Thursday, 22 December 2011

WANG KERTAS BARU @ NILAI BARU WANG

  • KAKITANGAN Bank Negara, Noor Aimah Mohd Nor, 32, menunjukkan nota wang kertas Malaysia yang terbaru termasuk nota wang kertas RM20 yang baru sempena Majlis Pelancaran Matawang Malaysia Terbaru di Kuala Lumpur. Foto: Aizuddin Saad (21/12/2011)
    * Mimpi Rakyat = Apalah maknanya mempunyai wang kertas yang baru, seandainya jumlah tersebut tidak lagi sama nilainya seperti setahun yang lalu. Apalah yang perlu kita banggakan mempunyai wang baru RM 20.00 jika barangan yang kita peroleh tidak sepadan dengan nilainya. Marilah kita semua menginsafi bahawa bukan wang baru yang kita perlu raikan..tetapi apakah/berapakah nilai  wang yang kita ada. Kita sepatutnya tidak perlu banyak wang untuk memiliki apa yang kita perlukan...tetapi hari kita terpaksa mencari lebih banyak wang untuk memenuhi keprluan untuk kehidupan...

Sunday, 20 November 2011

‘Rugi jika tidak sertai’

KUCHING: Meskipun sudah diberi nasihat dan teguran, lima peserta beragama Islam Rantu Cantik Borneo (MBB) 2011 tetap meneruskan niat dengan menyertai malam kemuncak pertandingan akhir yang berlangsung di sebuah hotel, di sini, malam kelmarin.

ADIRA
Adira

Kelima-lima peserta Melatie Melisa, 22; Natasha Nur Amarina Mohamad Kaie, 21; Adira Kamil, 23; Sharifah Nadzirah Wan Hamid, 23, dan Roszainah Suhaili, 21, tampil pada malam kemuncak berkenaan meskipun kehadiran mereka di pentas tidak disenangi banyak pihak, sebelum ini.
    ROSZAINAH
  • FotoMELATIE
  • FotoSHARIFAH
  • FotoNATASHA
  • FotoROSZAINAH
ROSZAINAH

“Kami membuat keputusan untuk tidak menarik diri selepas mengambil kira latihan dilakukan sebelum malam kemuncak. Adalah satu kerugian jika saya tidak menyertai selepas bersemuka dengan pegawai Jais semalam (kelmarin),” katanya sebaik diumumkan pemenang tempat keempat. Katanya, walaupun sekadar meriah tempat keempat, dia masih berbangga selain mahu membuktikan kepada orang ramai bahawa pertandingan ini bukan satu kesalahan.


Kami tidak melanggar undang-undang walaupun ada antara mereka tidak menyukai penampilan kami pada pertandingan kali ini,” katanya.

 
Pagi kelmarin, kelima-lima peserta berkenaan dipanggil menghadap Jais selepas didakwa mengenakan pakaian seksi ketika bergambar untuk media tempatan sejak beberapa hari lalu sebagai persediaan menghadapi pertandingan akhir. Mereka diarah menjalani sesi kaunseling selama dua jam bersama Jais menerusi pertemuan yang turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Putit Mat Zen, Pengarah Jais, Abang Shamsudin Abang Seruji, Mufti Sarawak, Kipli Yassin serta beberapa pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jais.
Pada pertandingan itu, selain Natasha, seorang lagi peserta beragama Islam, Adira meraih tempat kelima yang diserta 18 peserta keseluruhan. Selain Natasha dan Adira, seorang lagi peserta, Sharifah dipilih sebagai Ratu Personaliti. Sementara itu, Abang Shamsudin berkata, walaupun sudah menegur supaya memikir kembali keputusan sama ada mahu menyertai atau sebaliknya, pihaknya akur dengan keputusan kelima-lima peserta sambil memaklumkan ‘tugas Jais sudah selesai’.

“Kita sudah memberi nasihat namun mereka tetap mahu meneruskan penyertaan. Jadi, terpulang kepada mereka kerana ia hak individu. Di sini, tugas Jais selaku badan bertanggungjawab sudah selesai.

“Dalam hal ini, kami tidak boleh mengambil tindakan selepas diberikan nasihat dan penerangan secukupnya mengenai hukum wanita mendedahkan aurat yang tetap haram walaupun atas tujuan pertandingan.

“Bagi saya, Jais sudah menjalankan tanggungjawab kerana kuasa kami hanya setakat ini saja,” katanya sambil memaklumkan pihaknya tidak menghantar Pegawai Jais membuat pemantauan pada malam kemuncak kerana bimbang berlaku salah faham.
Ditanya mengenai keputusan untuk menyertai pertandingan itu walaupun ditegur Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais), salah seorang peserta beragama Islam, Natasha berkata, dia tidak melakukan sebarang kesalahan walaupun ada pihak kurang senang dengan pembabitannya dalam pertandingan itu.



Oleh ALIAS ABD RANI
lias@hmetro.com.my










SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan membuat tangkapan terhadap selebriti yang juga pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman kerana mengadakan ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat, kelmarin. Pengarah Jais, Marzuki Hussin, berkata Bob Lokman atau nama sebenarnya, Muhammad Hakim Lokman, 47, tidak memiliki tauliah dan tidak pernah memohon daripada Jais untuk memberikan ceramah kepada umum. “Tangkapan dibuat berdasarkan maklumat awam. Bob Lokman ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003,” katanya di sini, semalam.


Sementara itu, sumber Jais berkata selebriti itu bersama dua lagi iaitu Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas, Mohd Sany Hamzan dan nazir masjid berkenaan ditahan Jais ketika berucap selepas solat Maghrib di hadapan 70 jemaah. Katanya, mereka dibawa ke balai polis berhampiran sebelum dilepaskan atas jaminan polis. Bagaimanapun, katanya, Bob Lokman dan dua lagi rakannya gagal hadir di Ibu Pejabat Jais di sini, sebelum tengah hari semalam, walaupun diminta berbuat demikian.


MIMPI RAKYATKALAU BOB LOKMAN JUGA BERHUJAH BAHAWA DIA JUGA MEMPUNYAI HAK SECARA INDIVIDU UNTUK BERCAKAP DAN PARA JEMAAH JUGA MENGATAKAN BAHAWA MEREKA NAK MENGGUNAKAN HAK INDIVIDUNYA UNTUK MENDENGAR BAGAIMANA???


Thursday, 17 November 2011

SEMUA NAIK!!!


