Jamil teringatkan mimpinya malam tadi...mimpinya kali ini begitu luar biasa...mimpinya kali ini adalah mengenai kisah kehidupannya sehari-harian..bermula dengan awal pagi...bangun dari tidur..menikmati sarapan di ruang makan mewah..disediakan oleh orang gaji terlatih...dengan sarapan yg disediakan mengikut nasihat pegawai pemakanan...berdandar dikerusi malas sambil membelek2 khbar...menyemak satus dilaman sosial...menyemak email di telefon pintar...kemudian bersiap pergi ke pejabat dengan kereta mewah...tengah hari bertemu dengan pelbagai orang sama ada usahawan yang menawarkan padanan perniagaan ataupun orang politik yang memohon tajaan dan sumbangan....
Tuesday, 27 November 2012
PERNAH DI SUATU MASA DI SUATU KETIKA2
Pernah di suatu masa
Pada suatu ketika
Di sinilah aku merenung masa depan
Yang tak tahu apa kesudahan
Pada saat dan ketika yang amat mengharukan
Tiada teman untuk berbicara
Tiada sahabat untuk meluah perasaan
Apa yang sepatut aku lakukan…
(Sebaik tamat peperiksaan SPM)…
Pernah suatu masa
Pada suatu ketika
Di atas jambatan ini lah…
Ku hamburkan air mata….
Walaupun ku tak tahu mengapa….
Tetapi jauh di dalam hati….
Dunia ini ingin ku miliki…
Tetapi dengan cara apa?
Pernah pada suatu waktu dahulu…
Tenangnya air di kali
Bisa mengubat lukanya hati…
Dan kini apabila direnung kembali…
Tenangnya air di kali..
Belum pasti dapat merawat gelora di hati..
PERNAH DI SUATU MASA DI SUATU KETIKA 1
Pernah di suatu masa
Pada suatu ketika
Aku seorang yang selalu berduka
Kerana impian dan cita-cita
Belum menjadi nyata
Pernah di suatu masa
Pada suatu ketika
Aku seorang yang sangat kecewa
Kerana tidak memiliki apa-apa
Berbanding rakan-rakan sebaya
Pernah juga di suatu masa
Dan pada suatu ketika
Aku hampir berputus asa
Kerana teman-teman telah tiada
Mereka pergi…. mengejar impian mereka
Sedangkan aku hanya menanti
Tanpa tahu berbuat apa-apa
Di suatu ketika…
Kulangkahkan kaki ke ibu kota
Demi mencari sinar bahagia & memenuhi cita-cita
Tetapi yang kutemui hampa…
Hidup di kota tak seindah cerita
Aku semakin melara, jiwa dan
raga…….
Maka pada suatu masa dan suatu ketika…
Untuk mengumpul ilmu di dada..
Buat bekal ke ibu kota…
Buat azimat merawat lara…
Pada suatu ketika
Setelah ku yakin itulah saatnya….
sekali lagi ku langkahkan kaki
ke kota
untuk mencari sinar bahagia…..
berkat doa ibu dan bapa serta keluarga tercinta….
Aku kuat berusaha..tanpa kenal putus asa
Walau adakalanya..aku bukan berada di alam nyata…
Kini setelah masa dan ketika itu berlalu….
Setelah mendapat apa yang dihajati…..
Setelah menemui apa yang dicari…
Aku masih bertanya kepada diri….
APA SEBENARNYA YANG AKU INGIN MILIKI ??….
Wednesday, 17 October 2012
Daging kerbau, makanan luput tarikh di kantin sekolah
|
LAPORAN AUDIT Kantin di sekolah berasrama penuh, sekolah
menengah teknik/vokasional, teknikal dan sekolah agama bantuan kerajaan
menyajikan daging kerbau beku yang diimport dan bukannya daging lembu segar
seperti dalam kontrak perkhidmatan Bekalan Makanan Bermasak (BMB), Laporan Ketua
Audit Negara 2011.
Bukan sahaja makanan yang tidak mematuhi keperluan
nutrien, malah setor kantin-kantin tersebut juga menyimpan barangan yang telah
luput tarikh guna dan jenama makanan yang tidak diluluskan oleh
kementerian.
Mengikut kontrak, kontraktor hendaklah memastikan bahan
makanan seperti bahan mentah dan bahan kering yang digunakan berkualiti, halal, tidak luput tarikh guna, mengikut spesifikasi, jenama dan tertakluk
kepada akta makanan yang sedang berkuatkuasa.
Daging lembu atau ayam mestilah bermutu dan disahkan halal oleh pihak berkuasa
manakala ikan hendaklah dalam keadaan segar.
Semakan Audit mendapati sebahagian daripada syarat kontrak ini tidak dipatuhi oleh kontraktor kantin. Ini adalah penemuan audit di 30 kantin sekolah di Terengganu, Putrajaya, Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Selangor.

Sepuluh kantin menggunakan bahan mentah seperti daging kerbau yang dimport dan
ikan sejuk beku yang tidak segar untuk hidangan pada murid, manakala kantin di
21 sekolah lagi tidak membekalkan item bahan kering mengikut jenama, spesifikasi
dan kualiti yang ditetapkan dalam kontrak.
Sebagai contoh, pengusaha kantin tidak menggunakan Horlicks seperti yang dinyatakan dalam kontrak, tetapi sebaliknya menggunakan Coco Tiger.
Mereka tidak menggunakan minyak masak jenama Pisau seperti dalam kontrak tetapi menggunakan bukan minyak masak Mibo.
Bagi kicap pula, mereka sepatutnya menggunakan kicap cap Kipas dan cap Ayam. Tetapi mereka menggunakan kicap cap Angsa Mas.
Manakala kordial Sunquick digunakan menggantikan jus Peel Fresh.
Sos tiram, sos tomato dan mentega yang telah luput tarikh guna, seawal dua bulan sebelum diaudit, ditemui di beberapa setor manakala sebuah sekolah di Johor menggunakan minyak masak yang diisi dalam botol minyak terpakai.
