyataan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang mengesahkan kekosongan jawatan guru di sekolah seluruh negara akan diisi oleh 7,000 guru lepasan GSTT.

"Mengapa kekosongan tersebut diberikan kepada lepasan GSTT yang pada hemat kami tiada kelayakan sebenar untuk bergelar guru?.  "Sepatutnya kekosongan itu diisi oleh graduan ISMP yang ternyata telah dilatih untuk menjadi guru sebenar sekali gus mengurangkan masalah isu guru tidak profesional, berkualiti serta berkelayakan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari .

MIMPI RAKYAT : Nampaknya bakal guru pun dah mula berdemo. Tapi cumanya,, bila dah jadi guru nanti biarlah menjadi guru yang sebenar..bukan setakat nak makan gaji je..menjadi guru cabarannya sangat besar...bak kata guru-guru yang berpengalaman. " tugas guru ni bermula dari menjaga lubang mulut sampai lubang jamban" . Status ijazah penddidikan belum tentu lagi boleh menjadi guru yang baik.