SEMUA NAIK..TAK ADA YANG TAK NAIK...
GAJI KITA SUDAHPUN NAIK...BARANG PUN SEMUA DAH NAIK..
SEGALA-GALA NAIK..REZEKI PUN TURUT NAIK...TAK ADA YANG TAK NAIK...
OOI NASIB..BEGINILAH NASIB..HARGA AYAM NAIK...SAYUR PUN TURUT NAIK
BEBAN BERTAMBAH NAIK...
NAIK-NAIK-NAIK SEMUA NAIK..PERUT PUN TURUT NAIKKK...

Srikandi kelas corot



KUALA LUMPUR: “Saya nekad mahu buktikan walaupun ditempatkan di kelas tercorot saya juga mampu memperoleh keputusan cemerlang dalam pelajaran seperti murid lain,” kata Siti Aisyah Mawardi, 12, yang memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Siti Aisyah yang tinggal bersama nenek selepas ibu bapanya bercerai enam tahun lalu adalah antara 41 murid memperoleh keputusan cemerlang di Sekolah Kebangsaan Sentul 1 di sini, semalam.

Dia juga tidak menyangka akan mendapat keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran berikutan ketika peperiksaan percubaan UPSR hanya memperoleh 4B 1C. “Keputusan yang kurang memberangsangkan itu menyebabkan saya terus membanyakkan ulang kaji mata pelajaran yang lemah. Saya juga bersyukur kerana selain selalu dibantu guru di sekolah, nenek juga tidak jemu memberi dorongan dan sokongan,” katanya.  Ditanya resipi kejayaannya, Siti Aisyah berkata, dia memberi tumpuan ketika belajar di dalam kelas serta sentiasa menyiapkan kerja sekolah selain mengikuti kelas tambahan disediakan pihak sekolah.

Mimpi Rakyat : Ini adalah sebuah kisah lebih daripada sekadar berita. Kisah betapa cekalnya seorang insan yang menghadapai pelbagai dugaan dan (kegagalan keluarga) dalam kehidupan.. bersama seorang nenek yang sentiasa ada menemaninya. Yang menjadikan ia lebih bermakna kerana ia berlaku di Sentul bukannya Bukit Damansara atau Taman Tun Dr. Ismail dan beliau bukan seorang anak aristokrat atau ketua parti. Mudah-mudahan beliau akan terus berjaya dalam setiap ujian yang akan ditempuh. Kita dilahirkan sebagai makhluk yang berjaya..cuma kegagalan kita mengurus kehidupan menjadikan kita seorang yang gagal...

BERMIMPI ADALAH SATU KESALAHAN (BAHAGIAN : 5)

…..petang esoknya Pak Usu terjogol semula di kedai kopi itu, pada waktu yang sama seperti dulu.
Suara riu rendah dengan gelak ketawa menjadi sepi tiba-tiba bile melihat Pak Usu sampai. Penghulu muda yang jadi tumpuan masa ketiadaan Pak Usu, yang baru membeli motorsikal, turut diam, tidak menyambung celotehnya mengenai motorsial barunya. Lebai sahabat baiknya yang jarang-jarang ke kedai kopi, kerana terlalu sibuk menggiliri tiga isterinya, petang itu ada bersama. Semua yang ada di dalam kedai itu memandang Pak Usu yang pucat dan lemah itu berjalan perlahan-lahan memasuki kedai kopi…..
“Kamu menuduh aku penghasut?” tiba-tiba Pak Usu meledakkan pertanyaan kepada anak buahnya di dalam kedai kopi itu.
Gambar Hiasan

“Siapa yang buat cerita jahat ini?” kali ini pertanyaan itu bersahaja, diucapkan dengan sabar dan penuh maaf seorang tua yang lurus hati.



Diam.
“Tuk Penghulukah?”
“Tidak Pak Usu! Cepat sekali Penghulu muda itu menafikan dengan gelisah dan agak marah.
“Kalau begitu, siapa? Lebai?” suara itu makin berani, makin tegas.
“Bukannya saya, Pak Usu!” bantah Lebai
“Memang mimpiku itu benar. Aku tidak pernah berbohong. Aku bermimpi yang sebenarnya.”
Tiada yang igin membantah  Pak Usu. Melihat itu, Penghulu muda berkata lembut:
“Tapi mimpi seperti itu tidak boleh diceritakan, Pak Usu. Nanti orang salah faham”
“Mengapa tak boleh cerita? Mengapa mesti salah faham? Aku bukn reka. Mimpi itu datang sendiri. Memang mimpi itu ada dan datang sendiri, bukan aku pandai-pandai reka”
Mendengar sanggahan Penghulu itu, Lebai menjawab kemusykilan Pak Usu:
“Mengikut hukum agama, Pak Usu, Kita tak boleh buat fitnah. Dosa besar.”
“Siapa buat fitnah? Aku? Aku hanya ceritakan mimpi yang benar. Aku tidak buat fitnah,” bantah Pak Usu keras.
“Tapi mimpi Pak Usu boleh buat orang salah faham,” jelas Penghulu muda itu lagi. Pak Usu mendiamkan dirinya dan tidak peduli terhadap apa jua alasan dan tuduhan yang diludah ke mukanya.
“ Pak Usu kata mimpi jadi menteri lembu dan semua yang bekerja dengan Pak Usu lembu. Itu salah, Pak Usu, “ Penghulu muda itu menjelaskan lagi.
“Mengapa?” tanya Pak Usu bingung.
“Itu perkara sensitif, Pak Usu. Perlembagaan tak benarkan sesiapa pun bermimpi macam itu,”tegas penghulu. Pak Usu diam. Nyatalah dia tidak meb=ngerti selok-belok undang-undang.
“Kalau mimpi juga boleh masuk penjara,” ancam Penghulu muda itu lagi.
“Penjara?” bagai terpelanting Pak Usu mendengar itu.
“Pak Usu boleh dituduh di bawah Undang-undang Keselamatan dalam Negeri kerana menghasut,” ugut Penghulu lagi.

Wednesday, 2 November 2011

"Sayang Pak Usu telah merosakkan nama baik kerana ingin berkata benar," (Bahagian 4)

Dua hari Pak Usu tidak ke kedai kopi kerana dia sakit, dan ini memarakkan lagi cerita-cerita aneh di sekitar dirinya yang lekas merebak ke seluruh kampung itu. Dia tidak tahu bahawa perihal dirinya yang berubah sudah menjadi buah mulut orang kampungnya : bahawa dia bukan Pak Usu yang asli lagi, tetapi sudah dipengaruhi anasir jahat yang ingin menyebar fitnah untuk menakut-nakutkan orang kampung dan menanam fahaman yang salah dan sesat melalui cerita mimpinya.