Sedang mengikut kontrak, minyak masa hendaklah dibekal dalam tin atau botol bermetri dan apabila digunakan untuk menggoreng hanya dibenarkan untuk digunakan sekali sahaja..

Mimpi Rakyat :
Kasihan nasib anak bangsaku siang malam ditipu, dari bangku sekolah sehingga hujung umur pun jadi mangsa tipu. Ingatkan Kerajaan sajaha ditipu oleh kapitalis tamak,,rupanya anak-anak makan di kantin pun ditipu kontraktor..
Monday, 15 October 2012
BELAJAR DARI KESALAHAN @ BELAJAR MEMPERBETULKAN KESALAHAN
Ramai bijak pandai malahan orang biasa pun selalu berkata, pengalaman adalah guru paling berharga. "Pengalaman sering mendewasakan kita", "kita banyak belajar melalui pengalaman", "pengalaman tidak boleh dijual beli dan ditukar ganti" begitulah ungkapan yang sinonim dengan pengalaman.Tetapi antara pengalaman dan pengetahuan yang mana satu paling berharga. Mungkin untuk menjawabnya samalah dengan menjawab persoalan antara telor dan ayam mana dulu diciptakan.
Mari kita kaji senario yang berlaku di negeri bawah angin yang ditadbir oleh Ketua parti.
Pada musim tengkujuh yang lalu timbul keributan di negeri bawah angin apabila banyak binatang ternakan seperti ayam, itik, kambing, lembu dan kerbau yang mati.Maka gemparlah semua penduduk membincangkan malapetaka yang melanda kampung mereka. Pak Leh Jenguk tidak ketinggalan menjadi mangsa kepada serangan ini. Dua ekor kerbau balaunya mati dan ayam jantan denak nya juga mati. Hancur hati Pak Leh jenguk mengenangkan dugaan yang ditimpakan kepadanya. Setiap hari penduduk kampung berkumpul di kedai kopi Hamid sambil berbual dan cuba mencari penyelesaian kepada masalah yang mereka hadapi.
Pelbagai andaian dan pandangan terpacul dari mulut mereka. Ada yang menyatakan bahawa binatang ternakan ini telah diracun oleh mereka yang anti nasional yang sengaja ingin menimbulkan huru hara yang melaga-lagakan penduduk kampung. Tidak kurang juga yang berpendapat mungkin binatang ternakan ini telah diserang virus yang dicipta oleh saintis barat yang ingin menghancurkan umat islam supaya mereka terus mundur dan tidak dapat menguasai dunia. Dalam hangatnya perdebatan antara penduduk kampung itu dan ada antaranya telah menghabiskan beberapa cawan kopi o, timbul satu pendapat yang membuatkan semua mereka terkedu. Hasan Merbok terhenti seketika menghirup kopi pekatnya, manakala Badar dan Husin menggaru-garu kepala.
Terkedu mereka kerana inilah kali pertama mereka mendengar perkataan itu dan ada yang seram sejuk dibuatnya ketika kali pertama tutur kata itu diluahkan dari mulut budak itu.
"Beritahu kami apa maksud butir kata yang kamu katakan tadi. Kami masih belum faham lagi" bentak Hasan Merbok ingin segera tahu.
"Penyakit ni pakcik dari apa yang saya baca mungkin berpunca daripada CLOSTRIDIUM PERFRINGENS yang merosakkan bahagian perut dan usus haiwan yang menyebabkannya mati secara tiba-tiba".
Semakin kehairanan orang kampung mendengar penjelasan budak itu. Orang kampung semakin kebingungan memikirkan penjalasan budak itu tanp memahami apa sebenarnya yang cuba dinyatakan. Tetapi apa yang mereka ingat ialah ada perkataan jin.
Tanpa berlengah lagi Hasan Merbok mengetuai orang kampung berjumpa Ketua Parti mengadukan masalah mereka.
"Binatang ternakan kita yang mati itu rupanya diserang Jin, Tok Ketua" bentak Hasan Merbok sebaik tiba di laman rumah Ketua Parti.
Mendengarkan kata-kata itu Ketua Parti menjadi cemas. Segera dipanggil setiausahanya yang juga menantu lelakinya untuk mendapatkan pandangan.
"Saya rasa jika benar jin yang mengganggu haiwan ternakan ni, mungkin kita patut panggil pawang haiwan untuk menghalau jin yang mengnanggu haiwan ternakan" kata Sahid.
Setelah kata sepakat dicapai, bersegeralah mereka menuju ke rumah pawang haiwan yang dimaksudkan itu. Setelah menelek dan menjampi maka inilah permintaan dukun kepada penduduk kampung.
"Musnahkan semua binatang ternakan itu kerana kesemuanya telah dirasuk oleh jin yang sangat kuat. Apabila ia merasuk haiwan ini boleh menjadi stres, murung,kelihatan tidak bermaya, tidak mahu makan, minum dan tidur, membuat bising, najis tidak bulat, bulu kering dan meremang dan akan mati perlahan-lahan".
Setelah mendapat arahan dari pawang haiwan dan atas restu Ketua Parti, penduduk kampung memusnahkan semua ternakan yang ada di kampung itu kerana takut jin yang menyerang haiwan itu akan menyerang mereka pula.
Mimpi Rakyat :
Ramai yang mudah mengatakan belajar dari pengalaman, tetapi jika kesalahan yang sama berlaku & tidak belajar dari pengalaman apakah istilah yang sesuai digunakan.
Mungkin binatang di diserang rasa "kebersalahanyangmelampautetapitidakmehumengakuinya" ataupun DENIAL SYNDROM kata seorang budak yang duduk disebelah Pak Leh Jenguk.

Setelah seminggu berlalu, penduduk kampung terasa kehilangan yang amat besar dalam hidup mereka.Mereka merasakan kampung mereka kali ini begitu senyap dan sunyi, tiduk nyenak mereka tidak lagi diganggu oleh kokokan ayam disubuh hari. Tiada kambing yang berkeliaran dijalan dan merosakkan tanaman. Tiada najis lembu bersepahan dijalan raya yang sentiasa memerangkap mangsa. Untuk pertama kalinya penduduk kampung berasa sesuatu yang sangat ganjil dari kehidupan mereka. Perkara ini segera diajukan kepada Ketua Parti.