Denga cepat sekali Pak Usu mendapat gelaran baru: Pak Usu antinasional, Pak Usu musuh negara, Pak Usu ejen komunis, Pak Usu penghasut rakyat, Pak Usu pengkhianat. Dan bergabai-bagai gelaran yang hebat-hebat lagi. Mulailah lahir berbagai cerita di sebalik kebijaksanaan Pak usu yang tua itu: perihal sindirannya yang tajam, ejekannya yang pedas, dan ajaran antinasionalnya yang tidak ketara di dalam mimpi-mimpinya yang aneh-aneh itu. Semua itu diketahui Pak Usu pada hari ketiga apabila Mahmud datang menziarahinya.

“Tak usahlah bermimpi lagi, Pak Usu, “ Kata Mahmud setelah menceritakan semua yang didengarnya. “Pak Usu dalam bahaya,”
“Sejuk seluruh tubuh Pak Usu mendengar kalimat terakhir itu. “ Aku dalam bahaya?’ bisik hatinya bingung.
“Aku dalam bahaya?” tanya Pak Usu perlahan. “Mengapa?” lesu tidak bermaya pertanyaan itu, yang sebenarnya ditujukan kepada dirinya sendiri yang sedang kebingungan.
“Mengapa mereka tuduh aku begitu, Mahmud?” kata Pak Usu lemah.
“Mereka terkejut, Pak Usu. Mereka tidak sangka Pak Usu begitu bijak menyindir,” kata Mahmud. “Mereka dengar cakap Penghulu dan Lebai kita Pak Usu membawa fahaman salah dalam kampung kita.
“Menyindir? Membawa fahaman salah? Apa yang mereka cakap ini. Demi Allah, aku tidak menyindir sesiapa, Mahmud,” bantah Pak Usu. “Itulah mimpiku yang sebenarnya. Aku berani berumpah Quran, Mahmud, itulah mimpiku yang sebenarnya!”
“Saya percaya, Pak Usu,” kata Mahmud bersimpati. “Tetapi kalau Pak Usus ceritakan semua yang ada dalam hati Pak Usu, walau benar, tentulah banyak orang tak suka, Pak Usu. Sayang Pak Usu telah merosakkan nama baik Pak Usu kerana ingin berkata benar.”

MIMPI RAKYAT : Seringkali dalam masyarakat kita sesuatu yang berlainan daripada pandangan biasa atau kebiasaan akan dianggap satu kesalahan dan mempunyai ciri-ciri penentangan. Kenapa tidak kita suburkan fahaman " mengkritik tidak semestinya menentang, memuji tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci dan berbeza pendapat adalah rakan berfikir yang baik"

MENTERI LEMBU???(Bahagian 3)

“Menteri Lembu?”  meletup pertanyaan dari mulut Mahmud, diiringi ketawa terbahak-bahak seluruh penghuni kedai kopi itu.
Pak Usu melihat dengan sedih  akan perlakuan kawan-kawan sekedai kpinya. Nyatalah mereka tidak mengerti  perasaannya, akan ketakutan dan kerisauannya. Dia hampa sekali melihat kawan-kawan sekedai kopinya mentertawakannya, padahal dia datang awal petang itu khusus untuk meminta pandangan mereka apa yang harus dibuatnya jika terjadi sesuatu hal dan yang paling penting, apa petuanya supaya dia tidak bermimpi lagi. Mimpi sudah mula menakutkannya.
“Bagaimana agaknya kementerian lembu itu, Pak Usu” ejak Mahmud dengan tertawa.
“Apakah kerja-kerja kementerian lembu, Pak Usu?” tanya yang lain.
“Gemuk-gemukkah lembu-lembu di kementerian Pak Usu?” sambut yang lain
“Pak Usus sendiri saja manusia, atau juga lembu? Bagaimana rasanya menjadi lembu dan menteri lembu? Seronok kerja-kerja dengan lembu itu?” celah seorang.
“Lembu jenis apa yang banyak Pak Usu? Lembu putih, hitam, balar…? Tanya yang lain pula.







Bertubi-tubi datangnya pertanyaan yang mengejak dan menyindir itu. Kecil hatinya, dan kesal pula kerana mempercayakan mimpinya yang tidak disangka-sangkanya mendapat sambutan yang begitu kejam. Tetapi dia berasa harus menceritakan mimpi-mimpinya yang benar itu dan sama ada, ada orang yang bersimpati dengannya atau tidak, dia perlu mendapat panduan. Pertama kali seumur hidupnya selama lebih dari enam puluh lima tahun itu, tidak pernah dia berasa segelisah itu. Mimpi menjadi darah dagingnya, dan mendengar mimpi juga menjadi darah daging dan sejarah hidup – katakanlah kebudayaan – sebahagian besar daripada orang kampung yang mengenalinya.

Hampir semua orang kampungnya, besar kecil tua atau muda, sudah pernah mendengar mimpinya. Tetapi mimpi yang diceritakannya dulu-dulu semuanya aneh-aneh, yang tidak mungkin dapat dialami dalam kehidupan nyata. Dia belum pernah menceritakan mimpi sebenarnya, yang sudah disimpannya berpuluh-puluh tahun. Hanya hari itu, hari yang begitu biasa dalam kehidupannya- kembali dari sawah pukul lima setengah, mandi dan sembahyang, berehat (dengan mencerikan mimpinya di kedai kopi), kemudian balik kerumah untuk sembahyang maghrib dan baring-baring di pondoknya menanti waktu isyak, lepas sembahyang isyak dia tidur, untuk bangun subuh-subuh pagi esok, bekerja kemudian mengisahkan mimpinya lagi- hanya baru hari itu, dia membuat keputusan nekad untuk menceritakan mimpinya yang sebenar….

“selama ini aku menceritakan kepada kamu mimpi yang palsu,” kata Pak Usu dengan suara yang gagah dan yakin, dalam nada yang meinta dipercayai dan diberi perhatian. Para pendengarnya menunggu dengan kelipan mata dan nafas yang berkocak. Semakin aneh dirasakan mereka kerana Pak Usu kelihatan begitu bersungguh-sungguh memberitahu perkara itu, seolah-olah satu rahsia besar yang maha penting – padahal bagi mereka setiap mimpi semuanya karut dan palsu.
Appandi Hassan 13.7.78

BAKAL GURU BERANI BERDEMO

TANJUNG MALIM 2 Nov. – Seramai 5,000 mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini menuntut Kementerian Pelajaran memberi jaminan penempatan kepada bakal graduan universiti tersebut seperti yang diberikan kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).  Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI, Afiq Fikri Mislan berkata, tuntutan tersebut dibuat ekoran kenyataan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang mengesahkan kekosongan jawatan guru di sekolah seluruh negara akan diisi oleh 7,000 guru lepasan GSTT.

"Mengapa kekosongan tersebut diberikan kepada lepasan GSTT yang pada hemat kami tiada kelayakan sebenar untuk bergelar guru?.  "Sepatutnya kekosongan itu diisi oleh graduan ISMP yang ternyata telah dilatih untuk menjadi guru sebenar sekali gus mengurangkan masalah isu guru tidak profesional, berkualiti serta berkelayakan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari .

MIMPI RAKYAT : Nampaknya bakal guru pun dah mula berdemo. Tapi cumanya,, bila dah jadi guru nanti biarlah menjadi guru yang sebenar..bukan setakat nak makan gaji je..menjadi guru cabarannya sangat besar...bak kata guru-guru yang berpengalaman. " tugas guru ni bermula dari menjaga lubang mulut sampai lubang jamban" . Status ijazah penddidikan belum tentu lagi boleh menjadi guru yang baik.

Monday, 31 October 2011

Projek feedlot RM73j diakui milik keluarga menteri.....


Menteri pertanian dan industri asas tani, Datuk Seri Noh Omar mengakui bahawa projek Pusat Feedlot Kebangsaan bernilai RM73.64 juta yang digambarkan dalam keadaan "kacau-bilau" oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 telah diberikan kepada anggota keluarga seorang menteri kabinet. Ketika ditanya, Noh mengakui bahawa projek berkenaan telah diberikan kepada anggota keluarga menteri xxx.NONENamun, Noh (kanan) menjelaskan bahawa penganugerahan projek berkenaan dibuat tanpa melanggar apa-apa peraturan.

"Ya, apa salahnya kalau dia meniaga dan dia bukan kerja direct nego (rundingan terus)?" soal Noh kembali ketika ditanya mengenai projek yang menurutnya telah dianugerahkan melalui "tender terbuka" itu. Ditanya lanjut dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini, Noh bagaimanapun bersetuju bahawa projek berkenaan telah diberikan secara tender terhad.

"Cara pemilihan syarikat yang dipilih untuk program National Feedlot ini bukan diberi secara rundingan terus. Semasa dibuka projek ini, ada enam syarikat buat persembahan kepada pihak jawatankuasa," katanya.


Daripada enam syarikat berkenaan, jawatankuasa kementerian pada 2006 telah memilih Agro Science Industries Sdn Bhd dan sebuah syarikat Australia, Lambert Malaysia Sdn Bhd.  NONE"Lambert dia lari, dia tak sanggup buat. Kalau kita tengok laporan audit kata pagar runtuh itu semua sebab Lambert larilah tu," katanya lagi yang juga ahli parlimen Tanjong Karang dalam ucapan penggulungannya di Dewan Rakyat sebelum itu. Ditanya dalam sidang media, Noh berkata sukar untuk mengambil tindakan ke atas Lambert kerana kerajaan tidak menandatangani apa-apa perjanjian dengan syarikat berkenaan.

Kementerian juga sedang membincangkan untuk menawarkan tanah pajakan seluas 500 ekar yang ditinggalkan oleh Lambert itu kepada syarikat lain. Tegasnya, projek feedlot berkenaan bukanlah satu projek gagal kerana syarikat Agro Science telah berjaya membekalkan sejumlah 8,016 ekor lembu sepanjang tempoh 2008 hingga 2010 seperti yang disasarkan.

Bagaimanapun, kerajaan masih belum membayar sejumlah RM6.48 juta daripada jumlah geran sebanyak RM13 juta.NONELaporan Audit Negara sebelum ini menyebut badan itu kekurangan 4,000 ekor lembu yang sepatutnya dibekalkan dan tindakan berkenaan menyebabkan program keusahawanan seperti yang disyaratkan oleh kerajaan tidak dapat dijalankan.

MIMPI RAKYAT : Sempena bulan-bulan zulhijjah ni, ramai yang sedang agak sinonim dengan lembu...timbul pulak cerita lembu...tapi yang agak menggelikan hati jugak...agak-agak lepas ni boleh tak kita pergi makan di kedai atau warung-warung tepi jalan...lepas makan terus balik tak payah bayar...kalau tuan kedai tanya " saya ingatkan ada rumah terbuka & makan percuma,,,takda perjanjian pun atau notis di warung yang kata lepas makan bayar"....teringat pulak cerita pak usu bermimpi jadi menteri....
Lembu ini berkata "saya ni lembu atau manusia yang lembu"

Monday, 24 October 2011

Antara Punca Kuda-Kuda Tidak Mengikut Kriteria Pertandingan- (Bhg 2: Sikap)

9. Kuat Tidur. Antara faktor kukuh yang menyebabkan kriteria kuda ini jatuh menjunam adalah akibat sikapnya yang sering tidur atau tertidur sama ada semasa latihan atau pertandingan. Menurut pakar kuda, kuda yang kuat tidur mungkin disebabkan sikap tuannya sendiri yang lebih mementingkan rupa paras daripada prestasi.
10. Kuat Minum. Tidak dinafikan dalam keadaan cuaca yang panas semasa latihan dan adakalanya terpaksa memakan masa yang panjang, maka air sangat diperlukan untuk menghilangkan dahaga. Bagaimanapun air yang diminum harus kembali dapat menyegarkan tubuh yang lesu, bukan menghilangkan kewarasan fikiran.



Antara Punca Kuda-Kuda Tidak Mengikut Kriteria Pertandingan- (Bhg 1: Penampilan)

1. Pemalu. Kuda yang pemalu didapati amat sukar untuk menyesuaikan diri dalam sebarang pertandingan apatah lagi jika ia ditunggang oleh wanita cantik atau lelaki tampan. Kuda sebegini biasanya dilahirkan sama ada di dalam kandang kuda Tuan Saddiq Segaraga ataupun di hospital veterinar swasta.

2. Berpakaian menyerupai perempuan. Dalam  sebuah negara yang menghormati hak gender adalah sesuatu yang amat mendukacitakan jika mana-mana ciri sesuatu gender itu dipadankan apatah lagi diperagakan oleh haiwan.