Ketua Parti yang begitu perihatin dengan masalah penduduk kampung segera menjadi ikhtiar untuk menyelesaikan masalah mereka. "Tuan-tuan jangan risau minggu ini saya akan ke bandar, saya cuba usulkan masalah ini kepada tuan DO". Sementara itu teruskanlah kehidupan seperti biasa.
Senagaimana yang dijanjikan, pada suatu pagi yang hening datanglah pegawai daripada Jabatan Haiwan ke kampung tersebut untuk mengetahui masalah yang berlaku. Setelah diselidiki dan disiasat maka dengan rasa hampanya pegawai tersebut berkata "Jika tuan-tuan tidak terburu-buru dengan tindakan menghapus ternakan, kami ada cada dan penawarnya, tidak semua haiwan perlu dimusnahkan", "Haiwan ternakan ini mungkin disering sejenis bakterian/kulat bukan jin" menyebabkan semua penduduk kampung terlopong.
Bagi mengambil hati orang kampung Ketua Parti memulakan ucapan ringkasnya "Anggaplah ini satu pelajaran yang berguna kepada kita, mudah-mudahan kita akan membina kejayaan daripada pengalaman ini" dan terus berlalu meninggalkan penduduk kampung dengan seribu penyesalan.
Ramai yang mudah mengatakan belajar dari pengalaman, tetapi jika kesalahan yang sama berlaku & tidak belajar dari pengalaman apakah istilah yang sesuai digunakan.
Sunday, 14 October 2012
Pencuri Lembu The Movie
Genre : Lawak Seram
Arahan : Ketua Parti
Durasi : 5 minit
Muzik : Kici-kici Lembu Jaga, Bila Besar Wang Jaga
Sinopsis :
Lebai Mat ingin mengadakan majlis korban di kampung tepi sawah sempena Aidiladha tahun ini. Setelah bermesyuarat dan mewar-warkan kepada penduduk kampung maka keputusan telah diperolehi bahawa 3 ekor lembu akan dikorbankan tahun ini. Seminggu sebelum tarikh tersebut Lebai mat mendapat perkhabaran bahawa seorang tokoh perniagaan kain di sebuah pulau di negeri bawah angin akan menyumbangkan dua ekor kibas untuk dikorbankan. Apabila berita itu sampai kepada ketua parti, dia berasa tidak puas hati kerana dia tidak mendapat sumbangan itu bahkan terpaksa berkorban menyumbangkan 50 ekor lembu dan 5 ekor unta untuk korban kampung tepi sawah.
Setelah bermesyuarat maka satu keputusan diperolehi bahawa terdapat unsur-unsur yang bertentangan dengan perlembagaan negara jika sesuatu sumbangan itu tidak melalui pihak yang berwajib. Paling ditakuti jika sumbangan itu ada muslihat lain sama ada antinasional ataupun ingin mengambil alih jawatan ketua parti. Maka keputusan telah diambil iaitu dengan mengeluarkan berita bahawa sumbngan korban itu diragui statusnya kerana tidak tahu apakah niat sebenar orang yang menyumbangkan. Maka satu sesi tazkirah khas akan diadakan disetiap madsarah dan surau bagi menjelaskan isu tersebut.

Bagaimanapun dua hari menjelang hari korban penduduk kampung dikejutkan dengan berita di televisyen. Lembu korban yang akan disumbangkan oleh ketua parti di tahan di pelabuhan.. bukan seekor..tetapi 400 ekor...menurut pihak berkuasa lembu2 ini terpaksa di tahan kerana tiada permit import bahkan mengimport lembu dari luar adalah satu kesalahan di bawah akta haiwan. Resah gelisah ketua parti dibuatnya.Orang ramai mula bertanya kepada ketua parti..dari mana beliau dapat wang membeli sehingga 400 ekor lembu. Terpacul dari mulutnya bahawa dia tidak membeli lembu itu tetapi disumbangkan oleh sahabatnya dari luar negara..bukan untuk dirinya tetapi untuk orang kampung....dengan pengaruh yang ketua parti ada dan matlamatnya untuk memberi kesenangan kepada rakyat jelata maka kesemua lembu itu pun dilepaskan dan diagih-agihkan kepada semua surau, masjid, pondok dan orang kampung untuk dikorbankan. mereka begitu gembira mendapat lembu yang disumbangkan oleh ketua parti. Maka 14 hari, 14 malam penduduk kampung makan berlaukkkan daging, rendang daging, sup ekor, kulit lembu masak lemak, rojak kaki lembu, kerabu perut lembu, lidah lembu masak lemak kuning, dan sebagainya sehingga jemu mereka memakannya....
Penarafan :
Ulasan :
Tak tau lah apa punya cerita ini. Pengarah yang otak lembu, penulis skrip setaraf lembu, @ sebenarnya ramai daripada kita yang berotak lembu....
Mimpi Rakyat :
Hanya mengumpulkan kisah masyarakat yang berkait dengan lembu....
Tuesday, 12 June 2012
Antara Manusia & Beruk
Kes 1 : Kanak-Kanak Nyaris Maut Diserang BERUK
Bagaimanapun, tindakan guru menyelamatkan mangsa tidak bertahan lama apabila beruk yang masih mengganas di luar tandas kembali menyerang dan menggigit mangsa bersama gurunya ketika cuba keluar dari tandas berkenaan.
Menurutnya, sebelum menjemput anaknya pulang dari pusat tuisyen, dia ada mendengar cerita dari penduduk kampung mengenai seorang kanak-kanak diserang beruk, tetapi tidak mengetahui yang menjadi mangsa anaknya sendiri.
Katanya, sebaik tiba di pusat tuisyen itu, dia melihat anggota Rela menembak mati seekor beruk sebelum terkejut melihat keadaan anak sulungnya berlumuran darah diserang beruk berkenaan.
Sementara itu, bapa Fathurrahaman, Abd Salam Mohamad, 31, yang menemani anaknya di HSNZ berkata, terdapat dua kesan luka sedalam 5.08 sentimeter dan 3.81 sentimeter di lengan kiri anaknya akibat gigitan beruk itu.