3. Menyerupai Makhluk Lain. Dalam era sains dan teknologi apatah lagi dengan hasrat negara menjadi sebuah negara maju serta menggalakkan amalan kreativiti dan inovasi, maka adalah sesuatu yang amat tidak beretika apabila sesuatu hasil ciptaan itu boleh menjejaskan sistem semulajadi serta keharmonian hidup makhluk lain. Penghasilan KULEM (kacukan genetik kuda lumba dengan lembu daging) amatlah tidak bertepatan dengan tema pertandingan kuda yang akan dianjurkan.


4. Pengubahsuaian yang tidak mendapat kelulusan. Sebarang perubahan yang hendak dilakukan sama ada kepada diri sendiri atau harta kita sendiri mestilah mendapat kelulusan pihak berkuasa. Umpamanya untuk membuat sambungan bumbung rumah pun perlu mendapat kelulusan apatah lagi menambak eksesori yang boleh meningkatkan kelajuan pada kuda.


5. Tidak Higenik. Walaupun seekor kuda, ia sepatutnya mendapat haknya untuk mengamalkan mouth higen. Pengadil pertandingan mendapati bahawa kuda-kuda yang dibawa ke pertandingan tersebut tidak dapat bersiwak apatah lagi bersugi dengan ubat gigi yang boleh digunakan tanpa was-was.


6. Dilihat mempunyai Unsur Punk dan Blak Metal. Pertandingan kuda Equstarian bukanlah pertandingan kuda laju atau mesin kuda. Oleh yang demikian rupa paras kuda haruslah sentiasa rapi disamping mencapai tahap kecergasan yang tinggi untuk melompat pagar dan lopak yang disediakan. Bukan menggayakan rambut ala punk.

7. Identiti Mengelirukan. Ini adalah sebab mengapa kuda-kuda ini tidak dibenarkan untuk bertanding. Pihak penganjur sukar mengkelaskan kuda ini sama ada kuda belang, kuda separuh belang atau kuda separuh putih. Pihak penganjur percaya bahawa terdapat juga usaha-usaha untuk mengelirukan orang awam (penonton) supaya mempercayai bahawa kuda ini adalah yang terbaik pernah ditawarkan serta dapat mengenali antara warna-warna primer CMYK 600 dpi dengan 400 resolution.


8. Malpemakanan.  Kekurangan Vitamin C dalam badan boleh menjejaskan daya tumpuan dan mengingat sama ada manusia atau haiwan. Pertubuhan Pencinta Haiwan (PPH) telah mengadakan bantahan kepada pihak penganjur bahawa terdapat pengabaian terhadap kuda tersebut untuk mendapat skim bantuan makanan tambahan (SBMT) bagi meningkatkan stamina dan adalah dikhuatiri kuda tersebut sukar untuk membezakan antara garisan permulaan atau penamat ketika perlumbaan kelak.


MIMPI RAKYAT : Dipetik daripada laporan-laporan yang boleh dipercayai daripada sumber dalaman yang diragui....

MSN 'perkudakan' peruntukan RM5.66 juta

Lapan belas daripada 23 kuda baka khas yang dibeli oleh Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menyertai pertandingan ekuestrian dan sukan lasak terpaksa diagihkan kepada pelbagai jabatan kerajaan kerana kuda-kuda yang dibeli pada 2008 itu gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa atau Federation Equestre Internationale.

NONELima kuda lain - yang dinamakan Edenfels Zephyr, Blue Bronco, Amira Alborada, Navidad, Brookleigh Kentara, bagaimanapun didapati layak dan bertanding pada pertandingan World Endurance Championship.

Pemilihan itu dibuat oleh jawatankuasa direktorat World Endurance Championship, yang diketuai oleh ketua pengarah Institut Sukan Negara (ISN), termasuk doktor veterinar, pegawai teknik dan pengurus projek.

Harga 23 kuda itu berjumlah RM5.66 juta dan dibuat melalui rundingan terus tanpa kelulusan Kementerian Kewangan, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Kuda-kuda itu dibeli daripada:
  • Equine Centre Sdn Bhd (enam ekor) dengan bernilai RM1.98 juta
  • El Ranco Country Club (13) dengan harga RM2.48 juta
  • Royal Terengganu Endurance Stable (dua) pada harga RM0.58 juta
  • Toft Endurance Pty Ltd (dua) dengan nilai RM0.62 juta
NONELapan belas kuda yang ‘ditolak’ itu berharga RM3.94 million dan telah diagihkan kepada beberapa agensi kerajaan:
  • Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (tiga kuda)Unit berkuda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (tiga)
  • Pusat equestrian Angkatan Tentera (dua)
  • Universiti Putra Malaysia (tiga)
  • Universiti Teknologi Malaysia (dua)
  • Majlis Sukan Terengganu (dua)
  • Royal Terengganu Endurance Stable (lapan)
Hafiz Yatim
6:00PM Okt 24, 2011



MIMPI RAKYAT : macam-macam berita ada di Malaysia..tanah tumpahnya darahku....
mula-mula beli alat tak ikut spesipikasi..kemudian buat alat tak ikut piawai...yang ni pulak beli haiwan tak ikut standart...macam-macam

Bank ditipu RM37 juta

KUALA LUMPUR 24 Okt. - Sebuah bank tempatan mengalami kerugian teruk sepanjang 26 tahun tempoh perniagaannya selepas ditipu sebanyak RM37 juta melalui satu komplot pinjaman sebuah syarikat, dua tahun lalu. Menurut sumber polis, setelah pinjaman diluluskan sepenuhnya secara sekali gus pada 2009, syarikat itu tiba-tiba lesap tanpa membuat sebarang pembayaran balik.Kata sumber itu, pihak bank yang menjalankan siasatan dalaman gagal mengesan syarikat berkenaan dan akhirnya membuat laporan polis setelah diminta berbuat demikian.

"Siasatan awal polis mendapati, pinjaman dilakukan oleh pihak yang telah berkomplot dan melakukan penipuan secara licik sehingga bank tidak mempunyai masalah untuk meluluskan pinjaman kerana selain dokumen yang meyakinkan, pinjaman turut mendapat jaminan sebuah bank lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Sumber itu bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada terdapat penglibatan 'orang dalam' dalam kes penipuan ini kerana siasatan pihak polis masih di peringkat awal. Beliau juga enggan mendedahkan identiti syarikat yang membuat pinjaman itu kerana tidak mahu mengganggu siasatan selain tidak menjejaskan proses pertuduhan di mahkamah kelak. Ini kes kedua melibatkan institusi kewangan menjadi mangsa penipuan pinjaman berjumlah tinggi.

Utusan Malaysia pada 17 Februari lalu mendedahkan, sebuah bank di ibu negara kerugian RM19 juta setelah menyerahkan wang pinjaman kepada dua syarikat yang mendakwa mendapat projek penyelenggaraan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Menurut sumber itu lagi, berikutan penipuan terbesar itu, polis sedang menyiasat secara terperinci termasuk meneliti semua dokumen berkaitan bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab. "Berikutan penipuan itu juga, bank berkenaan telah mencatatkan kerugian teruk dan terpaksa melakukan perubahan ke atas pengurusannya," kata sumber itu.
Bank berkenaan kemudiannya telah mencatat keuntungan semula.

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my


MIMPI RAKYAT :
- Berita ini menceritakan tentang apa? Bank ini membuat keuntungan atau rugi sebenarnya?
- Siapa "orang dalam" yang selalu keluar dalam berita dan tak pernah kita lihat wajahnya sehungga hari ini, melayukan dia, cina kah diam, indiakah dia atau warga afrikah dia..dalam mana? dalam seluar...
- Syarikat mana yang dapat projek macam ini..Melayu Bumiputera Islamkah dia...

Sunday, 23 October 2011

INDIVIDU ISLAM PERLEKEH HIMPUN DISELAR -

SHAH ALAM 22 Okt. - Tindakan sesetengah individu Islam yang memperlekehkan penganjuran Himpunan Sejuta Umat (Himpun) bagi menentang gejala murtad negara ini amat dikesali.Pengerusi Bersama Himpun, Dr. Yusri Mohamad yang tampil sebagai pemidato pertama pada perhimpunan juga melahirkan rasa sedih apabila terdapat individu tertentu mengatakan Himpun sebagai tidak relevan serta tidak mempunyai asas dalam Islam.

Sedangkan katanya, perhimpunan itu adalah simbolik kepada penyatuan umat bagi menentang gejala murtad di kalangan masyarakat Islam bagi menyelamatkan akidah mereka daripada dipesongkan oleh pihak tertentu. "Ada individu Islam sendiri kata apa salah murtad, ada yang kata usaha mereka (bukan Islam) bekerja keras menyebarkan agama mereka maka patut mereka tuai hasil dan ada juga kata murtad tidak salah, ia kebebasan beragama.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


INI ADALAH SEBAN MUSABAB KENAPA HANYA 4857 ORANG SAHAJA YANG DATANG

1 – Ibrahim berkata berpuluhan ribu ahli PERKASA tersalah maklumat.
Mereka berkumpul di Taman Tasek Titiwangsa.
Mereka ingatkan ini sama seperti DEMO BERSIH

2 – Tok Guru Silat berkata puluhan ribu ahli silat telah datang.\
Mereka semuanya menyamar sebagai kerusi

3 – Khairy Jamaluddin berkata – hari ini semua Mat Bangla - sedang sibuk
buka warong di brickfeild untuk jualan depavali – mereka tak dapat datang

4 – Jaringan Melayu tak dapat hadir kerana semua sudah kena jaring



5 – Mat Ezam tak datang kerana takut bini muda marah

6 - Ngo Melayu tak datang kerana bujet belum lulus

7 – Zul Nordin pejuang Islam tak datang takut Puan Ainon tunggu minta hutang

TUKAR TIUB

PM puji HIMPUN 'aman' tidak seperti BERSIH 2.0

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memuji penganjur Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang bertujuan mempertahankan akidah umat Islam yang berlangsung semalam merupakan contoh penganjuran perhimpunan secara aman seperti yang dihasratkan kerajaan.
Himpun placardsKatanya, perhimpunan anti murtaditu cukup berbeza dengan BERSIH 2.0 yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini pada 9 Julai sehingga lebih seribu perserta ditangkap dan dikenakan pelbagai dakwaan.
"Perhimpunan semalam berlangsung secara aman dan terkawal, tidak ada sesiapa pun yang rasa terganggu, tertekan atau tidak selamat.  

"Itulah hasrat kerajaan apabila kita menawarkan stadium untuk BERSIH 2.0 mengadakan perhimpunan mereka," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Perdana Bersama Perdana Menteri Dengan Pesara Dan Bekas Polis di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, hari ini.
bersih rally july 9 crowd face-off with police 1Menurut Najib, berbanding dengan kekecohan dan huru-hara semasa BERSIH 2.0 dengn perhimpunan semalam, terdapat perbezaan yang besar.
Najib berkata HIMPUN mencerminkan usaha dalam agenda pembaharuan kerajaan bagi meminda Seksyen 27 Akta Polis untuk membenarkan lebih banyak ruang untuk demonstrasi aman.
"Kita akan mengkaji apa yang berlaku semalam dan mengkaji norma-norma di negara lain. Pihak Ketua Polis Negara dan Kementerian Dalam Negeri sedang meneliti perkara ini dan kita akan merumuskan apa yang terbaik, sesuai dengan amalan sebuah negara yang mengamalkan demokrasi moden dan progresif," kata Najib.

NONEBeliau berkata langkah itu perlu bagi mengimbangi antara hak asasi dan kepentingan umum dalam soal keamanan dan ketenteraman awam.

Mengulas resolusi perhimpunan itu yang meminta kerajaan menggubal undang-undang khusus bagi mencegah dan membendung gejala murtad dan kegiatan memurtadkan umat Islam di negara ini, Najib berkata kuasa mengenai agama tertakluk kepada kerajaan negeri.
10 resolusi

"Saya percaya jika perlu akta ini, pihak negeri akan teliti tuntutan yang dibuat dan diberi tindakan sewajarnya," katanya.

himpun rally hasan ali speaking 2Tuntutan itu merupakan antara 10 resolusi yang dicapai pada perhimpunan berkenaan, selain memastikan undang-undang pencegahan yang tegas dan kukuh untuk memelihara kemuliaan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan dapat dimasukkan sebagai kandungan utama akta yang akan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Glory! Glory!

Manchester City belasah Manchester United 6-1

Itulah hakikatnya Manchester United telah diaibkan dan dibelasah dengan jaringan besar oleh Manchester City. Ini menunjukkan betapa kuatnya Manchester City untuk EPL kali ini. Dan aku jangkakan Manchester City boleh menjuarai EPL kali ini dengan prestasi jaguh lain seperti Liverpool dan Arsenal yang tidak konsisten. Manakala Chelsea pula kalah mengejut kepada QPR 0-1.

Kemenangan Man City bermakna mereka melebarkan kelebihan lima mata daripada United selepas sembilan perlawanan. Mario Balotelli memulakan pesta gol City pada minit ke-22 hasil rembatan menarik ke bahagian penjuru gawang United bagi meletakkan skuad bimbingan Roberto Mancini mendahului 1-0 pada separuh masa pertama.