Dalam kejadian yang bermula di rumah rakan mereka kira-kira jam 11.30 pagi itu, wanita berusia 32 tahun itu dikatakan berselisih faham dengan suaminya sebelum bertindak merampas telefon bimbit suspek dan cuba memeriksa kandungan telefon berkenaan selepas mengesyaki lelaki itu menjalin hubungan sulit dengan rakannya sendiri.
Katanya, lebih memalukan, kejadian berlaku di rumah rakan mereka yang turut disaksikan rakan lain.
Menurut sumber lagi, tidak cukup dengan itu, suami mangsa menyambung perbuatannya di rumah sewa mereka.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
KUALA
TERENGGANU: Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun nyaris maut diserang seekor
beruk ketika pulang dari kelas tambahan di Bukit Payung, Marang, Sabtu lalu. Dalam
kejadian jam 5.30 petang, Muhammad Fathurrahaman Abd Salam tidak sempat
melarikan diri apabila beruk peliharaan seorang penduduk di kampung berhampiran
terlepas dan mengamuk serta mengejar hampir 30 kanak-kanak yang pulang dari
pusat tuisyen berkenaan. Fathurrahaman hanya mampu meraung selepas beruk
mempunyai taring tajam menggigit lengan kirinya sebelum diselamatkan guru
tuisyen yang melarikan mangsa berlumuran darah dalam tandas berhampiran.
Bagaimanapun, tindakan guru menyelamatkan mangsa tidak bertahan lama apabila beruk yang masih mengganas di luar tandas kembali menyerang dan menggigit mangsa bersama gurunya ketika cuba keluar dari tandas berkenaan.
Ibu
mangsa, Norliana Mohd Syamsu, 31, yang menetap di Kampung Rawai, Marang, ketika
dihubungi berkata, anaknya cedera parah di bahagian lengan kiri dan kini
dirawat di Wad Multidisiplin Kanak-Kanak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ),
di sini.
Menurutnya, sebelum menjemput anaknya pulang dari pusat tuisyen, dia ada mendengar cerita dari penduduk kampung mengenai seorang kanak-kanak diserang beruk, tetapi tidak mengetahui yang menjadi mangsa anaknya sendiri.
Katanya, sebaik tiba di pusat tuisyen itu, dia melihat anggota Rela menembak mati seekor beruk sebelum terkejut melihat keadaan anak sulungnya berlumuran darah diserang beruk berkenaan.
“Tanpa berlengah saya bergegas
menghubungi suami dan membawa anak ke Klinik Bukit Payung mendapatkan rawatan
sebelum diminta rujuk ke HSNZ untuk rawatan lanjut,” kata ibu kepada tiga anak
itu.
Sementara itu, bapa Fathurrahaman, Abd Salam Mohamad, 31, yang menemani anaknya di HSNZ berkata, terdapat dua kesan luka sedalam 5.08 sentimeter dan 3.81 sentimeter di lengan kiri anaknya akibat gigitan beruk itu.
Kes 2 : Isteri Cedera Di Peha Digigit SUAMI
SUBANG
JAYA: Gara-gara mahu memeriksa telefon bimbit suaminya, seorang wanita bukan
saja cedera di paha akibat digigit, malah turut dicekik lelaki berkenaan dalam
kejadian di rumah rakan mereka di Puchong Hartamas, Bukit Puchong, di sini,
Jumaat lalu.
Tidak
cukup dengan itu, lelaki terbabit turut menyambung semula tindakannya di rumah
sewa mereka di Taman Tasik Puchong dengan menampar dan menolak isterinya ke
dinding sebelum rebah di lantai beberapa jam selepas kejadian pertama.
Dalam kejadian yang bermula di rumah rakan mereka kira-kira jam 11.30 pagi itu, wanita berusia 32 tahun itu dikatakan berselisih faham dengan suaminya sebelum bertindak merampas telefon bimbit suspek dan cuba memeriksa kandungan telefon berkenaan selepas mengesyaki lelaki itu menjalin hubungan sulit dengan rakannya sendiri.
Menurut
sumber, ketika cuba mengambil semula telefon bimbit miliknya, suspek yang
berusia 31 tahun itu terus menggigit tangan kiri isterinya, namun gagal
menyebabkan suspek memukul badan dan menggigit paha kanan mangsa sebelum
mencekiknya.
Katanya, lebih memalukan, kejadian berlaku di rumah rakan mereka yang turut disaksikan rakan lain.
Menurut sumber lagi, tidak cukup dengan itu, suami mangsa menyambung perbuatannya di rumah sewa mereka.
Katanya, dua rakan serumah mereka
kemudian membantu mangsa dan menenangkan suspek sebelum membawa mangsa membuat
laporan di Balai Polis Bukit Puchong.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Mimpi Rakyat : Kedua-dua berita dilaporkan oleh akhbar yang sama. Dalam kes pertama BERUK itu telah mendapat kesudahan apabila ditembak mati oleh anggota RELA & kes kedua si suami telah disiasat oleh polis kerana mendatangkan kecederaan. Berdasarkan kepada kedua-dua peristiwa tersebut, yang mana satu sebenarnya BERUK.
Dalam peribahasa melayu ada beberapa yang berkait dengan BERUK, contohnya;
1. Jangan berhakim dengan BERUK
2. Jangan sampai mahal tali dari BERUK
3. Macam BERUK dapat bunga
4. Macam BERUK kena belacan; dan lain-lain..
Thursday, 7 June 2012
Cicak Tokek Haram Di Makan dan Dijadikan Ubat
Majlis Fatwa Kebangsaan – Cicak Tokek Haram Di Makan dan Dijadikan Ubat
by yanmie on July 12, 2011
in Informasi, Isu
Semasa, My
Story
Majlis Fatwa Kebangsaan - Cicak Tokek Haram Di Makan dan
Dijadikan UbatReviewed by Yanmie on
Jul 12Rating: Salam, nampaknya Majlis Fatwa
Kebangsaan telahpun bersidang buat kali ke-95 pada 16 hingga 18 Jun lalu dan
Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa Cicak Tokek Haram Untuk Di Makan
dan Dijadikan Ubat.
Salam, nampaknya Majlis Fatwa Kebangsaan telahpun
bersidang buat kali ke-95 pada 16 hingga 18 Jun lalu dan Majlis Fatwa Kebangsaan
telah memutuskan bahawa Cicak Tokek Haram Untuk Di Makan dan Dijadikan Ubat.
Hukum Memakan Dan Berubat Dengan Cicak
Gekko Geckko (Tokay)
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun
2011 telah membincangkan mengenai Hukum Memakan Dan Berubat Dengan Cicak Gekko
Geckko (Tokay) . Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan
pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa para fuqaha’ telah
mengklasifikasikan Cicak Gekko Geckko (Tokay) sebagai binatang yang haram
dimakan kerana tergolong dalam kategori haiwan yang menjijikkan (khabis) dan
mempunyai racun. Begitu juga dengan uruf masyarakat Islam di Malaysia yang tidak
menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan. Selain itu, sehingga
kini tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan bahawa Cicak
Gekko Geckko (Tokay) mampu menjadi penawar atau mengubati penyakit-penyakit
tertentu.
Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan
bahawa hukum memakan Cicak Gekko Geckko (Tokay) adalah diharamkan oleh Islam.
Manakala untuk tujuan perubatan, penggunaan Cicak Gekko Geckko (Tokay)
diharuskan dengan syarat keberkesanannya dapat dibuktikan dari segi saintifik
dan tiada alternatif ubat lain yang boleh digunakan bagi merawat penyakit
berkaitan.
Sumber :
e-Fatwa
Tuesday, 22 May 2012
MIMPI ANAK NELAYAN
Jamil, anak sulung Pak Leh Jenguk sangat teruja sekali pagi ini apabila mimpinya malam tadi benar-benar telah menggoncang akal dan pemikirannya. Terjaganya ia diawal pagi ini luar biasa sekali kerana didapatinya azan subuh belum berkumandang di surau Kg. Parit 4 tidak seperti kebiasaan dia hanya bangkit dari lena bila matahari mulai terbit.
Jamil mula gelisah apakah maksud sebenar mimpinya itu kerana sungguh aneh sekali berbanding mimpi-mimpi lain.Kebisaannya dia sering bermimpi bertemu dengan Laila seorang gadis bandar yang menjadi idamannya. Laila menjadi kegilaan ramai jejaka termasuklah Jamil. Lalila bukan artis, pelakon atau model terkenal. Laila hanya seorang bekas peserta realiti TV yang tidak terpilih akibat kelewatan menghadiri sesi ujibakat disebabkan kesesakan di pusat bandar ekoran Himpunan Berjuta Umat. Laila mendapat liputan meluas media massa kerana musnahnya cita-citanya untuk menjadi seorang penulis novel realiti akibat peristiwa malang itu. Liputan meluas menjadikannya terkenal dengan sekelip mata. Keayuan Laila menjadi igauan setiap mata yang memandang. Nama Laila kini menjadi sebutan ramai dan menjadi idaman lelaki miang dan berwang. Entah kenapa mimpinya malam itu aneh sekali. Dia tidak mimpikan Lalila. Mimpinya kali ini agak luar biasa jauh lebih luar biasa jika berjaya mendapatkan Laila sekalipun.
Jamil bingkas terkenangkan kembali peristiwa lampau zaman persekolahannya. Dia mempunyai dua impian yang sangat diidamkan. Pertama ingin memiliki sebuah motorsikal kapcai bagi membolehkannya setaraf dengan rakan-rakan yang lain dan kedua menjadikan Isabella pelajar junior sebagai teman istimewa. Antara kedua-dua impiannya dia tidak mendapatkan kedua-duanya. Bukan kerana gagal atau tidak berusaha tetapi mengenangkan dia hanyalah anak seorang nelayan, maka dia terpaksa melupakan kedua-dua impiannya itu.
Baginya, semua itu mustahil untuk dimiliki jika dia hanya berterusan begitu. Anak nelayan yang miskin mana mungkin dapat memiliki semua yang diinginkan. Siapalah dia dimata Isabella seorang anak Guru di sekolah tempat dia belajar. Isabella seorang gadis yang periang dan dibesarkan dengan serba-serbi yang mencukupi sama ada kasih sayang mahupun harta benda. Tetapi tidak bagi Jamil, dia anak nelayan yang tidak akan membantah arahan ayahnya untuk ke laut mencari pendapatan. Dia sukar mengatakan tidak jika disuruh bergelumang dengan lumpur yang busuk mencari ketam dan kijing. Dia akan menebalkan muka menjual segala hasil tangkapan di gerai buruk sepanjang jalan KL-Kelang.Dia sedar, dan dia insaf.
Namun kini semua itu hanya tinggal kenangan manis yang telah menjadi sebahagian daripada asam garam hidupnya yang dijadikan sebagai cabaran untuk dia berjaya. Kini hampir segala impiannya telah tercapai sama ada memiliki motorsikal, kereta, rumah dan kerjaya kerana dia kini bergelar seorang usahawan terkenal. Cuma satu impiannya tidak tercapai iaitu untuk memiliki Isabella kerana tiada khabar berita setalah tamat persekolahan dia menyambung pengajian di luar negara. Dan kehilangan Isabella dijangka dapat diubati sekiranya dapat memiliki Laila. kini dia punya segala-galanya. Hampir tiada sesuatu yang dapat menentang keinginannya melaiankan dengan takdir Allah. Dia kini mempunyai sebuah kereta yang menjadi idaman setiap manusia di atas muka bumi yang hanya mampu dimiliki golongan hartawan dan jutawan. rumahnya tinggi di atas kayangan makannya di pinggan minumnya di cawan bak kata S.Shamsudin dalam lawak P.Ramlee 3 Abdul.
bersambung....
HUKUM MEMPELAJARI PENYEDIAAN ARAK
Soalan :
Anak saya sedang menuntut di semester pertama di Universiti Utara Malaysia
dalam bidang pengajian yang tersebut di atas. Tempoh pengajian itu selama 4
tahun.