Nasib malang Red Devils bermula apabila Johathan Evans dilayangkan kad merah, empat minit sebaik separuh masa kedua bermula dari detik itu, penguasaan City jelas sukar digugat. Balotelli menambah gol kedua City pada minit ke-59 sebelum pemain antarabangsa Argentina, Sergio Aguero meletakkan Citizens semakin selesa dengan gol ketiga, 10 minit kemudian.

Walaupun Darren Fletcher merapatkan jurang pada minit ke-81, Edin Dzeko kembali menjarakkan kedudukan buat City pada minit ke-88 sebelum David Silva dan Dzeko sekali lagi menambah sengsara United dengan dua gol pada minit ke-91 dan 93.

MIMPI RAKYAT : Apakah keputusan ini sengaja untuk sabotaj rakyat dan peminat bola sepak di Malaysia. Mereka menontonnya bersama PM kesayangan mereka.

Najib Jemput Peminat Bola Sepak Tonton EPL

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengajak peminat bola sepak untuk menonton perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Manchester United dengan Manchester City di kediamannya di Seri Perdana, Putrajaya, pada jam 8 malam Ahad ini. Najib dalam laman webnya, www.1malaysia.com.my berkata, mereka yang berminat bolehlah mendaftar di http://bit.ly/rmH8tz untuk berpeluang menghadirkan diri bersama seorang teman. Beliau yang juga penyokong kuat Manchester United, berkata pendaftaran dibuka sehingga jam 5 petang esok.“Selepas menghadiri beberapa sesi menonton bola sepak beramai-ramai termasuk di sepanjang Jalan Bukit Bintang dan bersama belia di Putrajaya, saya memutuskan untuk menganjurkan satu sesi yang serupa malam Ahad ini, 23 Oktober. “Inilah masanya untuk saya ‘lepak’ bersama rakan-rakan Facebook dan Twitter,” katanya. – BERNAMA


MIMPI RAKYAT : Semoga para peminat dapat berhibur menyaksikan perlawanan pasukan kesayangan mereka dengan orang yang mereka sayangi.

Wednesday, 12 October 2011

4 Ejin Bot Peronda hilang - Polis Siasat Anggota Sendiri...

Polis sedang menyiasat kemungkinan penglibatan anggotanya dalam kes kehilangan empat enjin bot peronda dari stor Polis Marin di sini minggu lepas. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, setakat ini, dua anggota polis marin berpangkat lans koperal berusia 20 dan 35 tahun ditahan untuk membantu siasatan mengenai kes itu. Rabu lepas, empat buah enjin bot milik polis yang disimpan di stor penyimpanan barang pelupusan Pasukan Gerakan Marin (PGM) dilaporkan hilang oleh anggota bertugas di stor berkenaan.

"Petugas itu mendapati enjin bot yang dalam proses pelupusan telah hilang dan saya telah mengarahkan supaya siasatan dilakukan bagi mengenal pasti sama ada terdapat anggota polis yang menyalahgunakan kuasa,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat Koperal kepada 420 anggota polis di sini hari ini. Beliau berkata, enjin-enjin bot itu adalah aset kerajaan walaupun sedang dalam proses pelupusan.Empat enjin yang dilaporkan hilang itu ialah jenis Mercury 200hp dan 150hp buatan Amerika Syarikat seberat hampir 200 kilogram yang dianggarkan bernilai “ratusan ribu ringgit”. – Bernama


MIMPI RAKYAT : macam-macam perkara berlaku di dalam dunia ni apabila amanah yang diberikan dikhianati. Tapi Pak Mat kata "itu tak jadi masalah, mereka bukan curi, mereka cuma pinjam, Ketua Parti pun selalu pinjam barang-barang orang kampung" sambil menghirup  kopi O panasnya.

Tuesday, 11 October 2011

MIMPI RAKYAT : Pak Usu Jadi Menteri (Bahagian 2)

“Pak Usu, Pak Usu…,” kata Mahmud dalam tertawanya. “Apa yang peliknya dengan mimpi itu? Sudah berapa ratus orang jadi menteri, jadi betul-betul, bukan mimpi-mimpi lagi. Apa peliknya? Kalau mimpi masuk laut cari harta karun atau mimpi naik ke langit kejar wang terbang, macam yang selalu Pak Usu cerita, tentulah pelik. Mimpi jadi menteri apa peliknya?”
                Pak Usu tersenyum pahit, masih ragu-ragu dan masih dalam ketakutan.
                “Pak Usu, …” kata seorang jirannya dalam ketawa. “Pak Usu sudah maju sekarang, sudah naik pangkat. Dulu mimpi yang bukan-bukan, kini mimpi betul-betul. Siapa tidak senang hati jadi menteri?”
                Tetapi Pak Usus sendiri tidak terhibur dengan kata-kata perangsang itu. Kegelisahan dan keraguan masih terbayang di air mukanya.
“Jangan takutlah, Pak Usu,” kata Mahmud menyakinkan. “Itu hanya mimpi. Bila sedar , habislah. Hanya mimpi , Pak Usu. Bukan  yang sebenarnya. Lagi pula, mengapa Pak Usu takut?
“Salah? Mengapa salah? Banyak orang sudah jadi menteri betul-betul tak ada yang salah pun!” kata Mahmud bersunguh-sungguh.
Tetapi aku rasa seperti  tidak kena saja , macam sudah melanggar peraturan,” kata Pak Usu masih belum pasti.
Tetapi Mahmud dan orang lain juga tidak peduli kepada keraguan Pak Usu itu. Mereka ingin tahu menteri apa yang dia sandang.
“Ceritalah sikit, Pak Usu,” kata Mahmud. “Menteri apa Pak Usu jadi?”
Pak Usu tersenyum. Tetapi kemudian mukanya redup semula dan baying-bayang ketakutan timbul semula.
“Jadi menteri apa, Pak Usu?” desak Mahmud.
Pak Usu menjawab perlahan, antara mahu dengan tidak saja. “Menteri lembu.”