Salah satu mata pelajaran yang dipelajarinya ialah berkaitan dengan
pembancuhan arak. Mungkin ini adalah dalam modul “Food and Management”. Apa yang
merisaukan saya ialah adakah anak saya berdosa mempelajarinya? Adakah ia salah
di sisi agama mempelajarinya?Perlukah anak saya berhenti belajar?
Pengharaman arak bukan sahaja kepada yang meminumnya, bahkan meliputi segala yang berkaitan dengan pemprosesannya, membawa kepada orang yang menghidangkannya dan lain-lainnya. Semua orang yang berurusan bagi tujuan-tujuan berkaitan dengan arak akan mendapat laknat Allah dan RasulNya.
Merujuk kepada persoalan tuan di atas, terdapat beberapa keadaan yang boleh dibuat andaian iaitu :
1) Jika anak tuan mengambil bidang berkenaan adalah bertujuan untuk dilatih secara langsung dan diajar bagi memproses dan kemudian untuk bekerja dalam bidang pembuatan arak hukumnya adalah haram.
2) Jika anak tuan itu sekadar belajar hanya untuk mencari ilmu dan melengkapkan syarat kursus yang ditawarkan hukumnya adalah harus di sisi Islam mempelajarinya. Contohnya pelajar yang memepelajari bidang ekonomi atau perbankan konvensional yang mengamalkan riba’. Pelajar-pelajar yang mempelajari sistem berkenaan adalah tidak salah kerana ia mendalami sistem tersebut untuk mengambil pengajaran dan mengubah sistem berkenaan.
3) Dalam keadaan ini anak tuan tidaklah semestinya berhenti beljar kerana tujuan tersebut. Tetapi jika matapelajaran tersebut hanyalah matapelajaran yang bukan wajib dipelajarinya maka hendaklah ditinggalkan dan lebih baik memilih matapelajaran yang lebih sesuai. Tetapi jika mata pelajaran tersebut termasuk dalam mata pelajaran yang wajib maka tidak salah memepelajarinya asalkan tidak menjadikan alasan untuk mengamalkannya.
http://muftipahang.gov.my/perkhidmatan/soal-jawab-agama/sosial/mempelajari-pembancuhan-arak
Hukuman Untuk Orang Islam Amal Gaya 'Celaru Jantina' Di Pahang
Golongan yang mengamalkan gaya kecelaruan jantina yang
beragama Islam, akan berdepan tindakan tegas di negeri ini, apabila Dewan
Undangan Negeri Pahang meluluskan Rang Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah
(Pindaan) 2012.
Pindaan rang-rang undang itu dipersetujui sebulat suara
selepas dibahaskan Pengerusi Jawatankuasa Dakwah dan Badan Bukan Kerajaan
Negeri, Datuk Mohd Shafri Abdul Aziz.
Dalam perbahasannya, beliau
mengupas permasalahan dalam masyarakat masa kini iaitu lelaki yang gemar
menyerupai dan berkelakuan seperti perempuan dan perempuan yang berkelakuan
seperti lelaki.
Mohd Shafri berkata itu sama sekali salah dan dilarang
agama Islam.
"apakah saya juga mempunyai kecelaruan jantina @ penampilan?
"Bagi kedua-dua kesalahan iaitu mana-mana lelaki yang memakai
pakaian perempuan dan berlagak perempuan di tempat awam atas tujuan yang tidak
berakhlak dan perempuan yang memakai pakaian lelaki dan berlagak seperti lelaki
di tempat dan tujuan sama, mereka boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau
dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya,"
katanya.
Selain itu, katanya, pindaan berkenaan dilakukan bagi
menjelaskan kesamaran pada seksyen-seksyen tertentu undang-undang itu supaya
lebih jelas serta mengikut keperluan semasa terhadap
penguatkuasaan.
Perbahasan rang-rang undang itu disokong Shukri Ahmad
Ismail (BN-Pulau Tawar) dan disahkan oleh Yang Dipertua DUN, Datuk Seri Wan
Mohamad Razali Wan Mahussin.
Terdahulu, Chong Siew Onn (DAP-Tras),
meminta pengecualian daripada membuat keputusan kerana ia membabitkan umat dan
agama Islam manakala Tuan Syed Mohamed Syed Lonnik (PAS-Beserah) meminta
penambahbaikan pada persiapan persediaan untuk memastikan pindaan itu
lancar.
- Bernama
MESYUARAT BERSETUJU BAHAWA HUKUM MENYAMBUT HARI KEKASIH ADALAH HARAM DAN DILARANG UNTUK MENYAMBUTNYA.
KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN
HUKUM SYARAK NEGERI PAHANG 1/2012.
HUKUM MENYAMBUT HARI KEKASIH
TARIKH / TEMPAT :
14-15 MAC 2012
SUNWAY PUTRA HOTEL, KUALA LUMPUR
Merokok Adalah Haram Hukumnya : Majlis Fatwa
Masih ramai di kalangan umat Islam
di negara ini mengambil mudah mengenai fatwa Merokok Adalah Haram,
kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Othman Mustapha.
Justeru itu katanya, Jakim dan Kementerian Kesihatan hari ini bekerjasama mengadakan Seminar Pendidikan Fatwa Merokok Adalah Haram sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran.
Walaupun pelbagai kempen kesedaran telah dilaksanakan, Othman berkata jumlah penghisap rokok terus meningkat.
Menurut Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada tahun ini lebih lima juta penduduk dunia akan mati akibat penyakit berkaitan merokok antaranya serangan jantung, strok dan kanser.(Bernama)

Haram Untuk Umat Islam Menyertai Perhimpunan Atau Demonstrasi Yang Bertujuan Tidak Baik
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa,
Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan
atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta
mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara. Pengerusinya, Professor
Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, jawatankuasa memandang serius
isu itu di mana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan
dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada
perhimpunan di ibu negara 28 April lepas. Memetik kenyataan beliau dalam
Sinar Harian Online sebagai berkata “Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan
merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah
niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui
penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama. Sesiapa juga
tidak boleh buat, tidak (boleh) bersetuju ke arah (usaha) mendatangkan
kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah
lagi kalau berlaku pertumpahan darah.”