(Bersambung Bahagian 3..mimpi Pak Usu adalah ditegah)

MIMPI RAKYAT : Pak Usu & Kisah Mimpi (Bahagian 1)

            Seperti biasa, tiap-tiap  petang Pak Usu datang ke kedai kopi kampungnya untuk bercerita atau mendengar cerita. Dia sendiri tidak pernah peduli pukul berapa dia selalu pergi ke kedai itu, yang dia pasti hanya dia berada di kedai kopi itu tiap-tiap petang, jika tidak ada halangan atau jika tidak sakit. Tetapi bagi orang yang sudah lama memerhatikan kelakuannya, mereka tidak payah melihat jam lagi jika mereka melihat Pak Usu terpacul di kedai kopi: sudah pasti waktu itu antara pukul 5.45 atau 6.15 petang – jarang terlalu awal atau terlalu lewat. Dan bagi orang kampungnya, bila melihat dia sudah berada di kedai kopi itu, mereka terus memanggil teman atau jirannya: “Mari kita ke situ. Pak Usu sudah sampai. Apa pula mimpinya kali ini?”.
                Kerana ceritanya hanya berkisar pada segala macam mimpinya yang aneh-aneh, maka Pak Usu dikenal dengan gelaran Pak Usu mimpi. Orang muda-muda tidak ingat dan tidak tahu bagaimana gelaran itu didapatnya, malahan kawan-kawan sebanyanya juga tidak berapa pasti lagi. Tetapi semua orang yang kenal dengan Pak Usu tahu bahwa dia adalah ahli mimpi yang ulung dikampungnya, malah barangkali diseluruh dunia.
                Petang itu, seperti biasa, Pak Usu berada di kedai itu. “Awal, Pak Usu . Ada mimpi istimewa?” kata Mahmud tuan kedai, sambil melihat jam tangan usangnya.
                Orang kampung yang ada tiga empat orang di dalam kedai itu memandang hairan kepada orang tua itu. Mereka mengagak tentu ada sesuatu yang aneh terjadi. Pak Usu sampai awal dari biasa.
                “Pukul berapa sekarang” Tanya Pak Usu, menjawab pertanyaan Mahmud.
“Lima lima minit”, kata Mahmud. Jawapan itu sudah tersedia di bibirnya.
Pak Usu duduk. Termenung. Kelihatannya  dia agak gelisah dari biasa.
“Kenapa, Pak Usu? Ayam dicuri orang lagi?” kata Mahmud sambiul meletakkan cawan kopi yang melimpah.
“Pelik sikit mimpi ku akhir-akhir ini,”kata Pak Usu ragu-ragu.
“Kan mimpi Pak Usu pelik. Ada yang lebih pelik?” Tanya seorang.
“Lain dari biasa,” jawab Pak Usu. “biasanya pelik saja,tapai kali ini lain sekali. Aku mula takut.”
“Lain bagaimana Pak Usu?” tanya Mahmud hairan. “Aku tidak mimpi naik ke langit atau masuk laut lagi,” kata Pak Usu seolah-olah kesal. “Aku sekarang mimpi jadi orang besar, orang kaya, dan….” Dia ragu-ragu hendak menyudahkan ucapannya.
“Dan apa lagi, Pak Usu,” Tanya jiran lain semakin berminat.
Pak Usu merenung kawan-kawannya, seakan-akan meminta perlindungan atau kepastian bahawa apa yang akan dikatakannya itu tidak salah.
“Apa yang lain itu, Pak Usu?”  desak Mahmud.
“Semalam aku mimpi jadi menteri!”
Senyap sepi semua yang ada di dalam kedai kopi itu. Tetapi sesaat kemudian terledaklah ketawa terbahak-bahak yang riuh-rendah, hingga Mahmud sendiri terhinggut-hinggut bahunya.
(Bersambung.....)
Gambar Hiasan

Bob Lokman tiada tauliah

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan membuat tangkapan terhadap selebriti yang juga pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman kerana mengadakan ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat, kelmarin. Pengarah Jais, Marzuki Hussin, berkata Bob Lokman atau nama sebenarnya, Muhammad Hakim Lokman, 47, tidak memiliki tauliah dan tidak pernah memohon daripada Jais untuk memberikan ceramah kepada umum. “Tangkapan dibuat berdasarkan maklumat awam. Bob Lokman ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, sumber Jais berkata selebriti itu bersama dua lagi iaitu Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas, Mohd Sany Hamzan dan nazir masjid berkenaan ditahan Jais ketika berucap selepas solat Maghrib di hadapan 70 jemaah. Katanya, mereka dibawa ke balai polis berhampiran sebelum dilepaskan atas jaminan polis. Bagaimanapun, katanya, Bob Lokman dan dua lagi rakannya gagal hadir di Ibu Pejabat Jais di sini, sebelum tengah hari semalam, walaupun diminta berbuat demikian.


MIMPI RAKYAT : Percayalah bahawa suatu masa nanti, bermimpi pun akan memjadi satu kesalahan. Nantikan kisah penuh dalam mimpi rakyat.

STRES PEKERJAAN


Kajian yang dijalankan di sebuah organisasi latihan ini mendapati bahawa gaji tidak mencukui merupakan punca stres yang berkaitan dengan pekerjaan. Selain itu punca stres lain adalah persaingan dalam pekerjaan: Mimpi Rakyat

Persoalan yang harus kita semua sama-sama mencari jawapan ialah adakah gaji yang kakitangan ini perolehi setiap bulan tidak mencukupi atau perbelanjaan mereka yang berlebihan. Kebanyakan kita hari ini nampaknya amat cenderung untuk memiliki kehidupan yang serba lengkap dan terkini. Akibatnya ramai yang berbelanja diluar kemampuan dan cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan kredit kad atau bayaran ansuran.

Monday, 10 October 2011

Cakap Biar Terang...

ke kena dengar betul-betul....

Penggambaran Hantu Pak Anjang Terlajak Simpang Selesai

Permatang Berangan 11 Okt : Kru penggambaran Hantu Pak Anjang Terlajak Simpang kini berdebar-debar menantikan hasil buah tangan mereka setelah berhempas pulas menjayakan sesi penggambaran filem sulung terbitan Kulaan Film Produc. yang memakan masa selama 45 hari. Filem arahan Ariff Kalam ini adalah hasil olahan skrip Saiful Bahari (IPONG) yang mengisahkan mengenai Sufian seorang anak kampung yang berhijrah ke bandar besar untuk mencari pekerjaan setelah tamat persekolahan. Berbekalkan sijil SPM, beliau terus meniti dari satu destinasi ke destinasi demi mencari pekerjaan dan memenuhi impiannya untuk memiliki sebuah motorsikal. Ikuti kisah suka dukanya sepanjang mencari pekerjaan di Kuala Lumpur dan apakah hubungannya dengan Hantu Pak Anjang. Nantikan filem ini di pagawam berhampiran anda.


Kru penggambaran menjalani sesi fotografi di kg dusun