Wednesday, 25 April 2012
Tidak bayar balik pinjaman PTPTN haram, kata Mufti Pahang
Hukumnya haram jika tidak membayar
pinjaman termasuk pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),
kata Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Othman.
Beliau berkata, mengikut Islam, hukum bagi orang yang meminjam sama ada sesama sendiri, bank atau mana-mana institusi adalah wajib membayarnya.
"Haram hukumnya mengikut Islam dan telah berlaku kezaliman jika gagal membayar balik wang pinjaman," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Kursus Falak Syarie di Janda Baik dekat sini, hari ini.
Katanya, peminjam wajib membayar balik pinjaman sepertimana terkandung dalam kontrak perjanjian pinjaman yang telah ditandatangani dan dipersetujui kedua-dua belah pihak.
Mimpi Rakyat- Membayar Hutang adalah wajib kepada mereka yang berhutang. Bagaimana pula keadannya jika si pemiutang menghalalkan..

BN Selangor tubuh 'pakar' komunikasi dengan rakyat
Barisan Nasional (BN) Selangor menubuhkan Pusat Khidmat
Rakyat Barisan Nasional (Pakar) yang berfungsi sebagai medium komunikasi dan
perkhidmatan parti itu kepada rakyat.
Koordinator BN Selangor Datuk
Seri Mohd Zin Mohamed berkata Pakar yang terletak di Tingkat 9, Bangunan Umno
Selangor di Shah Alam telah pun beroperasi dan boleh dihubungi pada bila-bila masa.
Beliau berkata orang ramai boleh
membuat sebarang aduan berhubung wakil rakyat di kawasan mereka, isu seperti
kegagalan pengurusan masalah sampah, pertanyaan mengenai program BN seperti
Bantuan Rakyat 1Malaysia serta maklumat berkaitan parti itu.
"Orang
ramai boleh buat aduan atau sebarang pertanyaan berhubung parti dengan menelefon
dan bercakap dengan wakil kami yang bertugas dari pukul 9 pagi hingga 6 petang
dari Isnin sehingga Jumaat atau meninggalkan pesan.
"Setiap maklumat yang
diperoleh akan diberi perhatian, termasuk mengambil tindakan yang sewajarnya
serta dimajukan kepada pihak berkenaan," katanya dalam sidang media di Shah Alam
hari ini.
Beliau berkata selain
menerima panggilan serta aduan, Pakar juga akan membuat panggilan kepada rakyat
mengikut data yang diperoleh dari setiap bahagian bagi mendapatkan maklumat
berhubung program yang dianjurkan oleh parti itu serta respons berkaitan
pemimpin masing-masing.
- Bernama
Mimpi Rakyat - mengapa perlu ada pakar untuk untuk berkomunikasi dengan rakyat jelata yang marhaen ni....apakah selama ini komunikasi antara rakyat dengan kerajaan tidak berkesan....
Teringat kisah Pak Usu pada suatu petang ketika sedang menikmati kopi panas bersama orang kampung. Ketua Parti tanpa disangka oleh penduduk kampung telah sudi beramah mesra dengan orang kampung memandangkan hari raya bakal menjelang.
Antara lain ketua parti meminta orang kampung berjimat cermat di musim kemarau ini kerana kemungkinannya makanan tidak mencukupi dan kerajaan tidak dapat membantu banyak kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan lebih untuk projek-projek pembenihan awan. Ketua Parti juga meminta orang kampung bersama-sama dalam program tranformasi yang dicanangkan dengan mempertingkatkan KPI dan mempunyai scorecard sendiri. Ini semua amat penting bagi memastikan golongan rakyat keluar dari kepompong kemiskinan yang membelenggui hidup mereka selama ini serta dapat membuat lonjakan paradigma.
Orang kampung terdiam seribu bahasa mendengarkan ucapan bernas ketua parti yang mungkin pada orang kampung ucapan ini bermakna ketua parti berusaha menjadikan mereka semua orang kaya. Tapi mereka hanya perlukan sebuah perigi untuk mendapatkan keperluan air, untuk minum, untuk mandi, untuk mengambil wuduk, untuk membersihkan hadas dan mungkin untuk minuman binatang ternakan.
Apakah selama ini rakyat tidak faham bahasa ketua parti atau sebenarnya mereka tidak pernah ingin memahami apa yang orang kampung katakan...
Thursday, 12 April 2012
Pemandu bas korban tujuh Tiada Lesen Memandu
Saturday, October 30, 2010
KUALA LUMPUR, 30 Okt — Pemandu bas yang mengakibatkan tujuh orang maut dalam satu kemalangan di Km38 Genting Sempah dekat sini malam tadi, didapati tidak mempunyai lesen memandu.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Che Husin Omar berkata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan kepada polis mengenai perkara tersebut.
“Pemandu bas tersebut sebelum ini mengaku kepada pihak polis bahawa beliau mempunyai lesen memandu, namun setelah kami memeriksanya dengan pihak JPJ, kami mendapati bahawa dia tidak mempunyainya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Che Husin berkata pemandu tersebut yang patah kaki kanan dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) ditahan polis untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara merbahaya yang boleh menyebabkan kematian.
Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali jika disabit dengan kesalahan.
Che Husin berkata polis sedang menyiasat sama ada pemandu tersebut mempunyai rekod kesalahan memandu lampau atau pun tidak, serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan kemalangan tersebut.
Ini termasuk memeriksa kotak hitam bas tersebut untuk menentukan punca kemalangan sebenar, katanya.
Dalam kemalangan malam tadi, bas rombongan dari Kedah, yang dinaiki 44 penumpang yang terdiri daripada belia Kampung Baru Siong, Baling, dilaporkan hilang kawalan semasa menuruni Genting Highlands di KM38, Genting Sempah dekat sini pada pukul 7.50 malam tadi.
Bas tersebut terbabas dan terbalik di laluan bertentangan yang mengakibatkan tujuh orang maut, 17 cedera parah dan 22 lagi cedera ringan, termasuk dua pemandu bas tersebut.
Rombongan itu yang dalam lawatan ke Genting Highlands bertolak dari Kedah pada pukul 11 malam Khamis dan tiba di Genting Highlands pada pukul 8 pagi semalam.
Pada pukul 7 malam tadi, rombongan itu telah bertolak ke Kuala Lumpur untuk ke Kampung Melayu Subang, Selangor bagi menyertai program Inap Desa dan dijangka pulang ke Baling, Kedah petang ini.
Bas sekolah perlu ada pemandu kedua, konduktor: Shahrizat
Friday, July 30, 2010
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan diminta menggubal satu polisi yang mewajibkan setiap bas dan van sekolah mempunyai pemandu kedua atau konduktor bagi menjamin keselamatan kanak-kanak khususnya daripada jenayah seksual.
"Kita ada 'Child Protection Policy' yang mana kita tak boleh letak kanak-kanak ini dalam keadaan yang mengundang bahaya. Jadi saya fikir kes rogol kanak-kanak ini telah membuktikan yang kita tak boleh ada hanya seorang pemandu saja," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau yang sebelum itu merasmikan program "Clove Femme City: Streets Ahead for Women 2010" mengulas mengenai kejadian beberapa murid perempuan sekolah rendah yang dicabul dan dirogol oleh pemandu bas dan van sekolah di Petaling Jaya baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Shahrizat berkata beliau juga sudah meminta Peguam Negara agar mempercepatkan siasatan kes tersebut.
PM: Jangan tukar 'pemandu di tengah-tengah jalan'
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bagi memastikan Malaysia dapat mencapai status negara maju dalam tempoh lapan tahun akan datang, negara memerlukan "pemandu yang cekap supaya dapat menggabung jalinkan segala faktor yang ada bagi memastikan kenderaan tiba ke destinasinya pada masa yang ditentukan dengan selamat."
"Oleh itu, janganlah kita bereksperimen untuk menukar pemandu yang telah terbukti kebolehannya, di tengah-tengah jalan, untuk digantikan dengan pemandu yang diragui dan berbahaya," katanya.
Perdana menteri mengingat demikian semasa membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) & Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2011 di Angkasapuri malam ini. Ia turut disiarkan secara langsung di saluran RTM1.
Beliau turut mengingatkan rakyat agar "jangan sesekali salah membuat pilihan dan berhati-hati dengan tukang karut yang melipur lara."
"Mereka ini hanya pandai berjanji tapi tidak pernah mengotainya. Mereka tidak pernah konsisten antara amalan dan retorik yang dilaungkan.
"Makanya, berwaspadalah dengan alunan muzik oleh peniup seruling yang tampak indah tapi penuh dengan persona dan perdaya," katanya.
Sehubungan itu, Najib berkata, kerajaan BN hari ini bukan "kerajaan populis semberono yang tidak bertanggungjawab".
Malah, tegas beliau, ia merupakan sebuah kerajaan yang sentiasa berhemah dalam membuat dasar dan membelanjakan wang negara.
Perdana menteri berkata dalam membuat dasar dan berbelanja, kerajaan tidak sesekali berniat untuk meranap mahupun membankrapkan negara.
"Kita telah dan akan sentiasa berterus terang dengan rakyat tentang apa yang kita mampu dan apa yang kita tidak mampu lakukan.
"Sebaliknya amat mudah bagi sesetengah pihak untuk menjanjikan bulan, bintang dan cakerawala tanpa memikirkan kesannya," katanya.
Najib berkata kerajaan BN juga tidak gentar untuk bersaing dalam pasaran idea yang bebas dan kompetitif kerana dipilih secara demokratik di dalam pilihan raya umum yang bebas dan adil.
"Kita mempunyai penuh keyakinan terhadap kebijaksanaan rakyat Malaysia memilih dan meneraca.
"Mereka tahu menilai yang mana intan yang mana kaca. Kita percaya rakyat akan memilih kerajaan yang mempunyai “track record” yang meletakkan kepentingan rakyat di atas segala-galanya," katanya.
Malah, katanya kerajaan juga telah mengambil pelbagai langkah untuk menjadikan negara lebih demokratik termasuk dengan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Kediaman Terhad dan Akta Buang Negeri, selain membatalkan tiga perisytiharan darurat.
Selain itu, menggubal Akta Perhimpunan Aman bagi melindungi hak rakyat untuk berhimpun dan bersuara seperti yang dijamin Perlembagaan Persekutuan, serta meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti bagi mengiktiraf hak perlembagaan pelajar untuk menganggotai parti politik, dan meminda Akta Pelesenan dan Mesin Cetak bagi menghapuskan keperluan pembaharuan lesen tahunan penerbitan. Bernama

TAKUT BERGONCANG
Riuh kompleks ‘kena goncang’
SEBERANG JAYA: “Tiba-tiba saya rasa bangunan bergegar dan lihat semua pengunjung lari selamatkan diri,” kata Nurul Nadiha Kasim, 28, yang turut bergegas menyelamatkan diri ketika berada di Kompleks Sunway Carnival, di sini, selepas berasa gegaran akibat gempa bumi yang melanda Aceh, Indonesia.
Menurutnya, ketika itu dia bersama rakannya sedang memilih barang di sebuah kedai di dalam kompleks membeli-belah itu.
“Selepas berasa bergoyang, saya segera mencampak barang dan menarik kawan saya keluar dari bangunan berkenaan,” katanya yang pertama kali berdepan pengalaman kejadian seperti itu.
Seorang lagi pengunjung, Mohd Hafiz Najmi Soaid, 23, berkata, ketika kejadian dia bersama dua rakannya sedang menonton wayang di kompleks berkenaan. “Sedang asyik menonton, saya berasa pening dan bangunan seakan bergoyang,” katanya yang berasal dari Baling, Kedah.
Mimpi Rakyat : Kenapa agaknya sahabat kita tu kecut perut hanya kerana bangunan bergoncang.....ke dia takut kerana panggung wayang akan runtuh ketika dia sedang menonton...
Subscribe to:
Posts (Atom)